Genderang sudah dipalu,penamaan calon sudah selesai,tempoh berkempen secara rasmi giat diaturkan,calon-calon yang bertanding dah menghayunkan langkah,ada yang laju ada yang lajak,ada yang perlahan-lahan (kohor-kohor),dua parti melayu sudah sah dan mengesahkan, UMNO/BN lawan dengan PAS.
UMNO/BN diwakili oleh tokoh Pemuda Bahagian Tuan Aziz Tuan Mat ,graduan lulusan dari UITM,manakala calon PAS ialah Mohd.Fauzi Abdullah Bendahari PAS Kuala Krai seorang Pemborong Ikan.
Perang saraf diantara kedua-dua parti yang bertanding hangat dengan isu-isu tempatan berkaitan kriteria pendidikan kedua-dua calon yang bertanding di DUN Manek Urai. Pengundi di Manek Urai mesti melihat dan mengkaji serta membuat keputusan untuk mengundi,siapakah calon yang sesuai untuk mewakili mereka sebagai ADUN MANEK URAI,Kedua-duanya adalah melayu dan Islam,PAS telah memutus dan menyarankan agar pengundi tak perlu calon yang berpendidikan tinggi,kenyataan ini seolah-olah menafikan kehendak masyarakat setempat,namun realitinya PAS tetap dengan pendirian meletakkan calon yang bukannya berpendidikan tinggi.
Berbanding dengan UMNO/BN, Tuan Aziz Tuan Mat adalah seorang yang memiliki taraf pendidikan yang menjadi kriteria calon yang sesuai untuk berkhidmat sebagai Wakil Rakyat di Manek Urai,kemampuan untuk merancang dan merencanakan program pembangunan infrastruktur dan mampu berkomunikasi dengan baik untuk tujuan pelaburan dan komersial.
Tuan Aziz Tuan Mat adalah pemimpin anak tempatan yang cukup memahami kedaifan serta kehendak rakyat dalam DUN Manek Urai,sebagai Pengurus Pemantauan Projek KESEDAR,beliau sememangnya tidak kekok dalam menjalankan amanah dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan warga emas yang mengharapkan pembelaan .
Rakyat di Manek Urai perlu melakukan Lonjakan Paradigma jika ingin dan mahu melihat Manek Urai dan masyarakatnya terus terbela dan terpelihara,pelbagai usaha boleh dilakukan bagi memajukan industri kampong serta mempromosikan keindahan alam hanya boleh dilaksanakan oleh Kerajaan yang mempunyai perancangan serta peruntukan dan wakil rakyat yang berkeupayaan mengetengahkan kehendak rakyat serta memajukan kawasan yang diwakilinya.
Bukan simpati dan belas ehsan yang perlu dilihat oleh pengundi,tetapi perlu kepada suara dan gerak kerja pembelaan untuk rakyat yang perlu dicari,maka Manek Urai akan tetap terus menjelmakan diri dengan rakyatnya membangun maju bersama Wakil Rakyat yang baru ini,Pilih lah calon UMNO/BN dan Manek Urai akan lebih maju lagi.
SELAMAT MENGUNDI DAN UNDILAH CALON BN,TUAN AZIZ TUAN MAT.