Monday, January 19, 2009

ANTARA TUAN DAN HAMBA

Cermin diri...teringat akan celoteh Aziz Desa pada satu masa ..berkaitan bagaimana kita hendak mengenal diri kita,apa kelebihan dan apa pula kekurangannya.

Apabila kita berdiri mengadap cermin belek-belek lah disetiap sudut kiri kanan depan dan belakang,perhatikanlah apa yang ada ditubuh badan kita.Macam-macam ada,hitam putih dan pelbagai yang dapat kita nampak.

Sebagai umat Islam yang menjadi hamba Allah di dunia ini,kita telah dibekalkan dengan akal,sebab itulah kita manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang sebaik-baik kejadian,yang menjadi buruknya kerana ada antara kita tidak mempergunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya.

Pernah tak terfikir oleh kita bahawa kita kadang kala menjadi hamba kepada diri kita sendiri,renungkan sejenak apa yang telah kita lakukan untuk diri kita,ikut kata hati (kehendak)atau keinginan kita tanpa memperdulikan orang lain,membuat sesuatu perkara yang jelas merugikan diri kita sendiri.Contohnya..berkerja keras mengumpul wang yang banyak bukan untuk menjaga diri kita sebagai bekalan waktu susah sebaliknya dihabiskan untuk tujuan berhibur dan lain-lain urusan yang tidak ada manfaatnya.Kita jadi hamba kepada diri kita sendiri kerana mengikut kata hati dengan tidak menggunakan akal fikiran yang sewajarnya.

Bolehkah kita menjadi tuan kepada diri kita sendiri,...boleh...tapi kenapa ramai antara kita tidak mahu menjadi tuan kepada diri kita sendiri sebaliknya rela bertuankan orang lain dan kita sanggup pula menjadi hamba bukan saja pada orang itu sebaliknya menjadi hamba pada diri kita sendiri.

Akal yang waras kurniaan Allah kepada kita kadang kadang kita selewengkan dek kerana kita tidak berupaya untuk menjadi tuan pada diri sendiri,kita selalunya lebih mengutamakan fikiran orang lain daripada mencipta fikiran bersih kita sendiri,sebab itu lah hari ini kita dapat lihat betapa ramainya anak-anak muda kita terlalu mudah mengikut budaya barat,sedangkan sebagai umat Islam kita telah diasuh dan dididik dengan ajaran agama tetapi masih jua terikut-ikut pendapat dan fikiran dari budaya barat,kenapa?......
Sebabnya kita tidak mahu menggunakan akal fikiran yang di kurniakan Allah ini dengan sebaik-baiknya,dan lebih menyukai fikiran daripada orang lain yang kononnya mengikut peredaran zaman dan kita sanggup memperhambakan diri kerana akal atau Idea mereka.

Akal yang waras datang daripada hati yang bersih,berfikir itu adalah pelita hati,pernah tak kita dengar kata-kata...SESAT DIJALAN YANG TERANG....
Itulah gambaran buta hati dan buta fikiran,teraba-raba mencari sedangkan apa yang dicari itu ada.

Apa yang ingin dibekalkan ialah marilah kita bersama-sama untuk menjadi tuan kepada diri kita sendiri,gunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah Taala ini dengan mengikut semua apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya,maka dengan ini kita mampu menjadi tuan untuk memerintah hati dan jiwa kita sentiasa berada dalam keadaan takwa dan kusyuk serta tawadduk sebagai hamba Allah yang taat.

Tekat dengan penuh keazaman bahawa mulai hari ini kita buangkan jauh jauh perkataan firasat hamba yang telah sekian lama terbungkam dalam hati sanubari kita dan kita mulakan dengan istigfar sesungguhnya telah lama kita sesat dihujung jalan maka kini kembali kepangkal jalan dengan niat yang satu menjadi tuan pada diri sendiri dan hanya menjadi hamba Allah yang taat..amin.

Sesungguhnya jika kita berusaha kearah kebaikan maka hasilnya ialah kebaikan jua,tetapi jika kita meremehkan apa yang baik maka buruk lah menanti kita,harus di ingat apa yang baik itu datang dari kekuasaan Allah Taala yang buruk itu sememangnya kelemahan kita.
Perbaiki diri pertingkatkan Ilmu,berfikirlah untuk kekuatan IMAN,InsyaAllah kita akan menjadi umat Nabi Muhammad yang sentiasa mendapat syafaat dan menjadi muslimin muslimah yang bertaqwa kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...