Monday, December 29, 2008

KERJA KUAT,KUAT KERJA,KERJA KUAT-KUAT.

Banyak kata kata peransang dan kata kata semangat dengan slogan dan falsafah yang diutarakan,antaranya ialah Kerjalah dengan bersungguh-sungguh,Buat kerja betul-betul,Berkerjalah bersama-sama saya,Buat kerja masing-masing dan pelbagai lagi kata-kata yang dilontarkan berkisar soal kerja.

Orang rajin cari jalan,orang malas cari alasan juga berkisar soal kerja.Usaha tangga kejayaan juga berkaitan kerja,pokoknya ialah kerja,kerja,kerja.

Ya benar,kerja.....kerja adalah satu amanah yang perlu dibuat oleh semua umat manusia dan ianya satu tuntutan yang perlu dalam kehidupan ini.Tafsirkanlah apa jua difinasinya persoalan kerja tetap menjadi rutin untuk semua.

Bolehkah jika kehidupan ini jika tiada kerja?....Mungkinkah kerja itu satu perkara yang membebankan?...atau perlukah syarat kerja itu dipinggirkan daripada segala keperluan ini?......
Cuba imaginasikan jika tidak ada apa-apa kerja dalam kehidupan ini?......

Telah difitrahkan untuk setiap kehidupan dalam sekelian alam ciptaan Allah Taala ini wajib kerja,Hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup terpulanglah pada apa yang difikirkan tetapi pokok pangkalnya kerja.

Yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang,KERJA. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,KERJA.Bakti disemai budi dituai,berbudi dengan tanah dapat hasilnya,KERJA.
Apa jua sebutan atau kata kata berkaitan apa jua urusan,tugas dan pelbagai usaha dan juga tanggungjawab semuanya dijuruskan kepada KERJA.Begitulah peri pentingnya KERJA.

Jangan abaikan kerja kerana ianya satu amanah yang dituntut dan perlu dilakukan samaada mau ataupun tidak,suka atau tidak suka kerja mesti dan wajib dilaksanakan.Dan nilaikan lah sendiri setiap apa jua perkerjaan yang dilakukan berhasil atau pun tidak,baik ataupun buruk,sempurna ataupun sebaliknya.

Dalam tubuh manusia kesemua organ ada fungsinya dan ada kerjanya yang tersendiri,bezanya ada yang kerja berat ada yang kerja ringan,begitu juga dalam setiap enjin,juga dalam setiap organisasi,ada kerja masing-masing.
Secara rengkas dapat disimpulkan bahawa jika tiada KERJA bererti mati.

Amanah ini perlu dilaksanakan kerana besar maknanya,oleh itu janganlah dipertikaikan soal kerja,kerja satu kewajipan yang mesti.

Matlamat kehidupan yang termaktub di duniawi,kerja untuk kesenangan,besar kerja besarlah kesenangannya,bolehkah hidup senang dengan tidak berkerja?...renung-renungkan...

Kerja untuk dapat upah/gaji,kerja untuk sara hidup diri dan keluarga,kerja untuk beribadat kepada Allah Taala,kerja untuk masyarakat,Agama,Bangsa dan Negara.

Untuk itu kena KERJA KUAT,KUAT KERJA,KERJA KUAT-KUAT,semestinya itulah kehidupan.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...