(Petikan dari intipati Ucapan Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Presiden UMNO)
* Biarkanlah mereka rasa sedikit penderitaan seperti yang dirasa oleh orang miskin,mudah
mudahan mereka insaf.
* Manusia biasanya amat suka melihat yang tinggi jatuh merudum.
* Perasaan irihati dan dengki serta benci memang kuat dalam hati manusia.
* Masyarakat manusia yang membenarkan diri mereka dikuasai oleh nafsu semata-mata
tidak mungkin dapat mendirikan tamaddun yang tinggi.tamaddun yang mampu berjaya
yang boleh membawa kebahagiaan hidup kepadanya.
* Apa juga yang kita lakukan hendaklah diasaskan kepada pemikiran dan perhitungan yang
sesuai dengan tamaddun yang tinggi.
*************************************************************************************
* Banyak negara yang membangun tidak dapat dimajukan kerana pemerintahan yang korup,
tidak telus,tidak cekap dan sebagainya.
* Negara yang berada pun boleh dijajah dengan menjadikan nya sebagai negara miskin dan
pengemis dalam masa yang singkat tanpa seorang pun askar penjajah yang terbunuh.
* Apabila negara menjadi miskin maka politik menjadi tidak stabil dan rebutan kuasa akan
berlaku.
* Walaupun kita belum dikuasai sepenuhnya oleh kuasa asing tetapi sedikit sebanyak mereka
telah menguasai ekonomi kita.
* Jarum yang mereka (penjajah ekonomi) guna amat halus dan kita mungkin tidak sedar
bahawa kita sudah diperalatkan oleh mereka.
* Yang utamakan mereka (penjajah) ialah pemerintahan yang lebih sanggup menerima arahan
daripada kuasa tertentu.
* Apabila peniaga dan pengusaha yang besar menghadapi masaalah,kita yang kecil juga akan
menghadapi masaalah bahkan seluruh negara akan menghadapai masaalah.
* Tidak memahami apa yang menyerang kita adalah sama dengan keadaan kita buta dan tidak
tahu dari mana datanganya serangan.
* Orang yang tidak tahu apa yang menyerangnya akan bermusuh dengan orang lain,iaitu orang
orang yang tidak bersalah,maka ketawa besarlah penyerang.
**************************************************************************************
* Ingatlah mereka yang mencetuskan kegawatan ekonomi sehingga kita mengalami masaalah
besar, adalah orang yang lebih kurang sama dengan orang yang menjajah kita dulu,orang
yang dulu menjajah dunia,jangan kita fikir mereka sudah berubah,harimau tetap dengan
belangnya.
* Tabiat manusia ialah apabila marah,ia lebih kuat bertindak dan bergerak berbanding dengan
masa ia puashati atau seronok kerana mendapat sesuatu.Oleh itu kerana marah pada yang
baik,yang buruk disokong juga.
* Manusia yang survive,manusia yang berjaya ialah manusia yang selalu berhati-hati apabila
sesuatu yang baru diperkenalkan,manusia yang selalu mencari "udang disebalik batu".
* Jangan sekali-kali membenarkan keuntungan jangka pendek menutup mata kita kepada
kerugian jangka panjang.
* Bagi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan kita,hanya kita boleh harapkan
kita sendiri.
*************************************************************************************
Ini hanyalah sebahagian petikan ucapan Tun Dr. Mahathir ketika menjadi Presiden UMNO,apa yang pasti daripada ucapan tersebut cukup jelas dengan apa yang berlaku pada hari ini,
akan banyak lagi ucapan-ucapan TDM sewaktu menjadi Presiden UMNO dan PM akan dipetik untuk dijadikan renungan kita bersama.
**************************************************************************************
ANTARA DS ANWAR DAN TUN DR MAHATHIR, SAYA LEBIH TERUJA MENDENGAR UCAPAN TUN WALAUPUN BERJAM-JAM LAMANYA.
ReplyDeleteUCAPAN TUN PENUH DENGAN KIAS YANG TAJAM MAKNANYA. ORANG YANG KURANG BERAMAL SOLEH AKAN NYANYUK SEUSIA TUN.
memang ucapan TDM banyak memberikan makna yang tersurat dan tersirat,tetapi masih ramai lagi melayu gagal memahami dengan jelas maksud dan intisari ucapan serta luahan suara dari TUN.
ReplyDelete