Amat terasa kini bila UMNO ditakrifkan tidak kuat oleh kaum kaum lain,terdapat pelbagai tuntutan dan desakan minta itu ini,dapat dirasakan bahawa PM penat jenuh melayani tuntutan-tuntutan kaum tersebut,bagi salah tak bagi bersalah.
Kaum kaum lain kena faham,di bumi Malaysia ini MELAYU masih lagi majoriti,kalau dihitung dalam parlimen,wakil rakyat melayu UMNO + PAS + PKR + PBB ,jika wakil rakyat ini bersatu,melayu boleh ada majoriti membentuk kerajaan tanpa kaum kaum lain.
Hidup UMNO hidup Melayu,ini jelas untuk difahami kerana UMNO adalah pertubuhan pertama melayu yang berjaya merampas TanahAIR ini dari dijajah oleh MU (malayan union) .Kesatuan melayu inilah yang bernama UMNO yang berjaya memerdekakan negara ini.
Setelah merdeka dan memerintah ujudlah perikatan antara kaum untuk memacu bahtera memajukan negara dan UMNO lah yang menjadi nadi penggerak nya.
Hari ini kian terserlah biarpun sebelumnya terdapat pelbagai tuntutan yang dibuat oleh kaum kaum lain yang dikatakan rakan dalam membangunkan negara masih lagi dengan tuntutan dan ugutan berkehendakan itu dan ini.
Selepas PRU12 amat ketara,selepas tewas teruk parti parti komponen BN yang mewakili kaum Cina dan India kurang wakil dalam kabinet,maka pelbagai tuntutan dikemukakan,ada yang dilayan walau pun terpaksa mengorbankan hak yang lain.
Kata orang tua-tua "apabila pokok dah mula condong,bukan saja kera dan lutung yang ragas,kura-kura pun turut mengerabatnya".Nampak jelas apabila komuniti melayu dah semakin parah berpecah belah,maka akan adalah kaum yang akan mengambil kesempatan.
Akan adakah kuasa melayu lagi jika sentiasa berpecah belah?...wahai bangsaku MELAYU dalam UMNO,PAS,PKR dan yang tak berparti,marilah kita lupakan sengketa dan bersatu dengan bermaaf maafanlah,buangkan sengketa politik,kembalilah berpadu,ingatlah yang MELAYU kini kian terhimpit dan tersepit di bumi bertuah ini,marilah kita bersama-sama bangun membela antara satu sama lain,dan ingatlah jika dicubit paha kanan paha kiri juga terasa sakit,sesungguhnya MELAYU ISLAM itu bersaudara dan jangan kita biarkan saudara seagama dan sebangsa dengan kita ini dirobek dan diratah untung nasibnya oleh orang lain.
BERSATULAH MELAYU,MEMPERTAHANKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.
KITA SUDAH TIADA MASA........KALAU TIDAK SEKARANG BILA LAGI.
* SOKONG PEKIDA demi AMMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.
* SOKONG PERKASA demi MEMPERTAHANKAN BANGSA MELAYU.
* SOKONG UMNO,PAS,PKR demi PERPADUAN MELAYU.
" JANGAN DIBIARKAN BANGSA MELAYU MENJADI PENGEMIS DI NEGARA SENDIRI.
DIMANAKAH ANAK CUCU KITA NANTI JIKA HARI INI KITA (MELAYU) TIDAK MAHU BERSATU PADU?....................
HRE HE maaf na kalu bunyi komen aku agak pesimis. teringst aku pepatah yg selalui diucapkan dimarket,pekan nat, pasar malam, pasaraya, pdg bola, bla bla bla.....
ReplyDelete"Cakap senang, susah buat".
"guna modai yaqliuq sapapun boleh"
"depa lemah, tu yg depa ckp lagu tu"
"mai kami kuat baru hangpa nak terhegeh-hegeh cari kami"
.........
kalu nak senarai bab negatif melayu tak kira cap apapun boleh kata infiniti!!!
Aku mcm ang juga, nak melayu terus bersatu!!! Tetapi depa yang baru dok rasa nikmatnya 'mabuk' kuasa tu tentunya makan masa utk dipulihkan mabuk depa tu!