Saturday, May 2, 2009
PERJUMPAAN BLOGGERS UTARA ; Kesinambungan yang berterusan.
Pertemuan untuk jalinan yang lebih akrab,memahat harapan,menongkah arus cabaran serta membina kekuatan langkah kesatu arah satu matlamat .
Walaupun dalam keadaan santai bersama teh tarik & cappucinno,rakan-rakan blogger yang datang memberikan seribu erti perbincangan yang membuahkan pengetahuan,terimakasih untuk semua blogger yang hadir terutama bro dukeofumno yang berusaha menganjurkan pertemuan tersebut.
HARAPAN DAN CABARAN : sebagai blogger marhaen dari sanubari rakyat yang daif,situasi dan perkembangan politik semasa dikalangan umat melayu yang kian meruncing ini telah menginsafkan ramai blogger untuk membawa mesej perjuangan dan kalam berpedoman untuk rakyat dan pemimpin melayu dengan lebih jelas serta pantas.
Apa pun difinasi dan terjemahan yang terurai untuk apa jua isu-isu yang berkaitan wajarlah diperjelaskan dengan rasa yang lebih berhemah dan bertanggungjawab,walaupun dalam keadaan pro dan kontra,berkata benarlah sekalipun pahit.
Hanya jauhari yang mengenal manikam,kita amat mudah memahami apa yang tersurat tetapi mungkin tidak berupaya merungkaikan apa yang tersirat.
Untuk semua blogger yang datang berjumpa berkenal mesra,janganlah berakhir disitu saja,langkah pertama ini perlu disusuli biarpun melalui liku-liku yang panjang dan pastikan destinasi nya akan tiba jua.
Datang berjemput,pulang bersalam,panjang berbincang hampir semalaman,satu jiwa satu kata mengorak langkah jalinan ukhwah.
Kepada det guag teruskan berjuang memastikan Jerai kukuh teguh sehebat gunung Jerai,duke dan lain-lain blogger,tahniah atas semangat perjuangan dan inisiatif menyatukan blogger utara.
Jangan biarkan negara tercinta ini hancur musnah oleh dendaman politik yang merugikan...PULIH KEMBALI HARGA DIRI...MELAYU/ISLAM.
Ketahuilah,biar siapa pun kita,apa jua pakaian kita,warna apa pilihan kita,
bersongkok apa kita,kita adalah MELAYU dan beragama ISLAM serta MALAYSIA ini Negara tumpah darah kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...