Saturday, May 2, 2009

PERJUMPAAN BLOGGERS UTARA ; Kesinambungan yang berterusan.



Pertemuan untuk jalinan yang lebih akrab,memahat harapan,menongkah arus cabaran serta membina kekuatan langkah kesatu arah satu matlamat .
Walaupun dalam keadaan santai bersama teh tarik & cappucinno,rakan-rakan blogger yang datang memberikan seribu erti perbincangan yang membuahkan pengetahuan,terimakasih untuk semua blogger yang hadir terutama bro dukeofumno yang berusaha menganjurkan pertemuan tersebut.



HARAPAN DAN CABARAN : sebagai blogger marhaen dari sanubari rakyat yang daif,situasi dan perkembangan politik semasa dikalangan umat melayu yang kian meruncing ini telah menginsafkan ramai blogger untuk membawa mesej perjuangan dan kalam berpedoman untuk rakyat dan pemimpin melayu dengan lebih jelas serta pantas.




Apa pun difinasi dan terjemahan yang terurai untuk apa jua isu-isu yang berkaitan wajarlah diperjelaskan dengan rasa yang lebih berhemah dan bertanggungjawab,walaupun dalam keadaan pro dan kontra,berkata benarlah sekalipun pahit.

Hanya jauhari yang mengenal manikam,kita amat mudah memahami apa yang tersurat tetapi mungkin tidak berupaya merungkaikan apa yang tersirat.


Untuk semua blogger yang datang berjumpa berkenal mesra,janganlah berakhir disitu saja,langkah pertama ini perlu disusuli biarpun melalui liku-liku yang panjang dan pastikan destinasi nya akan tiba jua.

Datang berjemput,pulang bersalam,panjang berbincang hampir semalaman,satu jiwa satu kata mengorak langkah jalinan ukhwah.


Kepada det guag teruskan berjuang memastikan Jerai kukuh teguh sehebat gunung Jerai,duke dan lain-lain blogger,tahniah atas semangat perjuangan dan inisiatif menyatukan blogger utara.



Jangan biarkan negara tercinta ini hancur musnah oleh dendaman politik yang merugikan...PULIH KEMBALI HARGA DIRI...MELAYU/ISLAM.












Ketahuilah,biar siapa pun kita,apa jua pakaian kita,warna apa pilihan kita,
bersongkok apa kita,kita adalah MELAYU dan beragama ISLAM serta MALAYSIA ini Negara tumpah darah kita.




















Thursday, April 30, 2009

1 MAY

Selamat menyambut HARI PEKERJA untuk semua.

Wednesday, April 29, 2009

BEZAKAN ANTARA DUA PARTI MELAYU INI.

UMNO sebuah parti melayu yang berteraskan kepada Agama,Bangsa dan Negara,dan disebut sebagai parti kebangsaan melayu.

PAS sebuah parti melayu berslogankan Islam dengan berpaksikan Al-Quran dan Hadis,di sebut sebagai parti Islam.

UMNO bergabung dengan MCA,MIC,GERAKAN dan lain-lain parti dari Sabah dan serawak dan menamakan dulu dengan PERIKATAN dan sekarang BARISAN NASIONAL dengan satu lambang dan satu wadah perjuangan untuk semua rakyat majmuk.

PAS berpakat dengan DAP,PKR dan NGO dengan mengunakan nama PAKATAN RAKYAT tetapi berlainan kefahaman dan berlainan lambang tetapi mempunyai satu misi iaitu menjatuhkan BARISAN NASIONAL.

UMNO pernah dikafirkan oleh PAS kerana bergabung dengan MCA,MIC dan GERAKAN.
UMNO pernah dipulaukan diperingkat akar umbi dalam masyarakat oleh PAS disebabkan perkara tersebut,dan banyak lagi perkara yang diperkatakan oleh PAS kepada UMNO disebabkan kerana berbaik dengan MCA,MIC dan GERAKAN.

"Kata dulang paku serpih,kata orang kita yang lebih" Allah Maha Besar,hari ini dapat kita lihat dengan mata kasar,apakah kebenaran kata-kata PAS kepada UMNO dulu KAFIR kerana berbaik dengan parti MCA,MIC dan GERAKAN,bagaimana pula hukumnya PAS kini yang berkawan baik dengan DAP yang terang-terang menolak ISLAM ?...adakah kerana politik,maka sanggup kita bunuh dan hisap darah saudara seagama dan sebangsa dek kerana tidak sehaluan?...

PAS mengatakan yang ianya Parti Islam,DAP adalah sebuah parti chauvenis cina yang jelas menolak Islam,apakah DAP dapat menerima Islam dan berbaik dengan PAS?...DAP hanya mempergunakan PAS untuk kepentingan politik mereka sahaja,DAP tidak akan menerima Islam.(apa kata KARPAL SINGH bila PAS cadang nak tubuh negara Islam)(rujuk arkib berita).
DAP hanya nak dapatkan undi penyokong PAS saja dan PAS pula nak dapatkan undi dari pengikut cina DAP.Itulah pakatan mereka,bukanya pakatan untuk rakyat.

MCA adalah parti Cina,MIC adalah parti India,GERAKAN adalah parti campuran,DAP adalah parti Cina,diantara parti-parti ini yang manakah boleh menerima Islam sebagai Agama Rasmi di Negara ini?...

UMNO menjadi tunjang kepada perikatan dalam BARISAN NASIONAL,menjadi pemerintah bagi semua kaum di Negara ini,jelas terbukti kerajaan BARISAN NASIONAL yang dipimpin UMNO telah berjaya mentadbir negara dengan semua kaum didalamnya dapat hidup dengan aman dan makmur.Inilah yang dicemburui oleh parti parti yang berhaluan kiri dalam negara ini.

PAS adalah satu parti yang lahir daripada perpecahan dalam UMNO dulu,lahirnya PAS disebabkan oleh kekalahan pemimpin dari Dewan Ulama UMNO pada ketika itu dalam pertandingan Jawatan dalam UMNO,Merajuk,kecewa dan menubuhkan PAS sebagai alternatif untuk menyaingi UMNO.Sejarah politik negara ada bukti untuk semua itu.

Wajarkah PAS terus-terusan berusaha memusnahkan UMNO demi politik yang menghancurkan Agama,Bangsa dan Negara?...Mengapa PAS tidak mahu dan berpakat bersatu dengan UMNO untuk kesejahteraan Agama Islam dan Bangsa Melayu dibumi bertuah ini?...
Apakah kerana keegoan,ketaksuban,hasad dengki dan kecemburuan politik kepada UMNO,maka sanggup PAS berkawan dan berbaik-baik dengan musuh melayu dan musuh Islam?...

Apa pun tujuan,apa pun alasan yang ada,biar bergulung hujah yang dikupas dan dilontarkan,ingatlah yang kita (UMNO/PAS) adalah melayu dan beragama Islam.
Bukankah semua antara kita tahu yang sesungguhnya umat Islam itu adalah bersaudara?...Bersatulah untuk membina kekuatan demi Agama,Bangsa dan Negara.Siapakah yang akan mendapat keuntungan jika melayu/Islam dinegara ini bersengketa dan berpecah belah?...

Sebagai melayu yang berpegang dengan akidah Islam,marilah kita sama-sama berusaha diperingkat akar umbi berpakat dalam masyarakat,ketepikanlah fahaman politik yang sempit,buangkan segala syak wasangka,hayunkan langkah semangat keIslaman dan kemelayuan kita untuk membuka laluan kepada pemimpin-pemimpin kita UMNO dan PAS menyedari hakikat yang sengketa politik bagi Melayu dan Islam akan merugikan Agama dan Bangsa serta Negara dan berdoa kehadrat Allah s.w.t agar melindungi semua umat Islam dan Bangsa Melayu serta bumi bertuah ini dari dipertualangkan oleh anasir anasir jahat yang sentiasa berusaha memecahbelahkan perpaduan melayu dan Islam dikalangan dua parti terbesar melayu ini.



Sunday, April 26, 2009

APA YANG DICARI,APA YANG DITEMUI DAN APA YANG DIDAPATI.

"Mencari kebaikan dari kebaikan adalah sesuatu yang sukar untuk diyakini,tetapi mencari kebaikan dari keburukan sekiranya kebaikan itu diperolehi,itulah kebaikan yang abadi"

Semua umat inginkan kebaikan,tidak ada seorang pun yang inginkan perkara yang buruk untuk diri dan keluarga masing-masing,tetapi pernahkah terfikir demi mencari kebaikan kadangkala terpaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak baik untuk orang lain.

"Kita tidak merancang untuk gagal,tetapi yang gagal ialah kita gagal untuk merancang"

Siapakah diantara kita yang merancang untuk melakukan sesuatu untuk gagal?..dan siapa pula yang melakukan sesuatu tidak dengan perancangan?..
Mengapa kegagalan sering berada bersama kita?..Ada orang yang berjaya dengan perancangan yang dibuatnya,dan ada pula yang berjaya walaupun tidak dengan perancangan,persoalannya kenapa?...

Kehidupan duniawi mendedahkan kita kepada kehendak diri dan keperluan,mengikut aturan dan peredaran zaman,kalau dulu kemampuan terhad tetapi kini ada kelebihan maka akan bertambahlah kehendak dan keinginan.Untuk melunaskan tuntutan kehendak,kadang-kadang terlupa bahawa apa yang dilakukan itu telah menyimpang jauh dari apa yang kita inginkan,malahan dah jadi satu sifat tamak dan haloba pula menguasai diri.
Jika ini berlaku,banyak-banyaklah beristigfar dan kembali sedar,ingatlah yang dunia ini hanya sementara,akhirat jua tempatnya.

"Usah dikau lalaikan aduhai insan,takwa kepada Allah,Tuhan pencipta alam,ALLAHURABBI,ALLAHURABBI"


Sebagai muslim sejati,dindingilah diri kita dengan amal ibadat kepada Allah s.w.t.mohon dijauhkan dari azab seksaan api neraka dan berimanlah dengan amalan dan ibadat dengan sempurna,mohonlah keampunan dan bertaubat jika telah tersasar,dekatilah diri dengan Allah Taala,buatlah apa yang disuruh dan tinggallah apa yang dilarang,jadilah diri sebagai insan muslim yang ikhlas beribadat didunia dan akhirat dan ingatlah hanya amal ibadat sebagai pembela diri.

Dalam mencari kehidupan didunia yang semakin mendesak,janganlah kita terlupa akan kehidupan diakhirat,kata orang tua-tua "umur semakin tua,dunia semakin muda"oleh itu sebelum dijemput kembali kealam lain,insafilah dan bertaubat serta BERUBAH.