Sunday, April 19, 2009

Antara Mata dan Hati = Matahati

Seringkali kita dengar orang berkata,tengok dengan matahati,tetapi berapa ramaikah yang mengunakan matahati dalam penglihatan mereka?...

Mata bertentang mata,mungkin akan ada yang akan terasa ditambah pula lidah kelu tak terkata,bagaimana pula kata hati?...

Dua komponen ini serentak akan memusatkan arah keterlihatan kepada akal yang akan mengeluarkan pendapat dan pandangan.

Di negara ini ada pemerintah yang memerintah dan ada rakyat yang diperintah,
dua-duanya amat penting dalam apa jua keadaan dengan ada ketika-ketika tertentu,rakyat suka pemerintah tidak suka,pemerintah suka rakyat pula tidak suka,ada juga rakyat suka pemerintah pun suka.

Pendapat dan pandangan antara rakyat dan kerajaan wajarlah seiring,kerajaan membuat dasar dasar untuk kepentingan rakyat bagi bersama-sama membangunkan negara ini,sebagai rakyat haruslah memahami setiap olahan dan pelaksanaan dasar yang telah dibuat oleh kerajaan dan melihat dan menerimanya dengan matahati dari pelbagai sudut apa yang baik dan apa yang tidak serta kepada mereka yang berkebolehan wajarlah memberikan pandangan serta teguran tanpa prasangka.

Eleman matahati ini merupakan sesuatu yang berkesan jika setiap insan dapat menterjemahkan secara jujur dan betul akan ada satu hubungan pada rangkaian pendapat dan pandangan yang dikongsi bagi memperjelaskan apa jua kemelut yang berlaku akan pasti terjawab biar pun ada pro dan kontra namun kesimpulan yang baik tetap baik.

Dalam situasi mencari bukti dan kebenaran,pasti akan ada unsur unsur lain yang akan mempengaruhi minda,jika tidak mendapat pengamatan matahati yang jelas maka akan terdoronglah kuasa kuasa jahat dalam minda yang akan membenarkan yang condong itu betul dan yang tegak itu bengkok.

Hari ini kita sering terdedah dengan isu-isu yang kadangkala amat membosankan,sebagai rakyat amat perlu kita melihat setiap isu itu dengan pandangan matahati yang tajam mengupas setiap lapisan aspek baik dan buruk,retorik dan realiti,persoalan mengapa dan kenapa wajar menjadi sandaran kerana pokok tak mungkin bergoyang jika tak ditiup angin atau adakah tangan-tangan yang menggoyangkan pokok itu.

Dinegara kita kerajaan yang ada adalah dari rakyat,sudah semestinya dari rakyat kepada rakyat,rakyat menolak kerajaan jika kerajaan tidak memperdulikan rakyat,kerajaan yang tidak memperdulikan rakyat adalah kerajaan yang lupa asal usul kerajaan itu datang dari rakyat,jesteru itu amat penting kerajaan wajib memahami kehendak dan kemahuan rakyat namun rakyat juga perlu melihat apa yang diberikan oleh kerajaan itu telus dan mencapai sasaran rakyat.

Rakyat juga perlu memahami tanggungjawab kerajaan,kerajaan 1 malaysia yang bertanggungjawab untuk kesemua rakyat yang pelbagai etnik ini wajar di nilai secara adil dan berhemah berdasarkan kepada matahati,pastikan setiap pandangan matahati kita tidak didorong oleh elemen prejudis yang hanya membuka ruang kepada unsur unsur jahat yang tidak senang dengan pencapaian kerajaan dalam membela rakyat.

Sebagai rakyat,kita amat bertuah berada di negara ini kerana kita mempunyai kerajaan daripada rakyat yang berkhidmat untuk rakyat,Jika kehendak rakyat untuk setiap tuntutan hendak dipenuhi oleh kerajaan,adakah kehendak kerajaan yang mahukan perpaduan dan penyatuan rakyat dapat kita penuhi?...setiap daripada kita samaada individu atau pertubuhan sudah tentu mempunyai asas garis panduan dalam berfikir,melihat serta menterjemahkan,bezanya apakah kita berfikir dan bertindak hanya untuk kita atau untuk semua.

Renung-renungkanlah,janganlah kita hanya nampak apa yang kita tengok saja,pandang dan selidikilah apa yang disebaliknya.
Gunakan matahati dalam melihat dan berfikir kearah kebaikan dan kesejahteran hidup kita dibawah panji-panji kerajaan demokrasi berteraskan Raja Berpelembagaan.


No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...