Tuesday, December 23, 2008

KENDURI KENDARA

Cuti-cuti Malaysia,musim kenduri kendara,dimana-mana ada kenduri,gantung periuk lah kata seorang sahabat,macam -macam ada kenduri,kenduri bersunat,kenduri arwah,kenduri kesyukuran dan yang paling banyak ialah kenduri kawin.

Trend musim cuti ini,banyak kenduri kawin diadakan,yalah seperti kata seorang kawan musim mengawan,bermula disember boleh dikatakan setiap hari penuh dengan undangan kenduri kawin,awas berpantang lah kepada yang ada darah tinggi dan kencing manis,apa tidaknya hidangan yang disediakan semuanya menyelerakan.

Kemeriahan kenduri kawin bukan untuk yang jadi pengantin saja,yang jadi tetamu jemputan pun turut rasa meriah,hari hari makan free,kadang-kadang sampai terlupa jemputan pun ada kerana terlalu banyak yang perlu pergi untuk meraikan,nak makan tak terdaya rasanya,setakat nak meneguk air tu boleh lah,pergi tetap pergi kerana yang menjemput itu saudara atau pun rakan karib.

Apabila terlalu banyak kenduri yang perlu dipenuhi sebagai jemputan ada kala nya terasa juga apabila Tuan empunya kenduri yang merupakan rakan baik atau saudara terdekat ambil mudah dalam menjemput kita,sebagai contohnya kita dijemput melalui wakil saja sedangkan beliau beberapa kali berjumpa dengan kita hanya sekadar memberitahu nak kenduri saja tapi tidak menjemput.Kecil hati dan terasa ada juga,pun begitu tak usahlah terlalu memikirkan sangat mungkin orang yang membuat kenduri tu sibuk dan terlupa atau dia fikir yang kita ini telah dijemputnya.

Kenduri oh kenduri,pergi kena,tak pergi tak kena,orang jemput kerana hajat,kita penuhi jemputan menunaikan hajatnya.Iniklah realiti masyarakat melayu dimana-mana saja,kenduri pasti ada.Ada kenduri kecil dan ada juga yang kenduri besar,besar periuk besar jugalah keraknya.Ada yang buat dikediaman ada juga yang menyewa didewan-dewan,apa yang penting kenduri.
Ada yang menggunakan perkhidmatan katering,tak kurang juga masih lagi menggunakan pakatan gotong royong,tetapi kebanyakan hari ini tidak lagi makan berhidang,layan diri lah pula.

Hari ini pun ada kenduri ,jom kita pakat pakat ramai ramai pergi,SELAMAT PENGANTIN BARU,dan selamat menikmati hidangan KENDURI.


No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...