Sunday, April 26, 2009

APA YANG DICARI,APA YANG DITEMUI DAN APA YANG DIDAPATI.

"Mencari kebaikan dari kebaikan adalah sesuatu yang sukar untuk diyakini,tetapi mencari kebaikan dari keburukan sekiranya kebaikan itu diperolehi,itulah kebaikan yang abadi"

Semua umat inginkan kebaikan,tidak ada seorang pun yang inginkan perkara yang buruk untuk diri dan keluarga masing-masing,tetapi pernahkah terfikir demi mencari kebaikan kadangkala terpaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak baik untuk orang lain.

"Kita tidak merancang untuk gagal,tetapi yang gagal ialah kita gagal untuk merancang"

Siapakah diantara kita yang merancang untuk melakukan sesuatu untuk gagal?..dan siapa pula yang melakukan sesuatu tidak dengan perancangan?..
Mengapa kegagalan sering berada bersama kita?..Ada orang yang berjaya dengan perancangan yang dibuatnya,dan ada pula yang berjaya walaupun tidak dengan perancangan,persoalannya kenapa?...

Kehidupan duniawi mendedahkan kita kepada kehendak diri dan keperluan,mengikut aturan dan peredaran zaman,kalau dulu kemampuan terhad tetapi kini ada kelebihan maka akan bertambahlah kehendak dan keinginan.Untuk melunaskan tuntutan kehendak,kadang-kadang terlupa bahawa apa yang dilakukan itu telah menyimpang jauh dari apa yang kita inginkan,malahan dah jadi satu sifat tamak dan haloba pula menguasai diri.
Jika ini berlaku,banyak-banyaklah beristigfar dan kembali sedar,ingatlah yang dunia ini hanya sementara,akhirat jua tempatnya.

"Usah dikau lalaikan aduhai insan,takwa kepada Allah,Tuhan pencipta alam,ALLAHURABBI,ALLAHURABBI"


Sebagai muslim sejati,dindingilah diri kita dengan amal ibadat kepada Allah s.w.t.mohon dijauhkan dari azab seksaan api neraka dan berimanlah dengan amalan dan ibadat dengan sempurna,mohonlah keampunan dan bertaubat jika telah tersasar,dekatilah diri dengan Allah Taala,buatlah apa yang disuruh dan tinggallah apa yang dilarang,jadilah diri sebagai insan muslim yang ikhlas beribadat didunia dan akhirat dan ingatlah hanya amal ibadat sebagai pembela diri.

Dalam mencari kehidupan didunia yang semakin mendesak,janganlah kita terlupa akan kehidupan diakhirat,kata orang tua-tua "umur semakin tua,dunia semakin muda"oleh itu sebelum dijemput kembali kealam lain,insafilah dan bertaubat serta BERUBAH.




1 comment:

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...