Cari makan,itu ungkapan yang kerap kita dengar daripada ramai orang,apabila tekun dan bekerja keras melakukan sesuatu perkerjaan.Persoalannya ialah kita kena berusaha atau berkerja jika ingin untuk mendapatkan sesuatu itu.
Banyak peluang yang terhidang didepan kita untuk dijadikan asas kepada usaha mencari makan,kepelbagaian peluang ini perlu kita rebut sentiasa mengikut acuan kebolehan dan tumpuan usaha kita,ada yang baik,terbaik dan ada yang buruk.
Bicara kali ini mengutarakan istilah cari makan dalam kontek keusahawanan,ramai usahawan melayu hari ini lebih gemar berniaga,ada yang secara kecil kecilan dan ada pula yang terlibat dengan kontrak pembinaan,pembuatan dan tak kurang juga dalam bidang perkhidmatan,tetapi yang paling ramai orang melayu gemar dalam bidang makanan,gerai gerai dan kedai makan banyak tumbuh bersiuh-siuh dipelbagai tempat,perniagaan yang diasaskan dan diusahakan untuk meningkatkan taraf hidup dan mempertingkatkan ekonomi diri dan keluarga.
Ada seorang kawan yang kerja cari makan nya dengan cara yang lebih bijak,iaitu dia bekerja dengan tidak terikat (independent).Jika nak sesuatu projek carilah kawan ini,dia boleh membantu,sebut saja apa jua projek yang dikehendaki,beliau akan berusaha untuk dapatkannya dengan syarat kena ikut arahan yang beliau berikan,akan dapatlah projek tersebut.Ramai petender dikalangan syarikat syarikat bumiputera yang mendapatkan perkhidmatan daripadanya dan ramai juga yang berjaya mendapatkan tender tender yang dilobi oleh kawan ini.
Keistimewaan kawan ini,beliau hanya memiliki telefon bimbit dan lap top saja,tiada pejabat dan tiada P.A,Kerani dan kakitangan,tetapi gaya hidup dan pencapaiannya mengkagumkan,secara peribadi bertanya berapa pendapatan beliau,tersenyum bangga beliau berkata lebih kurang lima juta setahun,wow banyak tu.Istilah cari makan yang ternyata hasilnya cukup lumayan bagi beliau.
Teringat kata-kata dimana ada kemahuan disitu ada jalan,jika kita berfikiran positif dan melakukan usaha secara jujur dan berterusan dengan kegigihan nescaya akan beroleh kejayaan biarpun usaha yang kita lakukan itu dipandang sinis pada mulanya.Kejayaan adalah milik semua orang,bergantunglah bagaimana orang itu hendak menterjemahkan setiap apa yang diusahakannya.
Jika kita inginkan perubahan diri dan ekonomi kita,lakukan sesuatu yang boleh menghasilkan apa yang kita inginkan untuk cari makan,biar kita gagal kerana melakukan sesuatu daripada kita gagal dengan hanya berpeluk tubuh saja.Rajin berusaha akan beroleh kejayaan.
Perlu kita ingat dan bertanya pada diri kita,apakah kita hidup untuk makan,atau kita makan untuk hidup, kerana setiap apa yang kita huraikan ada makna yang tersendiri yang tersurat dan tersirat.Yang terbaik untuk kita ialah biarlah kita makan untuk hidup daripada kita hidup untuk makan,apabila kita makan untuk hidup bermakna banyak peluang yang boleh kita capai untuk teruskan kehidupan kita ini.Dan jika kita hidup pula untuk makan bermakna kita selalu mensia-siakan setiap peluang yang kita ada dan akhirnya kita hanya dapat sesuatu itu sekadar cukup-cukup makan saja.
No comments:
Post a Comment
andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...