Sunday, December 14, 2008

KUALA LUMPUR KE BUKIT KAYU HITAM

Keluar tol dari Jalan Duta menuju utara,terpampang pandu arah menuju ke Bukit Kayu Hitam,dalam hati dekat saja nak kesempadan negara,kenderaan yang dipandu memecut laju dengan riang supaya cepat sampai kedestinasi yang ditujui.Bukan apa dah tinggal rumah hampir tiga hari,rindulah.

Sampai di tol,walaupun mempunyai kad touch&go tetapi oleh kerana kenderaan tak banyak dilorong tunai maka lorong tunai jadi pilihan,bukan apa cuma boleh tengok juru tol,sekadar dapat senyuman sudah lah.Cik....tolong buka sekejap saya nak sentuh! usikan itu saja,dapatlah melihat senyuman juru tol.

Dalam perjalanan selama empat jam pelbagai juru tol yang ditemui,ada yang ramah ada yang periang dan ada juga yang tak dapat lihat senyuman.apa pun seronok juga sekali sekala bertemu wajah wajah juru tol disepanjang lebuhraya ini.

Sampai di Jitra,disebuah restoran Nasi kandar,pertemuan dengan beberapa kenalan yang ingin tahu berkaitan Program Pintar Ekspres,sambil makan dan bercerita dan sessi soal jawab,seorang dari rakan dalam pertemuan tersebut membuat cadangan untuk mengajak kami semua ke Bukit Kayu Hitam untuk berjumpa dengan rakan-rakan nya.

Selesai urusan pendaftaran di Jitra,kami pun bertolak pula ke Bukit Kayu Hitam,ada lima orang yang menanti kedatangan kami,disini penerangan sangat ringkas yang diberikan sebab kelima-lima mereka telah memahami,hanya membuat pendaftaran sahaja.Dah sampai di Bukit Kayu Hitam kalau tidak melintasi sempadan tak lengkaplah perjalanan ini,maka atas ajakan rakan-rakan kami berempat pun dibawa masuk kepekan danok,tirai malam dah mula berlabuh.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...