Dalam pertemuan dan bersembang dengan beberapa orang kampong dalam perbincangan mengadakan kenduri kahwin,semua anggota masyarakat tak kira apa fahaman politik dijemput bermesyuarat dan bermuafakat dikampong ini.
Saya juga dijemput dan diamanahkan untuk mempengerusikan majlis,setelah memenuhi kesemua agenda, mesyuarat pun berakhirlah.
Ternyata dikampong ini segala pakatan untuk bermuafakat mendapat sokongan semua pihak dari segenap lapisan tanpa mengira parti politik,mereka semua faham yang hidup sekampong,sebangsa dan seagama perlu ada semangat persaudaraan kekeluargaan dan mengenepikan amalan politik yang memecahbelahkan masyarakat,politik pada mereka hanya mainan dunia sahaja,tak perlu dijadikan asas untuk laluan keakhirat.
Dalam kampong ini kesemuanya amat menghormati tok ayah (nama panggilan)
beliau ada seorang yang berkebolehan dalam bidang agama dan melihat daripada gaya susuk tubuhnya mungkin memiliki ilmu keduniaan juga,mana tak nya umur dan lebih 80 tahun masih lagi tegap dan kuat,mata dan telinga masih berfungsi dengan baik.Tok ayah mengakui yang beliau adalah seorang yang setia menyokong PAS semenjak zaman Dato Asri lagi sehingga sekarang.
Semua urusan kenduri kendara,sakit,mati dan lain-lain, orang kampong tak kira UMNO atau PAS merujuk kepada tok ayah terlebih dulu untuk mendapat buah fikiran dan tunjuk ajarnya.
Saya ni boleh dikira cicitlah,masa inilah saya ada peluang untuk mengorek rahsia dari tok ayah,rokok daun dan sireh gobek tak pernah lekang dengan tok ayah,sambil bercerita sambil bergobek dan secawan kopi o kaw tanpa gula,itulah amalan tok ayah dari dulu sampai la ni.
Kami sembang pasal UMNO dan PAS,berkisar tentang corak politik masa dulu-dulu yang tok ayah suka kata zaman kapai layag,zaman Tunku Abd.Rahman.
Tok ayah bercerita : UMNO zaman dulu baguih,semua pemimpin mai jumpa rakyat,selesai masaalah rakyat,mai ikut sungai naik tongkah(sampan)ni umah ni Tunku besa mai dengan datuk Senu,rakyat dulu susah nak keluag pi pekan,mana ada jalan macam la ni,kalau nak keluag kena jalan kaki atau naik tongkah ikut sungai tu(menunjuk jari sungai depan umah yang dah sempit).
La ni rakyat kena pi jumpa pemimpin,pemimpin kalau nak mai kena jemput,tak jemput tak mai dah kut.Itu cerita pasal UMNO.
PAS macamana pula tok ayah : PAS ni dulu asainya dari DEWAN ULAMA UMNO,tak tau pasai apa boleh jadi PAS,yang tok ayah tau lambang PAS masa tu bulan sabit,tu lah lambang yang tok ayah ingat sampai la.Dulu pemimpin PAS kuat beragama,ilmu agama mesti ada sekurang-kurang 4 senawi,kalau tak dak ilmu agama tak boleh jadi pemimpin PAS,PAS dulu betoi-betoi perjuangkan Islam,orang banyak sokong PAS,dikedah ni Bakar Umag jadi ketua jadi wakil rakyat,disini pak mat shukri.kami sokong PAS sebab PAS perjuangkan Islam.
La ni tok ayah tengok PAS pelik sikit,dah ikut cara UMNO pun ada,tak dengag dah nak buat negara Islam,pemimpin pun tok ayah tengok dah tak macam pemimpin Islam dah,la ni bila menang dan boleh perintah kelantan dan kedah nampak macam umno perintah juga,tak macam yang depa bagitau dulu,tak tau lah tok ayah nak kata....
La ni PAS dah berkawan dengan DAP tok ayah : sambil mengobek sireh tok ayah menarik nafas dan berkata...tu yang dok tengok pelek tu,dulu UMNO berkawan dengan cina,PAS kata UMNO kapiag,la PAS pula berkawan dengan cina juga,nak kata apa?...tak tau lah,tu la kut nak sangat berkuasa kena berkawan dengan cina hindu kut...tapi jangan tinggai perjuangan nak buat negara Islam.
Apa yang tok ayah nampak dengan UMNO dan PAS la ni : UMNO kalah sebab depa ingat dah kuat,depa lupa yang rakyat bagi depa naik,bila depa naik depa tak buat keja untuk rakyat,jadi wakil rakyat ni lebih kurang jadi beruk naik nyok saja,rakyat pegang tali suruh beruk ambik buah nyok,kalau tak mau ambik,penyegan banyak helahnya,tuan dia tarik tali jatuh kebawah lah...(tergelak tok ayah sambil hirup kopi o nya) kalau UMNO dok lagu tu juga jangan harap la nak dapat sokongan rakyat....PAS la ni tengah syok,orang kata kemaruk,dah dapat kedah kelantan,dah mula lah nak yang lain pula,ingat kosa perintah kedah tu boleh lama ka...kalau tak boleh bagi nyok..orang minta yang tua bagi hat muda,balog liat,rakyat tarik jatuh sampai keperedu...la ni tok ayah tengok berkawan dengan orang yang UMNO tak kebulug pula,umno lempang PAS kutip,depa tu pembawa penyakit,penyakit la ni lah..apa orang kata penyakit aid,PAS kalau kena penyakit tak lama......dengag kata depa tak berapa mau dengan ulamak dalam PAS pula..tanda-tanda kena dah penyakit tu...tak tau lah.
Daripada cerita dan luahan hati tok ayah dapat saya simpulkan bahawa,UMNO dan PAS ini tak akan kemana jika cara dan corak politik yang diamalkan sekarang boleh menjuruskan kepada kehancuran parti itu sendiri.
Cara PAS berkerjasama dengan DAP dan mendapat khidmat dari DSAI berkemungkinan satu hari rakyat sedar bahawa mereka tertipu dengan dakyah dan retorik politik yang membawa kehancuran serta sokongan rakyat kepada PAS akan berkurangan.
Pun begitu UMNO perlu melihat dan bermuhasabbah diri serta mencari pendekatan yang lebih menjuruskan kepada berkhidmat kepada rakyat secara terus,tak perlu membuka klinik rawatan jika tiada pesakit yang datang untuk menerima rawatan,seelok-eloknya doktor mesti datang cari pesakit dan menawarkan rawatan,dengan itu jasa doktor dan kliniknya akan kekal dihati pesakit serta ubatan yang dibekalkan mujarap.
Sebagai rakyat marhaen yang masih mengharapkan bantuan pimpinan wajar sangatlah kita melihat senario politik hari ini untuk kita jadikan panduan untuk terus berfikir secara matang dengan lebih rasional,supaya negara kita tidak dijajah lagi oleh kuasa asing yang kini dah menular dalam parti-parti kita.
salam,
ReplyDeletetu namanya demokrasi..
Saya telah linkkan blog saudara dengan bongkarsauh di bawah tag pandangan sebalik.
ReplyDeleteSekarang mari kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Amacam...setuju?
Terimakasih ustaz,InsyaAllah apa yang difikirkan baik akan tetap jadi terbaik jika niat kita ikhlas...
ReplyDelete