Saturday, January 17, 2009

PILEHANRAYA KECIL TAPI BESAR DI KT

Bila ternampak UMNO kalah lagi dalam pilehanraya,rasa sedih ada gembira pun ada.
Bukan apa,kita kan rakyat marhaen yang kenal dan tau hatibudi UMNO,Bila UMNO kalah jadi sedih lah,gembira pula sebab PAS yang menang,PAS pun melayu Islam juga.

Bercerita tentang UMNO ni teringatlah zaman lampau dimana UMNO pada satu ketika cukup hebat dan ternama,semua ini terjadi kerana KEPEMIMPINAN UMNO,mereka yang menjadi pemimpin UMNO terdahulu lebih mementingkan kehendak rakyat dan berjuang semata-mata demi AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

Mengapa UMNO sekarang sering kalah selepas menerima kekalahan dalam PRU 12?.....
UMNO kini bukan lagi dipimpin oleh pemimpin yang mementingkan kehendak dan aspirasi rakyat,apatahlagi untuk mengikut lunas lunas AGAMA,BANGSA DAN NEGARA seperti yang termaktub dalam perlembagaan UMNO.
UMNO kini dipimpin oleh ketamakan duniawi dan kepentingan peribadi yang berlebihan serta tidak memikirkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya,rakyat menjadi muak dan bosan dengan pemimpin UMNO yang sering bercakap dan berucap dengan pelbagai bahasa dan gaya tapi tidak mengotakan apa yang dikata.Lantaran itu UMNO menjadi mangsa disisih dan disembelihkan oleh rakyat dalam pilehanraya.

Telunjuk lurus kelingking berkait...adalah amalan rasmi bagi kebanyakan pemimpin UMNO yang kecil cara kecil yang besar cara besar,rakyat nampak semua itu.
Kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih...itulah menjadi sinonim dengan gaya sebilangan pemimpin UMNO ,dapat kita lihat dalam aksi perebutan jawatan diperingkat cawangan,bahagian maupun MKT.
Wang menjadi paksi penting dalam menghirakikan jawatan dalam UMNO,mana ada pemimpin UMNO yang tidak berada WANG DAN HARTA untuk bergelar Ketua,rakyat menilai ini sebagai satu kerosakan yang tidak mungkin dapat membantu membela nasib.

PERMATANG PAUH...UMNO kalah PKR menang...Anwar Ibrahim bekas orang besar UMNO yang dipecat kini kembali menjadi jagoan di parlimen dan persada politik negara.
Rakyat kenal dan tahu siapa Anwar Ibrahim...tapi masih boleh menerimanya,kenapa?.....sebabnya rakyat tidak lagi boleh menerima cara pemimpin UMNO kini.Rakyat hendak cara pemimpin UMNO dulu,yang berjuang untuk faedah dan kepentingan rakyat.

KUALA TERENGGANU(KT)....UMNO kalah lagi....kenapa?...
UMNO kalah kerana sememangnya rakyat sudah tidak berminat lagi dengan kepemimpinan UMNO yang rata-ratanya bersikap berkepentingan diri dan kroni,saksikanlah siapa calon dari UMNO...Adakah rakyat suka cara UMNO memilih calon?...rakyat sudah faham dan bosan cara sistem pemilihan calon yang di buat oleh UMNO.
Rakyat melihat calon yang dipilih oleh UMNO itu boleh berkhidmat untuk Pemimpin UMNO sahaja tapi tidak boleh berkhidmat kepada rakyat,sah calon UMNO ditolak rakyat.

UMNO perlu kembali kepangkal jalan dalam pemilihan calon,beri peluang kepada mereka yang disukai rakyat daripada mereka yang disukai oleh pemimpin UMNO.Yang nak tentukan parti UMNO menang adalah rakyat bukannya pemimpin UMNO.

Secara rengkas dapat disimpulkan bahawa UMNO sudah ketirisan idea baru dalam memperkasakan kepemimpinan,banyak rakyat melihat idea idea lapuk yang tidak releven dan mengundangkan rasa tidak puashati dikalangan rakyat diguna pakai,hari ini rakyat tidak boleh lagi dipandang sambil lewa saja,kehendak rakyat mesti diberi keutamaan,jika tidak terimalah hukuman dalam pilehanraya.

Semua yang tertera ini hanya sekadar cetusan nurani dari rakyat marhaen yang hanya dapat melihat kepincangan UMNO kini dalam membuat keputusan,apa pun rakyat mengharapkan ada sinar baru yang boleh mengembalikan kecemerlangan UMNO dulu yang kini tidak segemilang seperti yang di war warkan.Apa pun ingatlah tegak UMNO kerana rakyat hancur UMNO juga kerana rakyat.Pemimpin terdahulu membina dan memperkasakan UMNO,Pemimpin kini meleburkan UMNO.WALLAH HU AKLLAM.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...