Melihat dan membaca blog yang merakamkan maklumat perjalanan sidang DUN Perak hari ini,sebagai warganegara yang berbangsa melayu,saya terasa malu yang teramat sangat melihat gelagat dan telatah serta gelora emosi yang ditunjukan oleh YB-YB dalam DUN perak.
Pelbagai andaian dan pendapat yang diutarakan oleh para bloggers yang mendapat maklumat terawal daripada sidang DUN Perak tersebut,rujuklah senarai pautan disebelah untuk mengikuti selanjutnya.
Sidang DUN Perak dilihat sebagai satu medan pertembungan dua kumpulan,satu kumpulan yang hilang kedudukan dan satu lagi yang dapat kedudukan.
Yang hilang tak puashati,apabila tak puashati,rasional tolak ketepi,ikut kata hati,undang-undang dah tak pakai lagi,tapi kata demokrasi.
Melayu tak nampak kah?...dulu siapa kerajaan yang memerintah perak selepas PRU12?... PAS kah DAP?...YB Nizar MB (PAS) tapi siapa exco kanan kirinya?...DAP kan)...ikut suara ramai bolehkah YB Nizar buat keputusan sendiri waima nak bela melayu dan Islam pun kena minta sokongan DAP?...Walaupun YB Nizar(PAS) sebagai MB,tetapi boleh dikatakan sebagai puppet saja kerana terpaksa mengikut suara ramai dari DAP dalam exco kerajaan.Perak adalah sebuah negeri yang berada ramai orang melayu/Islam dan diperintah oleh Raja Melayu.Apakah melayu sanggup menghancurkan melayu demi memberikan kuasa kepada kaum lain di perak ini?...
Krisis di DUN Perak...siapa yang tak puashati,PAS kah DAP?...sebagai orang melayu/Islam,saya rasa PAS tak kisah dengan perubahan kerajaan dari PR diambilalih oleh BN,tapi dek kerana berpakat dengan DAP,dan nak tunjuk setiakawan PAS pun nak tunjuk jaguhlah,tapi perjuangan PAS untuk rebut kembali kerajaan perak untuk untungkan siapa?... PAS kah DAP?...
Bersatulah wahai melayu,janganlah berdengki-dengki dan mengkhianati sesama bangsa dan seagama,kita tidak mahu "Alu sama alu berlaga,Beras tumpah anak ayam yang kenyang" Ingatlah pesanan para pendekar melayu dulu.Sama-samalah kita berjuang mempertahankan maruah Agama,Bangsa dan negara kita.
Bro,
ReplyDeleteAhli politik dan rakyat dapat banyak pengajaran berguna situasi diPerak. Dan aku masih berbulu dgn paklah yang kedudukan beliau sehingga kini lebih teratas dari pengkhianat nombar satu negara yang satu negeri dgn beliau!
Sedikit sebanyak(banyak sebenarnya)beliau bertanggungjawab terhadap kemelut yang berlaku.
He he, syabas sebab dah rajin update blog, aku pula yang slow down a bit.....
Setujulah bro,
ReplyDelete