Sunday, April 19, 2009

Oh JERAI ku

Jerai yang dulunya Yan.
Ketika ini bagaikan hembusan bayu terkenangkan cerita lama politik JERAI,
teringat masa UMNO hebat zaman Dato Ismail Arshad sebagai Ahli Parlimen,zaman arwah pak su Ghazali dan zaman Dato Badaruldin (Dato Bad).
Mereka inilah penggerak pembangunan di parlimen Jerai yang generasi kini merasai nikmat kemudahan yang pelbagai.

SG.LIMAU dulunya SALA.
Teringat gelagat arwah pakteh Mat sebagai wakil rakyat yang amat mesra dengan rakyat,cara dan pendekatan beliau mendekati rakyat cukup membuatkan rakyat tak akan melupainya.Pernah ada ketika ketika tertentu arwah pakteh mat sanggup "belemoeh"semata-mata meninjau dan bermesra dengan rakyat dalam kawasan ini.
UMNO pada ketika itu kuat disokong oleh rakyat dek kerana menyenangi cara dan pendekatan pakteh mat.

GUAR CEMPEDAK dulunya YAN.
Dato Lah Fendi nama yang cukup sinonim dengan YAN,Pemimpin yang banyak berjasa dalam membina dan membangunkan YAN dulu,dari kepimpinannya banyak melahirkan generasi pelapis yang hebat hebat dalam negeri dan negara datang dari daerah YAN .Seorang wakil rakyat yang berkhidmat dengan penuh keikhlasan untuk membela rakyat yang diwakilinya,mesra dan mudah didekati rakyat serta sentiasa membantu rakyat dimana-mana saja.
Selepas Dato Lah bersara,muncul pula Dato Razak yang juga anak didikan Dato Lah dalam politik UMNO Jerai sebagai wakil rakyat,beliau juga mengamalkan pendekatan yang mesra rakyat,khidmatnya membuatkan rakyat terasa sentiasa dibela dan rakyat sentiasa bersimpati atas khidmat dan sumbangan beliau.

Kini GUAR CEMPEDAK diwakili pula oleh YB DATUK DR.KU ABD.RAHMAN KU ISMAIL seorang lagi anak jati YAN yang dilahirkan oleh kepimpinan UMNO terdahulu.Seorang anak melayu yang berpendidikan tinggi sehingga phd.kini pulang untuk menabur bakti di YAN.Pengalaman beliau amat diperlukan bagi membela nasib anak-anak melayu,juga merupakan seorang wakil rakyat yang "hemoi" dalam menjalankan khidmat sebagai wakil rakyat.
Sesungguhnya DUN GUAR CEMPEDAK boleh berbangga kerana mendapat wakil rakyat sepert DATUK DR.KU ABD.RAHMAN.

GURUN dulu dalam kawasan MERBOK.
Tidak banyak untuk dikongsikan kerana DUN ini diwakili oleh MCA sejak dari dulu lagi biarpun majoriti pengundinya melayu,wakil rakyat sekarang ini ialah YB.DR.LEONG YONG KONG dari MCA.

UMNO JERAI dulunya YAN.
Ketua Bahagian Silih berganti dari DATO PADUKA ABDULLAH AFFENDI kepada DATO PADUKA BADARULDIN dan kini kepada DATUK MOHD.SUHAIMI ABDULLAH pula.Dari dua DUN kepada tiga DUN.

Terkenang kenang kembali cerita-cerita lama suka duka perjalanan politik UMNO JERAI,Secara jujur dapat disimpulkan bahawa,rakyat JERAI bukan tidak menghargai UMNO dengan memenangkan DUN SG.LIMAU kepada PAS dan PARLIMEN JERAI juga kepada PAS,ketiadaan sentuhan dan gerak kerja yang boleh memikat hati rakyat disamping lagak kepimpinan UMNO disemua peringkat dilihat lebih tertumpu kepada perjuangan peribadi bukanya berjuang untuk rakyat.

Rakyat Jerai memerlukan pemimpin yang boleh memimpin dalam ertikata pemimpin yang boleh membawa kemudahan dan kesenangan kepada rakyat,bukannya pemimpin yang dipimpin serta ketiadaan karisma kepimpinan yang mampu menawan hati dan fikiran rakyat.Pelbagai peringkat pemimpin di setiap peringkat samaada dicawangan mau pun Bahagian ada segelintir saja yang benar-benar berjuang untuk memperkasakan UMNO dan Rakyat,selebihnya berjuang untuk memperkayakan diri dan keluarga mereka sahaja.Ini menyebabkan UMNO JERAI menjadi tirus dan kurus dek diserang virus H.I.D (Hanya Ingat Duit),lantaran itulah menyebabkan penyokong dan rakyat merasa bosan,meluat serta mengalih perhatian menyokong pembangkang pada PRU 12 dulu.

Kepada Pemimpin UMNO JERAI jika inginkan UMNO kembali berkuasa dan kukuh seperti dulu,mulakanlah langkah memesrakan rakyat,jangan nak tunggu pilihanraya baru nak mula,dah terlambat,Rakyat nak tengok apa yang pemimpin UMNO buat dalam membantu rakyat,mulakanlah jangan bertangguh lagi,hentikanlah persepsi negatif dan tawan hati rakyat,singsingkan lengan berganding bahu pulihkan kembali maruah UMNO JERAI,menangkan kembali DUN SG.LIMAU dan PARLIMEN jERAI.

Sokong gerak kerja Naib Ketua UMNO Jerai (sdr.Ikmal) dalam mendekati dan membela rakyat.Jangan biarkan beliau bersendirian,berpakat-pakatlah pulihkan sokongan rakyat kepada UMNO,kata sokong UMNO.Terima kasih Sdr.Ikmal.


1 comment:

  1. Harapan RAP masih kpd UMNO di Jerai ni. Tetapi jika puak2 dlm UMNO yang rata2 masih terus bercakaran, aku khuatir kata2 peringatan dari kalangan kita yanmg marhien ini akan menjadi umpama garam yang diserak kelaut......

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...