Saturday, June 6, 2009
KERAJAAN PERPADUAN : SIAPA MENENTANG,SIAPA SETUJU?....
Kepimpinan tertinggi PAS yang menang pada Muktamar Agung pada sessi ini terdiri dari kalangan pro ulamak yang berselera untuk menyatukan kekuatan umat Islam dan bangsa melayu serta mengilhamkan proses membuka ruang "MUQABALAH" dengan UMNO untuk tujuan merancang pembentukan "KERAJAAN PERPADUAN".
Idea terbaik setakat ini dapat difahami bahawa PAS sudah merasakan bahawa Islam dan kedudukan melayu kini telah tergugat dari segi kstabilan dan kekuatan ukhwah sesama Agama dan sebangsa dek sengketa politik yang tak pernah surut serta kesempatan terbuka ini diperolehi oleh musuh Islam/Melayu yang kebanyakkannya menangguk di air keruh bagi mencapai maksud dan tujuan mereka.
Kesedaran ini amat penting bagi seluruh umat Islam dan bangsa Melayu,biar dari PAS atau UMNO,ternyata jika kita sering bertelingkah dan bersengketa serta tidak sehaluan pendapat sedangkan kita bertuhankan Allah yang SATU,rukun Islam dan Iman yang sama,Kalimah syahadah yang sama,berkiblat yang sama dan Quran dan hadis yang sama,namun dek kerana lebih mengiakan politik menyebabkan persaudaraan kita retak.
Bidasan dan kritikan yang didengari dari pihak PKR dan DAP serta sebahagian daripada pemimpin PAS sendiri memberikan satu gambaran yang jelas bahawa penentangan kearah pembentukan kerajaan perpaduan cukup dibimbangi dan ditakuti oleh mereka.
Mengapa PKR bimbang dan takut jika PAS berpadu dengan UMNO?...
PKR adalah parti yang berkepentingan peribadi ,itulah hala tujuan nya,jika kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh PAS ini berjaya dan UMNO bertaut teguh dengan PAS bererti masa depan defacto yang rakus untuk berkuasa serta imperealis yang berselera BESAR dalam PKR akan hilang arah serta masa depan mereka dan cita-cita mereka terlebih dulu musnah sebelum mereka memusnahkan UMNO/BN.Lagi pula kebanyakkan pemimpin PKR adalah terdiri daripada bekas-bekas oppotunist dalam UMNO yang kecewa.
Apa sebab DAP mengkritik Idea kerajaan perpaduan PAS/UMNO?...
DAP adalah parti chauvenis yang berkiblatkan cina,mana mungkin mereka akan bersetuju jika PAS berpadu dengan UMNO,ternyata jika kerajaan perpaduan ini menjadi kenyataan,DAP akan musnah dan mereka tiada ruang dan peluang lagi dikancah politik malaysia serta apa jua hasrat dan impian mereka untuk memerintah malaysia akan lenyap.DAP akan memperkuda sesiapa saja asalkan niat mereka untuk memusnahkan melayu,UMNO dan Islam tercapai biar secara halus maupun terang-terangan.Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO akan menggagalkan seluruh impian DAP.
Mengapa ada segelintir pemimpin PAS yang mengkritik serta membidas Presiden PAS berkenaan hujah pembentukan kerajaan perpaduan ?...
Rakyat kebanyakan telah tahu siapa pemimpin-pemimpin PAS itu, mereka terdiri daripada tubuh yang dilitupi dengan selimut PAS sedangkan mimpi dan tindakkan mereka tidak terarah dan selari dengan perjuangan PAS,Lagi pula ada dikalangan mereka telah diremote dari jauh ...mereka ini akan mempergunakan PAS untuk kepentingan mereka...sedangkan halatuju perjuangan mereka tidak mencerminkan perjuangan PAS secara total. Kebimbangan mereka semakin menjadi-jadi bila mereka tiada jawatan penting dalam PAS,maka usaha-usaha untuk menggagalkan proses "MUQABALAH" PAS/UMNO kearah pembentukan kerajaan perpaduan mesti di persoalkan serta digagalkan. Jika kerajaan perpaduan ini menjadi kenyataan ternyata mereka tiada tempat oleh itu apa yang terbaik bagi mereka ialah menggagalkan daripada terlepas saja.
Sebagai marhaen rakyat yang beragama Islam dan berbangsa melayu harus bersyukur kerana sudah ada usaha-usaha penyatuan untuk memperteguhkan kekuatan ummah dan bangsa dalam kontek politik bagi mempertahankan hak kita sebagai umat Islam dan bangsa melayu daripada digadai dan dilelong oleh tangan-tangan ghaib yang nyata akan memberikan sedekah kepada orang asing memonopolikan politik dan pentadbiran malaysia ini.Sebagai melayu dan beragama Islam, kita hanya ada dua parti politik saja iaitu UMNO dan PAS,Dua parti ini adalah simbol kekuatan melayu dan Islam,jika kita tidak menyedarinya bahawa dua parti melayu yang terbesar ini terpisah dan menjarak diri tidak bersatu dan berpadu,maka hancurlah masa depan generasi kita yang akan datang dan kita akan dipersoalkan oleh anak cucu kita nanti,apakah kita hendak biarkan usaha penyatuan ini GAGAL atau kita berusaha dan berdoa agar usaha ini menemui KEJAYAAN?....
Wallah'uaklam.........
ini sekadar untuk renungan........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam....
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberi ulasan tentang kerajaan perpaduan ini .Setidak-tidaknya membuka mata semua pihak untuk membuat renungan dan berfikir demi kepentingan Melayu dan Islam .Kepada PAS jika mahu menegakkan negara islam bersatulah dengan UMNO jika bersekongkol dengan DAP dan PKR saya yakin matlamat menubuhklan negara islam ala PAS tidak akan tercapai........
harap-harap ianya menjadi kenyataan...melayu/Islam boleh bersatu secara keseluruhannya.
ReplyDeleteItulah yang dinamakan Pengkhianat Bangsa, bila ada pihak yang secara telus ingin membina jambatan perpaduan bagi menyatukan bangsa kita MELAYU ada juga dari kalangan bangsa kita sendiri yang beria-ria ingin menggagalkannya. Jelas mereka ini ada agendanya yang tersendiri, mereka di pengaruhi oleh janji-janji manis oleh satu pihak agar memastikan keutuhan MELAYU terus ampuh seterusnya mereka ini yang bangkit mengaku sebagai PENYELAMAT yang sebenarnya PENGKHIANAT BANGSA. Mereka ini adalah puak yang seharusnya kita rejam dan bunuh dari terus memecah belahkan BANGSA KITA MELAYU. Berdoalah kita agar usaha untuk MENYATUKAN MELAYU ini BERJAYA.
ReplyDeleteInsyaAllah sama-samalah menyokong dan berdoa agar perpaduan Melayu/Islam yang diusahakan oleh pemimpin kita akan menjadi nyata.
ReplyDeleteDoa dan harapan agar negara kita kembali Aman tanpa ada pepecahan diantara kaum.
ReplyDelete