Tuesday, November 4, 2008

MELAYU PERLU BERSATU DEMI MENEGAKAN SYIAR ISLAM

Jika kita rasa melayu makin terhimpit dan tersepit,diantara ruang,peluang dan jurang,maka kita perlulah mula berfikir secara positif dan ubahlah minda kita,apakah kita inginkan hidup kita dengan cara lama yang gagal atau kita perlukan kepada satu lonjakan paradigma yang baru.........

Kita dicabar disemua bidang,paling ketara kini melayu dibelenggu oleh sindrom senyap yang tidak membawa apa-apa isi,kita terdiam kerana kelemahan kita,kita lemah akibat terhakisnya kuasa politik,kita telah lemah kerana jurang pencapaian yang tidak setara,baik dari segi pendidikan,politik dan ekonomi,orang melayu terpinggir dan serbaserbi tidak mencukupi.akibat kelemahan itu menjadikan kita hanya menjadi kucing (warak,)tidak mampu bertindak walaupun disepak.

Kita menjadi orang yang berkuasa sebagai pengguna dengan berbangga sebagai kuasa membeli yang tinggi tetapi kita tidak ada keupayaan untuk menggunakan kuasa yang kita ada untuk mempengaruhi pasaran.Kita hanya menerima tanpa membantah.Adakah kita sedar yang diri kita sedang dibuli oleh keadaan?...Tanyalah diri,siapa kita? dimana kita?..Apa yang kita lakukan untuk Agama,Bangsa dan Negara.

Melayu yang kebanyakan nya beragama Islam ,mempunyai sahsiah dan maruah diri serta berpegang teguh dengan nilai-nilai Agama,ikatan silatulrahim dan persaudaraan seagama,apakah mungkin boleh terbiar dicabar?..Mengapa kita terpisah dan terpesong?..sedarkah kita bahawa jika kita semua bersatu,melayu dan umat Islam akan kukuh dan teguh dalam semua bidang,walaupun tanpa bantuan kita mampu membina empayar melayu hebat yang gagah terbilang,Sejarah ada terpahat kita adalah satu bangsa yang hebat,kenapa kini kita diam,sepi dan sunyi?,Ayuh Bangsa ku,kita kembalikan kehebatan kita MELAYU dan ISLAM.

Ukhwah dan silatulrahim serta persaudaraan sesama Islam mampu mengembalikan kegemilangan Melayu,Yakin dan kembali lah kejalan ALLAH,buangkan lah perasaan hasad dengki,irihati,riak dan takbur,marilah kita sama-sama berjabat erat dengan kasih sayang dengan satu matlamat iaitu umat Islam itu adalah saudara dan kita mulakan lah siri ini tanpa henti,tanpa jemu,ketepikanlah fahaman-fahaman yang boleh menghancurkan Melayu dan Islam,kita bersatu dengan satu saf yang berpegang dengan tali ALLAH.InsyaAllah,melayu dan Islam akan sinonim kembali hebat dan mampu mencabar bila tercabar.

Kita ada ramai cendiakawan,tenaga fikir,professor dan lain-lain bijak pandai melayu/Islam,sidangkan,fikirkan,cambahkan idea-idea yang hebat hebat kearah memajukan serta memakmurkan bangsa melayu dan umat Islam.
Bayangkan 15 juta umat Islam bersatu untuk membantu sesama sendiri dengan menyumbangkan seorang 1 RM sebulan akan berjaya mengumpulkan RM15 juta,bahagikan kepada 15 orang umat Islam,bukankah telah berjaya menghasilkan 15 orang jutawan melayu/Islam setiap bulan,bagaimana kalau setahun dan 10 tahun lagi,berapa banyak kah jutawan Islam berjaya dilahirkan.Ini hanya satu fomulasi asas untuk Bersatu,itulah hasilnya.

Kita tidak merancang untuk gagal,tetapi yang gagal ialah kita gagal untuk merancang,kita banyak melakukan pelbagai perkara tetapi kita tidak merancang dengan baik,atau pun kita memang tidak ada perancangan langsung,akibatnya jadilah seperti kita di hari ini.
Jesteru itu lonjakan paradigma dengan mengubah minda kita dan berfikirlah secara positif untuk mencari halatuju yang terbaik untuk kita sesama kita Bersatu dan maju.
Bangsa melayu dan umat Islam boleh maju dan hebat jika bersatu dengan kembali kejalan ALLAH,
Sebenarnya ada satu RAHSIA besar yang akan didedahkan untuk semua orang melayu dan umat Islam,bagaimana kita perlu BEBASKAN diri kita daripada pelbagai masaalah yang sering menghimpit kita.Kita akan kembali sebagai bangsa yang hebat,terbilang serta gagah dengan ekonomi yang teguh kemas dan padu,InsyaAllah.

Bersatulah wahai bangsa ku melayu,berpegang-peganglah dengan tali ALLAH dan RASUL,dan ingatlah umat Islam itu adalah bersaudara,kembalilah kejalan ALLAH.

1 comment:

  1. Aku dah baca. Aku dah faham. Ulasan bagi kat orang lainlah. Aku mana reti.

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...