Friday, April 24, 2009

AGAMA dan BANGSA : UMNO + PAS

NegaraKu Malaysia,
Semua rakyat berbangga menjadi warganya.
Melayu ?...siapa kita?...dimana kita?...
Wajarkah kita bersengketa dek kerana kuasa?...

UMNO dan PAS adalah dua parti melayu yang terbesar,tidak adakah usaha kearah menyatukan Bangsa?...Demi Agama dan Bangsa bolehkah kita berpolitik untuk kepentingannya?...Kepada siapakah yang kita hendak serahkan negara kita ini?..

Diakar umbi telah pun tersemai jalinan keakraban dikalangan orang melayu dari dua parti politik yang terbesar ini,telah pun dirasai kemesraan UMNO dan PAS dengan mengembalikan semangat tolong menolong,bergotong royong,ziarah menziarahi serta kembali kepada asas kekuatan ISLAM iaitu "sesungguhnya umat Islam itu bersaudara".Bagaimana pula cetusan hati nurani dan pendekatan Pemimpin-pemimpin dari dua parti melayu yang terbesar ini?...Demi penyatuan dan pengukuhan Agama,Bangsa dan Negara,mulakanlah ,kalau tidak sekarang,bila lagi?...

Melayu pada umumnya cukup mengerti yang kefahaman politik yang cetek serta di adudombakan boleh memecahbelahkan penyatuan dan kemasyarakatan melayu itu sendiri,ujudnya sikitol atau dalam bahasa kampongan "iblis coreang"ini boleh membuatkan ayah tidak mengaku anak,adik tidak sehaluan dengan abang,jiran seagama dan sebangsa tidak bertegur sapa,tidak ada lagi pemuafakatan dalam masyarakat,masing-masing dengan haluan dan fahaman politik sendiri,yang besar semakin mengecil dan yang tebal semakin menipis,yang lebar semakin tirus,Iblis coreang ini akan ketawa terbahak-bahak kerana telah berjaya memecah-belahkan perpaduan melayu serta memudahkan pihak lain masuk untuk perintah.

Kita adalah seagama dan sebangsa,biar pun berlainan parti,kembalilah kepada asas Agama Islam yang syumul ini dan berpegang teguhlah dengan silaturrahim yang termaktub dalam Quran dan Hadis,janganlah lagi kita berpecah belah.

UMNO dan PAS perlu meneruskan usaha kearah penyatuan ini,jangan tertangguh lagi,Kita sudah tiada masa,kembalilah dengan jalan Allah s.w.t.Hindarkanlah segala dendam,syak waham yang tidak diredhai Allah,berpadu dengan panduan dan ajaran Agama Islam demi melayu di bumi berdaulat ini.

Ingatlah hanya dengan berpadu saja kita bangsa melayu masih boleh mengembalikan hak yang hilang (ekonomi,pendidikan).Kita hanya ada kuasa politik sahaja,jangan lagi kita berpecah belah,bersatulah untuk mengembalikan apa yang tercicir sebelum ini.

Dengan izin ALLAH S.W.T. mudah-mudahan akan termakbullah hasrat setiap anak melayu untuk melihat bumi negara ini dipenuhi oleh melayu yang menguasai segala gala yang ada hasil penyatuan dan perpaduan ummah dari UMNO dan PAS.
Melayu akan kembali gagah diseantero dan Islam semakin kukuh dan teguh syiarnya.Sama-samalah kita mulakannya.

1 comment:

  1. Yang dibawah ni sebenaqnya ramai yang mau dari yang tak mau......

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...