Sunday, June 21, 2009

BAHANA AKIBAT PENULISAN........

Hari ini seawal pagi aku dikejutkan dengan nada ringtone 'kau pergi tanpa pesan' dari set aku,panggilan dari sesaorang yang tanpa salam dan ucapan selamat pagi,terus memarahi dan memaki aku dengan pelbagai kata loghat kedah yang aku pun tak tau nak tulis macam mana...

Dia marah sangat pasai aku tulis berkaitan UMNO JERAI,dia kata kalau aku nak tunjuk pandai...awat tak pi kata kat AJK BAHAGIAN yang tak sokong DATO MIE,bagi depa reti dan faham tugas depa sebagai AJK ...Aku rasa dari suara marah-marah tu ...aku dapat agak sapa orangnya...aku tak mau bagitau lagi...banyak jugalah dia 'beletiaq ' kat aku...dia kata dia kenai aku...tapi bila aku tanya dia,sapa aku,apa keja aku,mana cawangan aku,dia dah tak boleh habaq...
dia kata kat aku...kalau tak tau apa-apa tak payahlah nak tulih pasai UMNO JERAI...DATO MIE dah perabis banyak dah untuk tolong UMNO JERAI...nak tulih pun janganlah bagitau perkara yang tak baik pasai Ketua Bahagian...dia kata aku sebagai penulis upahan untuk peburuk DATO MIE...

OKAYLAH dia nak kata apa pun aku dengaq...sebab aku pun panik juga pagi-pagi buta terima panggilan kena hamun...aku ha..ha..saja lah...tapi yang aku mula berangin bila dia kata aku tak mengenang budi dan tak tau berterimakasih atas pertolongan dot.dot.dot...aku jerkah deras...sampai anak ku yang kecik terjaga dan keriau dari tidug..."apa hang ingat aku ni banyak sangat kah mengharap budi dan bantuan dari KETUA hang?..."Hang tak tau ka apa yang aku kata dan tulih pasai aku ahli UMNO dan aku tak pernah dapat apa-apa pun imbuhan dari sapa-sapa dalam UMNO...Aku tak mau UMNO JERAI jadi hancoq leboq kerana tidak dipimpin dengan baik dan elok oleh mereka-mereka yang dipilih dan diamanahkan untuk jaga UMNO JERAI...salahkah aku kalau aku tulih kerana nak teguq depa?...awat aku tibai sikit pun dah meloncat dah?...tup...aku dengaq talian diputuskan,aku talifon balik...ada nada tapi tak diangkat.

Aku terdiam seketika dan berfikir,budak-budak baru masuk politik,bukan sokong UMNO tapi sokong pemimpin UMNO...Inilah sebabnya UMNO semakin kecil dan menguncup,sedangkan pemimpin dan penjawat jawatan teratas semakin besar semakin melimpah-limpah dananya.

Aku terasa inilah bahananya bila berkata apa yang benar...aku tercabar,namun aku akan teruskan juga mencari bahan untuk ku dedahkan...tujuan aku semata-mata aku nak tengok UMNO JERAI kembali diminati dan dimuliakan oleh rakyat disemua peringkat usia sepertimana pada zaman DATO LAH FENDI memimpin UMNO JERAI dulu. UMNO JERAI dibawah pimpinan DATO LAH dulu cukup mantap dan hebat,DATO LAH berjaya merakyatkan UMNO JERAI...Kesemua sayap UMNO bersatupadu,bergerak sebagai satu pasukan,UMNO JERAI
amat digeruni oleh PAS...PAS tiada tempat di JERAI.

3 comments:

  1. Salam.....

    Sekuranng-kurangnya nak buat apapun bagi la salam dulu ni dak terus bantai ja.Ya la kalau benda tak betoi tak kan ada orang yang akan terasa kot baru kena smash sikit saja tu.Kalau banyak lagi pendedahan demi pendedahan pasai UMNO Jerai ni tak tau la.Kepada Pendekar kita Tempursakti teruskanlah dengan pendedahan demi pendedahan ini demi untuk UMNO Jerai kita yang disayangi.Pendekaq tak kan mengaku kalah walau apa pun yang terjadi .Kami orang-orang yang berkecuali tidak memihak kepada mana-mana pihak cuma yang kami mahukan UMNO Jerai kembali mantop kami sokong pendedahan ini sekurang-kurangnya banyak pihak yang akan membuka mata contohnya seperti yang memaki hamun saudara tu la.Sekali lagi tahniah diucapkan kepada saudara........

    ReplyDelete
  2. wksalam...terimakasih LAGENDA...biar apa pun orang nak kata...saya anggap sebagai dugaan dan cabaran dalam mencari kebaikan.....

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...