Wednesday, November 12, 2008

MELAYU BERSATU UMAT ISLAM TEGUH

Cerita,debat,pidato dan ceramah serta apa jua yang disebut akan lebih bermakna jika orang melayu kembali kejalan asalnya iaitu kembali kepada ajaran Islam dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip hukum Allah,Sesungguhnya Allah Taala itu SATU,dan maha segala kekuasaanNya.

Kealpaan atau lupa sering dikaitkan dengan melayu,melayu mudah lupa,mengapa?...apakah bangsa lain tidak lupa?...apa yang diperkatakan ialah melayu sering lupa pada asal usulnya,lupa pada sejarah bangsanya,lupa pada pegangan agamanya,lupa pada adat dan budayanya dan lupa kepada apa yang perlu diketahui dan di ingatinya.Dan yang meresahkan ialah melayu telah lupa akan kejadian asalnya,lantaran itulah melayu dianggap mudah lupa.

Melayu lazimnya adalah Islam,Islam adalah agama syumul yang menyeru umatnya sentiasa taat akan perintah Allah dan Rasul,Aturan Rukun Islam telah jelas membawa umatnya menuju kebenaran,dan rukun Iman pula membuka pintu hati seluas luasnya untuk melihat kekuasaan Allah Taala,jelas terang tidak tersembunyi,maka hayatilah dengan kusyuk dan tawadduk serta jadikan panduan untuk memperkuatkan akidah.

Umat Islam itu bersaudara,tapi mengapa perlu ada sengketa?..tidak bolehkah kita mengamalkan konsep persaudaraan sesama kita(seagama dan sebangsa) dengan cara yang lebih bermakna,seperti tolong menolong,bantu membantu,yang kaya membantu yang miskin,yang miskin juga boleh membantu yang kaya,kita ikut cara MUHABBAH iaitu dengan cara KASIH SAYANG,Kita jalinkan semangat ukhwah dengan hubungan silatulrahim yang erat,jika kita sentiasa ingat mengingati dan mengamalkannya,yakin lah bahawa bangsa melayu dan umat Islam menjadi kukuh dan teguh dalam semua aspek rohani dan jasmani.

Ekonomi Melayu/Islam lemah kerana kita tidak bersatu,kealpaan kita telah menyebabkan kita di pecah belahkan serta diperintah,lantaran itu kaum lain mengambil kesempatan diatas kelemahan dan kealpaan kita,kita dipaksa menerima apa yang kita tidak kehendaki,kita hanya diberikan kuasa untuk membeli saja,sudah lama kita ditindas dari menjadi kuasa sebagai penjual,sebab itu kita gagal untuk menguasai ekonomi walaupun nenek moyang kita telah meninggalkan pusaka kepada kita tetapi kita tidak mampu mengurusnya dengan baik,yang akhirnya kita terpaksa bergadai untuk terus hidup sebagai anak bumi bertuah (malaysia),fikir-fikirkan lah.

Melayu/Islam dibantu,tetapi tidak kemana,sistem yang tidak fleksibel dalam membantu melayu/Islam tidak jelas dan tersembunyi,Orang melayu/Islam terus terpinggir dalam kancah ekonomi yang dimonopolikan oleh kaum lain dan kalau ada pun konglomerat melayu yang membantu Melayu/Islam tetapi dibuat sekadar untuk tujuan ikhsan semata-mata tidak berfungsi sebagai membina dan menjana ekonomi yang besar yang boleh diterjemahkan sebagai kuasa baru ekonomi anak watan.

Melayu/Islam terjebak dengan hutang dan pinjamam,ada yang mampu bayar dan ada yang tidak mampu untuk membayar,yang akhirnya disenarai hitamkan serta muflis,Keadaan ekonomi global yang mendesak juga mempengaruhi keadaan Melayu/Islam,dengan pasaran yang tidak seimbang,perbelanjaan melebihi pendapatan,mana mungkin hutang dan pinjaman mampu dibayar?,,,sekali lagi melayu/Islam terheret kelembah hutang yang menjadikan nya muflis.

Malaysia masih lagi menjadi milik melayu/Islam,kita mahu semua melayu dan umat Islam kembali mengingati dan menginsafi keadaan ini serta kembalilah kepada kekuatan penyatuan dan Agama,kita teguhkan silatulrahim dengan keazaman yang kukuh,buangkan segala kekeruhan,sengketa,hasad dengki dan persoalan negatif,kita aturkan langkah gagah berani untuk berubah serta berpegang dengan tali Allah dan mengingati yang umat Islam itu bersaudara,ayuh kita dayungkan arah matlamat kita merentasi arus ekonomi raksasa untuk kembalikan hak kita yang akan menjadikan kita berkuasa meletakan bangsa kita melayu dan umat Islam di Malaysia ini setanding dengan bangsa bangsa lain disemua segi.

Rahsia ini akan didedahkan untuk Melayu/Islam,sebagai jalan untuk melihat melayu/Islam bebaskan diri mereka daripada hutang piutang.Bagaimana caranya?
Mudah saja,bukalah minda ,positifkan fikiran,letakan matlamat 2008/2009 kita mesti bebas dan merdeka dari segala hutang piutang serta apa jua pinjaman.Ini adalah rahsia yang bukannya perlu untuk kita berniaga,bukannya skim pelaburan atau skim cepat kaya,ianya ada kena mengena dengan ukhwah dan silatulrahim sebangsa dan seagama.

Berkerja sekali kita akan dapat duit berkali-kali,bila kita memberi kita akan menerima,bila kita menerima jangan lah lupa untuk memberi.Ini adalah mesej penting untuk kita melihat sejauh mungkin bagaimana rahsia ini berfungsi untuk memberikan sumbangan kepada pendapatan kita yang secara langsung menjadikan melayu/ Islam terus kukuh,teguh dengan ekonomi yang teransang berterusan tanpa henti-henti.

Bolehkah kita teruskan?....bab kedua menanti ......tenangkan fikiran,renungkan keadaan,fikirkan kejayaan,melayukan gagah dipersana ekonomi malaysia,InsyaAllah.
Kita bertemu di bab yang kedua.........................................................

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...