Sunday, May 31, 2009
HIBURAN YANG HALAL SEBAGAI ALTERNATIF : kata Jamil Khir
" Umat Islam khususnya generasi muda kini banyak terpengaruh dengan konsert hiburan yang melalaikan kerana mereka tidak mempunyai alternatif lain untuk berhibur"
Ngo yang mewakili masyarakat Islam dinegara ini diminta lebih kreatif untuk menyediakan pelbagai hiburan yang halal dari segi agama.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata,langkah itu bagi memastikan umat Islam mempunyai alternatif
untuk menghiburkan diri mereka.
<>
Baguslah,dah lama umat Islam serta golongan muda di leka dan dilalaikan oleh hiburan-hiburan yang tidak HALAL serta menjuruskan kepada kemaksiatan.
Amat wajarlah NGO atau Agensi-agensi yang ingin membuat sesuatu program atau promosi yang berkaitan diselitkan dengan acara hiburan yang lebih kepada sesuatu yang halal serta mengenepikan unsur-unsur yang bukan daripada budaya Islam.
Perlu kepada penguatkuasaan dan peraturan daripada pihak-pihak yang berkenaan serta garis panduan pelaksanaan bagi menjamin nilai kualiti hiburan yang dianjurkan tidak bercanggah dari aspek agama Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,Betoi la tu remaja la ni dok syok sangat dengan hiburan x pikiaq langsung tentang hal-hal lain asyik2 hiburan pertandingan yang tu yang ni macam-macam ada akademi la mentor la semuanyan menjurus pada yang tidak sihat .Oleh itu kalau Menteri YAN ni dah cakap macam ni ok la tu
ReplyDeleteYa la baguih la kalau nak buat macam ni la ni banyak sangat pertandingan nyanyi sana nyanyi sini konsert sana sini sampai ke arah akhirat tak dak dah .Tahniah la sekali lagi kat Menteri Sedaka kita ni Dato Jamil Khir semoga segala usaha akan tercapai
ReplyDeleteharap harap akan adalah usaha dari pihak yang tertentu yang akan buat hiburan yang lebih menjuruskan kepada hiburan secara Islam........
ReplyDelete