Saturday, April 11, 2009

MENTERI AGAMA : KABINET RAKYAT


selesai Pilehanraya kecil bagi 2 bukit dan satu batang,semua dah tahu keputusannya dan pelbagai cerita semasa kempen dan selepas menang,ada yang betul ada juga yang tak betul.

Tun Dr.Mahathir kembali semula dalam UMNO terus menjadi tajuk bualan,ada yang cakap baik dan ada juga yang kata bermacam-macam.

Dato Sri Najib jadi Perdana menteri ke 7 dan perlantikan menteri kabinet dan Timbalan menteri juga tidak lepas dari kata-kata yang pelbagai macam.

Yang menariknya dalam ramai-ramai menteri dan timbalan menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri,terdengar masa pengumuman PM yang beliau melantik Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharum sebagai Menteri di JPM,memegang potfolio Agama.

Datuk Jamil Khir satu malaysia rakyat kenal,cukup popular sebagai penceramah Forum Perdana.Anak Yan dari Kg Sedaka ini cukup terkenal dari segi Ilmu Agamanya.Apatah lagi mendapat pendidikan asas agama dari ibubapanya yang bergelar ustaz,siapa yang tak kenal Pak Ngah Baharum bapa Datuk Jamil.

Datuk Jamil Khir satu kampong dan satu sekolah dengan penulis di Sek.Keb Ulu Sedaka,kami pernah bertarung dalam pertandingan syarahan sekolah tersebut,beliau menjadi Johan dan penulis Naib Johan,habis sekolah beliau ke Maktab Mahmud dan penulis ke Sekolah menengah biasa saja,sejak itu kami terpisah.

Kami pernah bertemu sekali ketika pilihanraya 1988 ketika itu beliau berkerja dengan Koperasi shamelin .

Apa yang dapat penulis katakan bahawa perlantikan Datuk Jamil Khir sebagai Menteri Agama oleh Perdana Menteri DSNTR adalah tepat dan bijak serta berpandangan jauh.

Kita yakin Perdana Menteri sememangnya telah tahu bahawa Datuk Jamil mempunyai karisma yang boleh memperteguhkan ukhwah dalam mempertingkatkan daulah Islamiah serta pembentukan sahsiah dan jatidiri muslim sejati.

Hari ini kita sudah keterlampauan disogok oleh retorik keagamaan yang memungkinkan ramai umat Islam berada dalam kecelaruan dan kekeliruan,mungkin asas yang ada tidak dapat diterjemah atau tidak berupaya untuk menimpelementasikannya secara total.

Inilah cabaran dan harapan rakyat dan Perdana Menteri tentu lebih memahami bahawa situasi ini memerlukan satu kebijaksanaan yang lebih komprehensif untuk menyatukan kembali umat Islam yang begitu ketara berpuak-puak dimalaysia ini.

Apa yang pasti sudah jelas terang lagi bersuluh ,pemilihan dan perlantikan Datuk Jamil Khir sebagai Menteri Agama tepat dan sesuai dengan ketika serta mampu menggalas amanah negara kearah perpaduan umat Islam itu sendiri.

Bagaimana pula UMNO Jerai melihat situasi ini?....dari sudut politik jika Datuk Jamil Khir mempamirkan kualiti kepimpinan dan berkeupayaan menterjemahkan amanah Perdana Menteri sebagai Menteri Agama,apakah sanggup Pemimpin UMNO Jerai memberikan laluan untuk bertanding sebagaai Ahli Parlimen pada PRU 13 nanti?.........

Apa pun gendang baru dipalu dan tiupan serunai baru berbunyi,lihat saja lah nanti pencak yang ditari kan,apakah kuntau yang akan dimainkan?...tomoi kah?..silat pulut kah ?...atau tarian zapin putu mayam?...



































1 comment:

  1. Ha....awat aku baru nampak? Aku ingat tak dak pun geng Jerai yg mengalu-alukan jamil. Tapi puak2 diataih nu mcm dok dlm peti aih saja pekehal!

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...