Saturday, May 30, 2009

OH JERAI : ku harapkan panas hingga ke petang.....

Tiada kelibat Ketua Bahagian merapati kesusahan rakyat,waktu inilah rakyat marhaen perlukan Pemimpin,demikianlah rungutan yang didengar di JERAI la ni. Apatah lagi tiga kampong dalam daerah YAN di JERAI dilanda banjir.

Dah la pimpinan UMNO tak datang, pimpinan PAS yang memerintah negeri pun tak datang juga,tak tau lah apa nak jadi dengan pemimpin-pemimpin ni.

Ramai orang dok bercakap,masa Dato Bad jadi Ketua Bahagian masaalah rakyat dapat selesaikan
dengan cepat dan sempurna,kalau tak dan nak pi jumpa rakyat,rakyat diajak mai ke pejabat UMNO untuk jumpa Dato Bad ,macam tu cara dato bad selesaikan masaalah rakyat.

Ketua Bahagian la ni,dah la duduk di KL ,balik kebahagian hanya jumpa juak-juaknya saja,rakyat susah langsung tak dipedulikan,ada orang kata ...jangankan nak tengok rakyat yang susah,pejabat UMNO Bahagian yang tersergam tepi jalan pun dia tak mai jenguk apa ada di pejabat tersebut.....Tu dia aihhhh...baguih punya ketua.

Untung juga ada Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian yang proaktif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh ahli-ahli UMNO JERAI. Depa nilah yang rakyat dok nampak betui-betui "turun padang" pi jumpa rakyat yang susah serta menyelesaikan masaalah rakyat yang memerlukan pertolongan.

Nasib rakyat JERAI , tersalah atau bersalah pilih entahlah...Ketua Bahagian UMNO dengan cara dia,rakyat tak didekati...macamana nak pulihkan bila mai pilihanraya nanti?...Dah lah Ahli Parlimen Jerai dari PAS...tapi dia pi juga tengok orang mati dan makan kenduri...nasib rakyat Jerai tak dak pun yang terbela,dok pi ceramah politik adala...yang naya rakyat lah...dengar depa dok bercakap lagi,,,rakyat Jerai akan terus susah...Ketua UMNO Bahagian buat kerja hanya dengan juak-juaknya...Ahli Parlimen PAS hanya tolong orang PAS saja...la mana kita nak pi?...

*******melihat situasi ini,terasa juga jika inilah keadaan apa yang dicakap dan diperkatakan oleh rakyat maka UMNO JERAI cukup malang,jangankan nak ambik balik PARLIMEN,jangan-jangan DUN GUAR CEMPEDAK pun ruyup*******

YB Dato Dr. Ku Rahman ADUN GUAR CEMPEDAK adalah seorang yang berkerja untuk rakyat,kata orang JERAI setakat ni tak pernah tengok lagi WAKIL RAKYAT berkerja keras dan aktif seperti Dr.Ku Rahman...Inilah pemimpin,bila tengok rakyat ada masaalah,maka itu jugalah masaalah dia sebagai wakil rakyat untuk membantu menyelesaikannya...depa dok kata lagi...harap kat YB Dr.Ku Rahman saja la sebagai penawar kepada UMNO JERAI.

*******hai entahlah...tak dak Jawatan kata tak boleh nak buat kerja,ada Jawatan buat kerja dengan juak-juak saja...apa nak jadi ni?...apa ingat UMNO ni harta pesaka tok nenek hangpa ka?..Jagalah UMNO jagalah rakyat,kalau nak jadi pemimpin*********

6 comments:

  1. WOW!

    Yang tersirat sudah tersurat........
    Yang ditudung sudah membusung......
    Yang disembunyi sudah berbunyi.....
    Yang diperam sudah bau masam.......


    Diharap yang
    dipuji tidak keciwi
    yang dikeji tidak irihati
    yang dipuja tidak mendewa
    yang dicerca tidak kecewa

    Aku berharap sangat To' MijiLah ambil perhatian dengan rintihan aggresif sahabat yang ikhlas mahu UMNO Jerai terus kukuh atau mungkin To' MijiLah sudah berpuashati dapat setelah berjaya mendapatkan kerusi Ketua Bahagian yang telah lama beliau buru?

    ReplyDelete
  2. diharap camtu lah.....sama kita nak tengok UMNO Jerai kembali bernafas...tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata.

    ReplyDelete
  3. Rasanya tanggapan saudara tidak tepat ttg MP PAS hanya tolong Org PAS sahaja. Saya pernah ikut program Ust Firdaus. Jgn Kata UMNO, yang bukan Islam juga mendapat bantuan dan perhatian beliau.
    Tel sahaja 04 4619635 untuk mengadu hal.

    ReplyDelete
  4. terimakasih untuk maklumat ini...saya diberitahu oleh mereka yang pernah berurusan dengan YB MP Ust Firdaus...mmg MP Jerai baik dan bagus,tapi mungkin juga kes yang ini dia terlepas pandang...apa pa pun TQ kerana bagi respon....

    ReplyDelete
  5. Salam,Awat jadi lagu ni jangalah macam ni saya pun sedih dok dengaq UMNO Jerai Dok jadi lagu ni walaupun saya di Baling perkembangan di Jerai juga saya ambik tau sebab saya anak jati yan tiap minggu dok balik yan.Sayang seribu kali sayang orang semacam Dato Bad Sudah tak dak .Buat Dato Mi Muhasabah la diri balik la melawat orang-orang kampung jangan la balik masa nak bertanding jawatan saja ingat sikit slogan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Jika yang ni tak mampu nak buat baik undurkan diri saja masih banyak lagi pemimpin UMNO Jerai yang berkemampuan dan dapat berkhidmat untuk rakyat dengan baik.Tahniah Dato Dr Ku Rahman kerana berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Pada MP Jerai Awat hang jadi lagu tu tak kan pilih kasih kot sama la dengan MP Baling ni pun muka pun payah nak jumpa ,baik lagi Dato Azeez Rahim ada juga usaha bantu semua rakyat tanpa mengira kuam agama bangsa .

    ReplyDelete
  6. WKsalam lagenda,
    apa nak dibuat itu pilihan yang ada,selalunya orang perlukan pemimpin yang boleh memimpin,tapi ni pi pilih orang yang boleh memimpin dengan dipimpin,maka JERAI pun tak terpimpinlah,
    terimakasih.

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...