Sunday, June 14, 2009

masing-masing nak jadi TUAN,...Siapa jadi HAMBA...?...


Pekung dan kurap bernanah dalam selimut yang membaluti tubuh-tubuh parti politik berjenama PAKATAN RAKYAT semakin hanyir dan mula dimual baunya dan semakin hampir kehidung rakyat,bezanya ada yang tercium baunya begitu busuk dan ada pula tercium baunya wangi kerana telah terlalu biasa dengan bau-bauan sebegitu,serta ada yang tak dapat bauan langsung.

Apa pun putaran akal yang digunapakai boleh melihat kesemua itu,yang busuk kalau nak kata wangi adalah sesuatu yang amat ganjil dan aneh,tapi kalau dah suka ,apa orang nak kata pun peduli apa, yang penting apa yang depa rasa......

Kemelut dalaman PKR ternyata menunjukkan gambaran jelas yang parti itu memiliki kediktatoran,pengikut penyokong mesti mengikut kata pemimpin samaada suka atau tak suka,betul atau pun salah...melawan dan memprotes bererti kena "daieh kaki",cakap ketua kena patuh biarpun tak betul mesti terima sebagai betul,ketua yang bersalah mesti dibela,biar dengan apa cara sekali pun asalkan ketua dilihat mulia. Inilah 'kelodak' dalam PKR yang berjuang sebagai parti politik untuk berkuasa dengan memecahbelahkan perpaduan melayu dan kaum-kaum di malaysia ini.

Terbaru bila kes akan disebut pada Julai ini,dah ada suara -suara yang membela ketua tersebut,pelik...kes belum disebut lagi,tapi pembelaan dah dibuat melalui media...politik,jawatan YB digunakan sebagai talian hayat menyampaikan hujah dan dakyah mereka untuk mengelirukan rakyat...apakah rakyat perlu dipaksa menerima bebanan untuk berfikir perihal salahlaku setiap pemimpin dan orang-orang tertentu bila kes kemahkamah?...Bila mereka nak saman pihak-pihak lain kes dibawa kemahkamah...bila menang mereka kata mereka hebat,bagus dan betul...bila kalah mereka menudingkan jari menyalahkan itu ini begitu dan begini...Rakyat mesti melihat setiap perkara ini dengan matahati yang benar-benar tajam dan menilai kesahihah perkara tersebut disetiap sudut atas fakta dan kebenaran,tak perlulah bersimpati dengan adudomba dan retorik yang berlebihan.

Pokok kelapa sememangnya lurus,kekuasaan Maha Pencipta boleh menjadikan ianya bercabang-cabang,oleh itu berfikirlah sebagai pelita hati bahawa setiap sesuatu perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Melayu perlu bersatu,apabila ada kesedaran dan keinsafan atas permulaan yang baik,mengapa perlu dilengah-lengahkan.
Sampai bila rakyat dan penyokong parti politik melayu akan sentiasa menjadi HAMBA...disuruh duduk,diam,dengar dan dengkur oleh pemimpin-pemimpin,sampai bila rakyat marhaen melayu ini akan berTUANkan parti politik yang membengkokkan saf perpaduan melayu?...

2 comments:

  1. Salam Ziarah,

    Perkara yang baik tidak patut dilengah-lengahkan.Agenda untuk menyatupadukan orang melayu harus disegerakan walau apa pun yang terjadi.

    ReplyDelete
  2. aku pun dah tak reti dah dok tengok tingkah laku pemimpin dari puak-puak pembangkang melayu ni...depa ni tak ingat ka asal usul depa ka?...awat nak bagi melayu berpadu dan bersatu ni payah sangat ka?...ka saja depa memang tak mau melayu bersatu?...

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...