Thursday, March 17, 2011

HARAPAN YANG MENGHARAP

Kekuatan UMNO/BN semakin hari semakin bertambah dan bercambah, 1malaysia dapat diterjemahkan dan rakyat dah dapat memahami akan maksud dan tujuannya,pemimpin UMNO/BN berkemampuan dan berupaya mendifinasikan dengan perlaksanaannya kepada rakyat dan rakyat pun menerima dengan senanghati,pendek kata gerak kerja UMNO/BN selaku Kerajaan berupaya mengarungi badai dan gelombang kehendak rakyat,rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Pembangkang pada ketika ini sedang terkedu dengan tindakan dan kelajuan gerak kerja yang diilhamkan oleh PM DSNTAR,apa yang mereka momokan semuanya berjaya ditepis dengan disertakan bukti bahawa kerajaan UMNO/BN tidak hanya bercakap semata-mata sebaliknya melakukan dengan bersungguh-sungguh.Keupayaan Kerajaan UMNO/BN dibawah teraju DSNTAR sukar untuk disaingi oleh mana-mana parti pembangkang,kecelaruan mereka menjadi-jadi bila rakyat semakin hari semakain ramai mengakui yang konsep 1 malaysia diterima ramai.

Dalam situasi kini bolehlah diandaikan bahawa kepimpinan negara telah berjaya mengharungi proses menjana semula kekuatan dalaman disusuli pula semangat menjuarai membela rakyat tanpa mengira kaum,Tranformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN dapat memikat rakyat,ini dapat dilihat apabila UMNO/BN berjaya memenangi hati rakyat disetiap PRK yang diadakan,tiada alasan lagi mengapa rakyat perlu menolak UMNO/BN.Dan pembangkang hampir saja bangkrap idea dan isu pada setiap kali PRK yang diadakan.

Harapan rakyat malaysia adalah harapan dan sejuta impian untuk melihat dan merasai kehidupan dalam negara yang makmur,aman dan bertamaddun,persengketaan pasti membawa padah,jesteru itu wajar setiap rakyat mesti memiliki impian untuk menikmati hidup dibawah payung kerajaan yang sentiasa menjaga dan membela rakyat iaitu UMNO/BN.

Tuesday, September 21, 2010

OPERASI ASAP JABATAN KESIHATAN...wajarkah tiada amaran lisan?...

Kelmarin 20/09/2010 di kedah seluruh daerah telah dijalankan OEPERASI ASAP oleh JABATAN KESIHATAN Daerah.

Satu gerakan yang baik demi mengawal dan mencegah pencemaran asap rokok untuk kesihatan,tetapi kebaikan tersebut telah dilaksanakan secara tidak berhemah oleh pegawai-pegawai yang diamanahkan,maka kebaikan tersebut dilihat sebagai satu penganiayaan kepada empunya premis perniagaan terutama peniaga kecil.

TEMPURSAKTI telah menerima banyak aduan dan rungutan daripada pemilik premis yang disaman atas beberapa kesalahan kecil berkaitan asap rokok,terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

Antara kesalahan yang disaman ialah 1) Tiada memasang papan amaran DILARANG MEROKOK dalam ruangan yang berhawa dingin 2) Harga Rokok tidak ditampalkan 3) Menjual rokok yang dibuka (sebatang-sebatang)

Ada pemilik premis tak berpuashati kerana pada waktu pagi telah disaman oleh Pegawai Kesihatan atas kesalahan TIADA MEMASANG PAPANTANDA DILARANG MEROKOK dalam premisnya dan pada sebelah petangnya pula sekali lagi disaman atas kesalahan menjual rokok buka sebatang sebatang kepada pelanggan serta tin rokok dirampas.

Ada Pegawai Jabatan Kesihatan yang berani mengertak pekerja premis akan ditangkap jika tidak memberikan maklumat berkaitan peniaga.

Apa yang ingin dibangkit disini ialah kebanyakan peniaga tahu mereka bersalah kerana beberapa sebab seperti tidak memasang papantanda dilarang merokok tetapi cara tindakan Pegawai Jabatan yang membuat gertakan  saman untuk kali kedua tersebut,menjadi tajuk perbualan dan tak berpuashati.
Nampak sangat Pegawai-Pegawai tersebut seperti ego dan gah dengan arahan untuk saman dalam menguatkuasakan peraturan tersebut.

Persoalannya disini dapat kita lihat bahawa rancangan dan usaha untuk mendidik rakyat menjaga kesihatan yang dijalankan oleh kerajaan BN adalah amat baik,tetapi cara dan pendekatan pelaksanaan mungkin terdapat kecacatan,lantaran itu kebaikan yang diterapkan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN boleh terjejas oleh penguatkuasa yang lebih camca dan bubur ini,justeru rakyat melihat kaedah pelaksanaan ini lebih kepada membebankan peniaga dengan saman kompaun yang perlu dibayar kepada kerajaan,apakah kerajaan sedang memungut kembali saguhati RM500 yang diberikan kepada kakitangan kerajaan baru-baru ini dengan mengkompaun peniaga yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh setiap kementerian?...

Rakyat hari ini semakin sedar apa yang baik dan apa yang ditak baik yang dilakukan oleh kerajaan,namun ibarat kata pepatah melayu DURIAN DAN MENTIMUN digelek lenyek mengelek lagi lah lenyek,tetapi hukum karma tetap ada kerana jika kebaikan untuk kebaikan maka kebaikan itu pasti akan terserlah,tetapi jika kebaikan untuk segelintir dan keburukan untuk semua maka nantilah balasan dalam PRU 13 dimana kerajaan yang ada hari ini terus dihukum dengan lebih berat lagi.

Kepada Pegawai Jabatan Kesihatan ingatlah apa yang anda telah lakukan,memang rakyat tidak bantah atau persoalkan penguatkuasaan peraturan tersebut tetapi ingatlah jika kuasa yang anda ada anda gunakan sewenang-wenangnya tanpa akal budi bicara dan timbang rasa ,bukan diakhirat saja anda kena menjawabnya didunia pun anda akan menerima azab diatas sikap anda menjalankan kerja yang baik tetapi penuh dengan sikap zalim yang menganiaya peniaga dan pemilik premis yang berkaitan.

Tuesday, August 3, 2010

SAMAN EKOR?...TRAFFIK,JPJ atau MAHFUZ................

Disenaraihitam oleh JPJ gara-gara saman ekor,cukai jalan tak boleh diperbarui,banyak yang merungut kerana terpaksa membayar kompaun sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit.
Penguatkuasaan oleh traffik dan JPJ ini benar-benar mencabar rakyat dalam kegawatan ekonomi sekarang,namun salah tetap salah,tak bayar bermakna cukai jalan tak boleh diperbarui,nama pula disenaraihitamkan,alamak kenapa ini terjadi?.....

Kebanyakan yang terkena saman ekor bukannya dari kawasan yang kelajuannya 110KM,tetapi dari kawasan yang hanya kelajuan 60KM,semua kenderaan yang kelajuan melebihi had tersebut walaupun hanya 75KM dah ditembak kena saman ekor dan kompaun dituntut pula RM300.00,adilkah?...........

Tidak dapat dinafikan yang cara ini boleh mengajar pemandu kenderaan mematuhi had kelajuan yang ditetapkan,tetapi tindakan menyenaraihitamkan penama dan pemilik kenderaan dilihat amat menyukarkan pemilik kenderaan tersebut,apa tidaknya bagaimana kalau mereka ini mempunyai dua atau tiga kenderaan,dek kerana satu yang disenaraihitamkan oleh JPJ atas kesalahan saman ekor,ketiga2 kenderaannya tak boleh diperbarui cukai jalan.

Hari ini dilapurkan dalam sinar harian edisi utara yang YB Dato Hj.Mahfuz MP Pokok Sena tampil bersama SUHAKAM memulakan gerakan membantah penguatkuasaan dan penyenaraianhitam pemilik kenderaan yang terkena saman ekor.Adakah anda menyokong atau membantah gerakan yang dilaungkan oleh YB Mahfuz ini?.....
Kalau kita ambik dari sudut pengguna Jalanraya dan pemilik kenderaan,tindakan YB Mahfuz ini wajar disokong kerana gerakan ini berjuang untuk mencari kesejahteraan pemilik kenderaan,akan tetapi kita juga bimbang jika isu ini hanya dijadikan jambatan politik untuk mengaut populariti sebagai ahli politik dari pembangkang yang mencari kesilapan kerajaan,namun harus difikirkan juga apa yang baik untuk kesejahteraan rakyat itu yang perlu didahulukan.

Apa pun sebelum kesempatan ini diprovokasikan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab diatas kealpaan Traffik dan JPJ yang menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang terkena saman ekor wajarlah pihak Kementerian Pengangkutan dan KDN sendiri mengkaji semula langkah penguatkuasaan tersebut dengan kaedah yang lebih baik bagi keselesaan rakyat dan kerajaan.Jangan hanya tahu mengkompaun untuk kumpulan dana saja tanpa mementingkan kemampuan rakyat.

Monday, July 12, 2010

PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN...Masih lagi kemelut lama yang berulang...

UMNO masih lagi ikut rentak lama,masih bermimpi enak beradu ditilam yang empok ,masih leka dibuai glamour orang berkuasa,masih belum TERJAGA dari igauan kekalahan dalam pilihanraya....Jelas belum sedar secukupnya,biarpun dah kehilangan banyak kerusi politik.

Ini yang berlaku dapat dilihat dalam kebanyakan Persidangan UMNO Bahagian yang telah dan sedang berlangsung di KEDAH. Bahagian Sg.Petani dgn caranya,Bahagian Pendang dan Pokok sena dengan cara mereka,Begitu jugalah dengan lain-lain Bahagian.Yang nak diumpilkan disini bukan Bahagian-Bahagian dan UMNO itu,tetapi yang nak disampaikan disini ialah cara,pendekatan serta peel dan keupayaan peneraju UMNO Baghagian tersebut.

Rata-rata dapat didengar cakap-cakap dari ahli UMNO yang jadi perwakilan dari Bahagian yang hadir ke persidangan tersebut menyuarakan pendapat dan rungutan mereka,malahan ada yang tidak berpuashati tentang perjalanan persidangan yang diadakan,tak kurang juga ada yang menyuarakan pendapat dengan lebih terus terang iaitu UMNO masih lagi gagal dalam memesrakan semangat keahlian kepartian UMNO dikalangan ahli serta mengadakan persidangan sekadar memenuhi kehendak agenda mesyuarat untuk tujuan pendaftaran saja.tak lebih dari itu kerana banyak perkara yang wajar diangkat hasil persidangan tersebut telah dikebelakangkan secara tak bersebab.

Di Jerai...lapuran kertas persidangan lebih bertaraf rendah berbanding glamour UMNO itu sendiri,ini dapat diandaikan bahawa jentera pentadbiran UMNO Bahagian Jerai tidak mempunyai kemahiran mengendalikan acara persidangan UMNO,salah siapa?.....ramai perwakilan seolah dilekakan dan di "yong" untuk mendengar tanpa memikirkan apa yang terjadi...inilah amalan yang merugikan UMNO. Lagipun UMNO masih lagi berada ditakuk lama dalam semua acara,dan kalau dilihat dari segi professional dan budget serta ktrampilan UMNO memang gah tapi sayang UMNO tidak mempunyai barisan anggota yang benar-benar berkualiti untuk membawa parti orang melayu ini kepersada utama negara seperti zaman kegemilangannya.Ini semua berlaku kerana masih ramai lagi anggotanya yang lebih pentingkan kedudukan dan jawatan berbanding urusan kerja memperbaiki parti.

Sayang seribu kali sayang 'brand UMNO' yang digunakan oleh saki baki pemimpin UMNO boleh merugikan parti secara keseluruhannya,Jawatan didahulukan,kemuliaan UMNO diketepikan,ahli hanya diam membisu yang akhirnya jadi meluat melihat telatah dan kerenah Pimpinan UMNO yang sebegini.
Perkara yang sepatutnya dipanjangkan yang akan berupaya membaik pulihkan parti tidak dapat disempurnakan secara berkesan,apa maknanya?...mana mungkin ahli UMNO yang setia dan jujur bernaung tepikan,dibawah UMNO saja dibiarkan bersatu berjuang mempertahankan UMNO sedangkan pimpinan UMNO Bahagian lebih gemar mengejar Jawatan semata-mata....G7 yang jadi rebutan,isu parti diketepikan ...matlamat persidangan hanya jadi satu lompatan untuk mengekalkan jawatan bukannya untuk membangkitkan semangat perjuangan...jelaslah UMNO kehilangan taring untuk berjuang.

Rakyat dan bangsa melayu inginkan UMNO bangkit semula mengisi ruang dari kelemahan parti lain di Kedah...sayangnya UMNO masih dengan kemelut lama yang tak pernah pudar biarpun dah kalah dalam pilihanraya tapi masih lagi rasa dok berkuasa...malang sungguh jadi ahli UMNO yang menyokong UMNO kerana sering terkeliru dengan budaya kerja UMNO yang semakin menyimpang dari perlembagaan parti keramat melayu ini.Rasa sangat yang UMNO semakin ketirisan wawasan perjuangan serta keupayaan kepimpinannya semakin tirus untuk menembalikan sokongan rakyat kepada UMNO.

BERUBAHLAH WAHAI PEMIMPIN UMNO JIKA TIDAK MAHU DIUBAH.

Tuesday, May 25, 2010

PETAKA APA LAGI YANG AKAN DIHADAPI UMNO KEDAH?..........

Selesai momokan "bubar DUN Kedah" kini UMNO dituduh pula menjadi dalang untuk memujuk ADUN PKR supaya lompat parti,dan mantan MB Dato Seri Mahzir Khalid dituduh dengan ketiadaan bukti.

Tuduhan merapu dan meroyan ini datang dari ADUN Kulim dari PKR Lim Soo Nee, nampak sangat lah mereka cuba nak menegak benang yang basah kusut sebab dah terperangkap dengan mainan politik Kerajaan PAS Kedah yang ugut nak bubar DUN jika ada ADUN PKR yang lompat parti lantaran itulah jari ditudingkan diserata tempat.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah YB Datuk Paduka Ahmad Bashah berkata ,beliau mencabar YB Soo Nee mendedahkan bukti itu kepada umum jika benar kerana ianya satu pertuduhan yang melibatkan maruah sesaorang. Soo Nee juga diminta supaya memohon maaf kepada YB Dato Seri Mahzir dan UMNO kedah jika kenyataan yang dibuat tanpa mengemukakan bukti yang benar.

Dari kemelut politik sedemikian dapat diandaikan bahawa kalangan ADUN PKR Kedah kian tersepit dalam masaalah yang mereka sendiri cipta,PKR di kedah boleh dikatakan sebagai 'melukut ditepi gantang " saja dalam kerajaan PAS Kedah,layanan yang diterima pun sekadar nak jaga hati ,itu pun kalau angguk,kalau buka mulut alamat telan air liurlah,PAS Kedah pun sedar PKR ini umpama duri yang bila-bila masa boleh tercucuk kaki jika tidak berhati-hati,sebab itulah adegan sarkis BUBAR DUN jadi momokan untuk mengempar hati tikus ADUN PKR Kedah.

UMNO terkena tempias dari momokan PAS kepada PKR, apabila sedar yang momokan PAS itu permainan sarkis saja maka ADUN PKR Kedah yang berura-ura nak lompat terus tersentot kerana takut hilang kerusi yang disandang tak sampai sepenggal jesteru itu tuduhan dihala kepada UMNO untuk menutup kegelisahan dan ketakutan mereka.

PAS mungkin boleh ketawa melekek-lekek melihat telatah ini,mereka main sarkis,PKR jadi tunggangan UMNO pula jadi papan sumpitan,namun ketawa PAS hanya sementara kerana UMNO telah bersedia membalas sumpitan dari permainan sarkis anjuran PAS itu,sama-sama kita tengok sapa yang kena seterusnya.

UMNO Kedah tahu,rakyat juga tahu bahawa kerajaan Kedah pimpinan PAS telah gagal dalam mengemudikan bahtera kerajaan kedah,ransangan ekonomi yang tandus,peluang untuk peniaga semakin sempit,kegagalan kerajaan dalam menarik pelaburan ditambah lagi kerugian yang tak sepatutnya,banyak projek yang dilancarkan tak menjadi dan pelbagai masaalah dalaman yang tidak berkesudahan menjadikan PAS semakin tertekan ditambah pula ura-ura ADUN PKR nak lompat maka untuk menutup kegagalan pentadbiran yang ada ,mata rakyat mesti dialehkan kepermainan retorik dan adudomba politik dengan mengunakan peluru 'BUBAR DUN' untuk dihamburkan kepada rakyat sambil memberi amaran kepada ADUN PKR jangan main-main lompat parti,nanti hilang kerusi,serpihan peluru asap PAS itu mungkin terkena mata UMNO juga sehingga tidak nampak dan kelabu untuk melihat kegagalan PAS dalam mentadbirkan kerajaan Kedah.

UMNO mesti sedar dan ingat,dedahkan semua kepincangan kerajaan PAS KEDAH Kepada rakyat,jangan dibiarkan walau sekecil mana pun,lupakan tentang permainan sandiwara sarkis yang dianjurkan PAS,Tekatkan keazaman untuk merampas kembali kedah,PAS sudah gagal,jangan terikut-ikut cara mainan PAS,masih banyak lagi rakyat yang sedar dan bersedia menyokong UMNO,pulihkan segera,jaga UMNO Jaga rakyat,pedulikan pasal ADUN PKR ,biarkan mereka terjun dengan labunya,yang penting bongkarkan kelemahan dan kegagalan PAS dalam memerintah kedah,jangan terlalu defensif,terus menyerang, takkan UMNO masih membisu lagi jika peluang terbentang didepan mata,tak tahulah kalau UMNO masih dengan watak lama untuk tunggu dan lihat atau menerima seadanya.

UMNO hebat dan mantap dipusat,tapi kenapa dinegeri kian suram,lupakan yang lain tumpukan menawan kembali kedah,inilah masanya,Ini bukan masa untuk popularkan diri ini masa untuk tawan kembali kedah dan rampas kerajaan,kalau rakyat boleh nampak apa nak buat tak mungkin pemimpin UMNO tak tahu apa nak dilakukan?...........Jangan nanti ada lagi petaka menimpa UMNO Kedah.

Friday, May 14, 2010

MUNGKINKAH DUN KEDAH DIBUBARKAN?..............adakah ianya sekadar retorik?......

Hangat dikedah ...bubarkah DUN atau beraleh kuasakah pemerintahan ?...Boleh yakinkah YB Lim Soo Nee,YB Tan Chow Kang,YB Lee Guan Aik dan exco YB S.Manikumar akan jadi ADUN Bebas?...adakah ini hanya omongan dari retorik politik PAS yang hanya nak tengok gelagat BN/UMNO saja ?...

Apa-apa pun YAB Dato Seri Ustaz Azizan dah memberikan jaminan tidak akan menyembunyikan perkara sebenar dalam pentadbiran negeri.......nampak gayanya politik terus hanyut dalam politik dengan mainan demi mainan...siapa agaknya yang memenangi permainan ini...PAS atau UMNO/BN...?...

Ustaz Azizan kata ini semua cerita kabar angin yang ditiup oleh UMNO/BN...ini perang psikologi untuk memecahbelahkan PR Kedah.

PAS Kedah buat ceramah Khas bertajuk " DUN KEDAH BUBAR" pada 22hb Mei ini dikomplek PAS Kota Sarang Semut.
Mungkin ada jawapan diberikan dalam ceramah tersebut kut..............

PR Kedah memperolehi 20 daripada 36 kerusi DUN
PAS      16 kerusi
PKR        3 kerusi
DAP         1 kerusi
                               Jumlah             20 kerusi

Manakala BN memperolehi   13 kerusi serta 2 kerusi BEBAS.
Ini bermakna jika 3 lagi ADUN PKR letak Jawatan dari jadi ADUN Bebas dengan memberikan sokongan kepada BN maka majoriti mudah milik BN,bolehkah itu terjadi?....

Gawat dah memang gawat pun...PAS pun tau dah sebab tu mereka pun dah buat persediaan untuk bubarkan DUN...namun dikalangan pemerhati politik dalam negeri ....macam-macam boleh berlaku,cuma yang pasti untuk dilihat siapa lebih pintar dalam belit politik,PAS atau UMNO/BN maka dia lah yang dapat.

Namun ada juga pihak yang kata,ini semua omongan kosong saja sebab nak bagi UMNO syok sendiri,tak kurang juga ada yang kata PAS sengaja biarkan isu ini ikut rentak UMNO sebab nak hilangkan pertanyaan rakyat sebab Kerajaan PAS Kedah tak buat apa-apa pun untuk faedah dan kebajikan rakyat kedah,secara tak langsung rakyat dok syok cakap pasal bubar DUN hingga lupa yang Kerajaan PAS tak berkerja untuk rakyat.

Apa-apa pun kita intai lagi apa perkembangan yang boleh diperkatakan berkaitan isu BUBAR DUN KEDAH ni.

Sunday, May 2, 2010

RAHSIA BLOGGERS TERBONGKAR?............mungkinkah ujud kumpulan bloggers upahan?....

Apabila kickdefeela menyatakan mendapat pembiayaan dari PAS Kelantan berjumlah RM4J untuk mengodam Pak Lah (PM ketika itu) ramai yang terkejut dan terlopong,wow 4Juta ?.....banyak nyerrrrrr...

Tapi apa yang nak dikatakan disini bukan nilai wang ringgit tapi berkaitan kenapa dan mengapa habuan itu diberikan ?....persoalan yang menarik untuk diketahui apakah hanya beliau seorang saja yang mendapat habuan itu atau ada lagi bloggers lain mendapat habuan yang sama untuk tujuan yang lain pula?.............

Secara rawak dapat diandaikan dengan pelbagai jawapan mau pun alasan,tapi oleh kerana dakwaan ini dalam siasatan polis maka tak dapatlah untuk kita nak ulas panjang.

Pendedahan yang didakwa oleh Kickdafeela itu mungkin ada sebab yang hanya beliau yang tahu tapi dapat kita bayangkan apakah ada lagi bloggers samaada dari yang Pro pembangkang untuk menghentam kerajaan maupun yang pro kerajaan yang menghentam pembangkang yang mendapat upah sebegitu?...mungkin habuannya tak sebanyak itu tapi boleh juga untuk cari makan....tak heranlah ada juga beberapa bloggers yang kita nampak terrrrrrrrrrlebih sudu dari bubur.

Dalam situasi kini,perang cyber lebih menyakinkan kerana cepat dan pantas sebaran maklumatnya serta minat rakyat dalam ICT semakin berkembang,lantaran itu peranan bloggers cukup penting bagi menaikkan maupun untuk tujuan menjatuhkan mana-mana pihak,maka dengan ini mungkin ujudnya bloggers upahan bagi tujuan tertentu.

Ada baik dan ada buruknya ,baiknya jika sebaran maklumat yang ditulis itu betul dan tepat untuk diketahui oleh rakyat dan penggemar blog ,yang buruknya jika maklumat yang disebarkan itu tidak benar dan lebih kepada propaganda yang boleh memesongkan fikiran pembaca blog serta boleh 'mengoblokkan' pembaca blog.

Kita juga tertanya-tanya kenapa orang yang menerima pembiayaan mendedahkan kepada umum?...apakah nak cari kebenaran atau memasang perangkap kepada bloggers yang lain agar turut sama menyatakan ada habuan diterima untuk 'mengodam' sesaorang?..........atau adakah trend bloggers yang hebat-hebat dan ternama sah dan nyata mendapat pembiayaan dari pihak-pihak tertentu?..........

Sukar untuk diramalkan kesahihannya namun jika ini benar bermakna dunia bloggers boleh ditakrifkan sebagai 'makan upah' serta perjuangan bloggers lebih kepada nafsu semata-mata bukannya kebenaran.

Harapan kita agar bloggers yang terkenal dan hebat serta bijak dapat memainkan peranan secara berkesan kearah penyatuan ummah serta mendaulatkan ketuanan melayu yang kian tercabar daripada asyik bercakaran dengan kuasa minda bermaklumat untuk mencari upah membulatkan perut sendiri,fikirkanlah tentang masaalah generasi muda melayu yang lahir selepas merdeka yang masih belum sedar tentang erti perjuangan bangsa dalam mendaulatkan negara.

Sebagai menghargai apa yang kita ada hari ini,pertahankanlah dengan nilai yang bermaruah,serta amalkan cara ber'bloggers dengan niat murni demi Agama,Bangsa dan Tanahair,gunajan kehebatan bloggers dalam menyatukan melayu dibumi malaysia ini.