Friday, July 24, 2009

Indahnya Pantun Retorik Nik Aziz...


Menteri Besar PAS Kelantan Dato Nik Aziz Nik Mat ketika menyampaikan ucapan di KELANTAN FIESTA 2009 bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur semalam begitu menghargai Dato Mustapa Mohamad yang bersetuju menjadi penanung.

Dato Nik Aziz berkata, ini akan jadi titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua pihak dalam perkongsian nikmat yang dianugerahkan Allah.

Siap dengan pantun lagi dari Dato Nik Aziz...



" Cantik-cantik durian Bangkok,
Cantik lagi buah Delima,
Siapa kata Kelantan menolak,
Asalkan baik kami terima. "

" Durian kunyit isinya kuning,
Dimakan oleh Tuan dan Puan,
Hubungan baik damai dan hening,
Semoga terjalin demi kesejahteraan."

Dato Mustapa Mohamad yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah Penaung KELANTAN FIESTA 2009 yang dianjurkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Redcarpet Worldwide Sdn.Bhd.


Komen,

Amboi,amboi,amboi...bab yang ni satu bukan main lagi Nik aziz berpantun dan bermadah...betui lah sama-sama dari kelantan...siap lantik sebagai penaung lagi kononnya nak berpadu lah kut...
Kalau tak dak untung nak ka TG Na kat Dato Pa tu?...ish..ish..ish... tu dia aihh...kalau la Tok Pa tu bukan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri...agak-agak Tok Pa ni boleh jadi Penaung tak?...nampak sangat BERKEPENTINGAN ...waharammu kalo make sorhe...wahallallul kalo bagi duwo...tak gitu Tok Guru...he..he..he..

Hari ini dalam Berita Dato Nik Aziz beretorik lagi kononnya nak pula berkerjasama berpadu dengan UMNO/BN...Awat tok guru,baru terjaga dari tidog ka?...kalau betoi apa yang tok guru kata lagu tu baguih kut nooooo...biag bagi melayu bersatu tok guru oiiii...Islam jadi semakin kuat, tok guru kan pemimpin Islam,tak kan nak bagi Islam lemah kut...pikiag tok guru jangan tak pikiag....






Tuesday, July 21, 2009

KERANA UNDI,HATI KAUM LAIN DIJAGA,HATI MELAYU TERLUKA...


Amalan politik daripada parti-parti politik yang dipimpin oleh orang melayu kini dilihat semakin lari dari landasan perjuangan yang sebenar, oleh kerana pentingkan undi untuk berkuasa,ada parti politik yang dipimpin dan dianggotai oleh orang melayu sanggup memperdagangkan masa depan generasi melayu semata-mata memancing undi daripada kaum-kaum lain. Pelbagai slogan,pendapat serta pandangan mahu pun hujahan lebih terjurus kearah pembelaan kaum-kaum lain berbanding mempertahankan kemelayuan itu sendiri. Ini dapat kita lihat dan perhatikan setiap hari akan perihal yang berkaitan tentang isu-isu politik yang semakin panas biar pun setiap hari dilebati dengan hujan. Banyak perkara yang dibangkit dan dihujahkan, ada pemimpin melayu secara terang-terangan mengusulkan agar apa jua hak yang diberikan kepada bumiputera secara istimewa mesti juga diberikan kepada kaum-kaum lain, kenapa ini berlaku?...
Apa sangatnya hak istimewa untuk bumiputera melayu?...mengapa apa yang diperolehi oleh orang melayu perlu pula dikongsi bersama kaum-kaum lain,tak puas kah lagi kaum-kaum lain yang diberi muka membuat tuntutan yang melampau sehinggakan orang melayu kian terasa dan terluka serta tercabar dengan kerenah tuntutan mereka. Sikap pemimpin melayu yang terlalu memberi muka kepada kaum-kaum ini telah menjadikan rakyat marhaen melayu menjadi bosan,kesempatan inilah diprovokasikan oleh pemimpin pembangkang melayu yang kononnya berjuang dengan menjuarai isu sama rata dan sama rasa untuk semua kaum dimalaysia dan melayu kini hanya tinggal namanya saja melayu, sudah tidak berketentuan lagi.

Sebagai seorang yang berbangsa melayu,kita amat sedih dengan kemelut ini,demi meraih sokongan dan mempertahankan undi dari kaum-kaum lain,pemimpin melayu berkesanggupan melakukan pelbagai cara memenangi hati mereka dan ada ketika tertentu hati orang melayu terguris luka,politik apakah ini?...sewajarnya melayu berpolitik mempertahankan serta memperkuatkan melayu,membina dan meningkatkan serta memertabatkan kedudukan melayu dalam semua aspek tuntutan kehidupan,kerana kekuatan melayu dalam pelbagai bidang boleh menjadikan melayu itu tuan tanpa bergantung kepada kaum-kaum lain,ini tidak berlaku sebaliknya politik melayu hari ini telah menjadikan melayu menjadi hamba kepada kaum-kaum lain, beginikah perjuangan parti politik melayu?...

Ketika melayu berjuang untuk memerdekakan negara ini,siap bertanjak berkeris untuk menghalaukan orang puteh,dimana kaum cina dimana kaum india?...apabila kemerdekaan diizinkan kenapa perlu ada mereka?...kalau lah mat kilau,dato bahaman,dol said,tok kenali,dato sagor,tok janggut dan banyak lagi pejuang-pejuang melayu yang dulunya berjuang demi Agama,Bangsa dan Negara dengan darah dan keringat tahu bahawa hari ini melayu digadai dan diperdagangkan oleh pemimpin melayu kini,agak-agaknya apa yang mereka semua nak kata?...

* Melayu telah bertukar warna, ** Melayu telah lupa sejarah, *** Melayu pandai berkata-kata, **** Melayu akan selalu kecewa, ***** Melayu tiada semangat segagah dulu, ****** Melayu semakin lupa melayunya, ******* Melayu dulu Tuan kini Hamba, ******** Melayu akan kehilangan segala-galanya, ********* Melayu mudah menyerah kalah, ********** Melayu tidak suka melayu , *********** Melayu ,melayu,melayu semakin me layu.

Akan terjawabkah setiap persoalan ini kini melayu kian bersengketa sesama melayu untuk menjaga hati kaum-kaum lain,wajarkah?...Politik apakah ini?...melayu diperdagangkan dek inginkan kekuasaan dan undi kaum lain dalam pilehanraya,dimanakah tempatnya nanti generasi anak cucu melayu jika keadaan ini berterusan?...UMNO,PAS dan pemimpin melayu PKR ,apakah masih belum terfikirkah yang kedudukan melayu kian terancam, apakah ertinya menang jika melayu menjadi minoriti dan menjadi hamba?...

Monday, July 20, 2009

JERAI jemput DATO SERI NOH OMAR

Berita dari orang terkuat Dato Mie, JERAI telah menjemput Menteri Pertanian dan asas Tani Dato Seri Noh Hj.Omar untuk merasmikan PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO JERAI yang akan diadakan pada 1hb.8.2009 Hari Sabtu bertempat di SMKA TITI SERONG YAN.

Tertarik juga kerana kehadiran Dato Seri Noh Omar boleh diibaratkan datangnya seorang tokoh UMNO yang memimpin sebuah kementerian yang berkaitan pertanian ke Jerai.kerana di Jerai kebanyakkan anggota UMNO yang menyokong Kerajaan di akar umbi terdiri daripada Petani,Peladang,penternak dan Nelayan.

Ini adalah peluang terbaik buat ahli UMNO akar umbi daripada golongan petani,peladang,penternak dan Nelayan dapat berjumpa terus dengan pak menteri dan menyuarakan apa jua masaalah yang menimpa mereka. Dato Seri Noh adalah seorang yang terkenal dengan buat apa yang dicakapkan serta mesra dengan rakyat.

Kehadiran yang di undang ini mungkin akan dapat membantu menyelesaikan segala permasaalahan yang berlaku kepada petani khususnya penanam padi dan nelayan di Jerai ini,semua masaalah yang dianggap tradisi ini wajar diketengahkan kepada pak menteri supaya dapat ditangani dengan segera,harap-harap dapatlah Petani dan nelayan terus berjumpa dengan Dato Noh,jangan pula disekat dan dihalang almaklumlah kadangkala dek terlalu ghairah nak jek pak menteri maka terlupa pula nak bagi laluan kepada pak tani dan nelayan nak berjumpa pak menteri.

Jika jadi kenyataan kehadiran Dato Noh ke Jerai,sekalong tahniah buat UMNO Jerai dan Dato mie (depa kan sama dalam kelab alumnai ) dan akan bertambah gembiralah petani dan nelayan JERAI jika semua masaalah yang dibangkitkan dapat ditangani dengan segera.

Sunday, July 19, 2009

ANWAR KE KEDAH LAGI?....BETOI KA?...


Berita pagi yang diterima dari sumber dalaman politik, anwar Ibrahim akan ke kedah sikit hari lagi
kali ini berkulitkan KHALIFAH AGONG pula.

Ada ura-ura beliau akan berkampong di TITI HAYUN YAN untuk bertemu dengan sebuah Persatuan melayu disitu, menurut berita yang disampaikan, MB Kedah pun ada sama .

Kehadiran beliau dirancang dengan berselimutkan gelaran KHALIFAH AGONG dari sebuah Persatuan bertujuan mengembangkan visi jajahan politik nya dan perasmian chalet dan pusat penginapan di Titi Hayun itu cuma gimmik saja.

Ini lah kehebatan Anwar Ibrahim,dalam rakyat terpingga-pinga melihat beliau dengan kes liwatnya,masih ada lagi pertubuhan yang mengagungkannya.Kenapa ya?...legasi setia yang ditinggalkan semasa berkuasa dalam Kerajaan BN dulu masih mengenang budi dan taat serta menganggap Anwar sebagai Idola mereka biar pun mungkin mereka juga tahu apa yang orang lain tahu terhadap apa jua kebenaran dan kesalahan nya.

Di YAN...PKR tiada tempat dan tak berupaya melebarkan pengaruh politiknya,,,namun di YAN ada ramai Jutawan dan Hartawan yang dicipta dan dizhahirkan oleh Anwar ketika beliau berkuasa sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu,malahan ada persatuan dan pertubuhan (bukan sahsiah) yang dibawah naungannya bergerak aktif dari dulu hingga kini. Kesempatan inilah dipergunakan untuk memperjelaskan dan membersihkan namanya diperingkat bawahan.

Anwar adalah seorang yang berani bermain politik dan licik, sehingga kini belum ada lagi pemimpin UMNO yang berani untuk menyaingi beliau, kebijakannya mempergunakan peluang serta telah sedia maklum dan faham situasi politik dalaman UMNO menyebabkan beliau makin ghairah bertarung dalam sengketa politik, Beliau tahu yang pemimpin UMNO yang kebanyakannya bukan terdiri daripada pejuang-pejuang yang berani serta mampu berhadapan dengannya. Maka Anwar dilihat semakin kuat dan hebat...mungkin inilah rahsianya yang sememangnya telah tahu banyak rahsia pemimpin UMNO.

KEDAH SEJAHTERA ...RAKYAT SENGSARA...

Kedah Sejahtera ???...Kerajaan Kedah pimpinan PR (PAS) yang diketuai oleh YAB Ustaz Azizan yang juga ADUN Sg.Limau sebagai Menteri Besar masih belum lagi boleh berkata Kedah Sejahtera...yang dok kata hanyalah kaki-kaki kipas MB dan juak-juak yang dulunya pembangkang kepada UMNO/BN. Dah pun setahun tiga bulan memerintah kedah tak dak apa pun yang membanggakan rakyat selain dari cerita tak puashati rakyat sana dan sini saja.

Isu BABI yang lapuk pun dicungkil lagi,masih ada rakyat yang tak puashati...nak sejahtera macam mana kalau ditempat lama pun rakyat kacau...lepas tu nak bawa pi pula kat sg.tok pawang...rakyat situ pula membantah...tu BABI punya pasai la. Rakyat di sg.tok pawang pun dah demonstrasi dan membantah pasai Kerajaan Kedah pi buat pusat cucuk babi di sg.tok pawang.Apa ingat orang Sg.Tok Pawang dan kawasan sekitarnya boleh sejahtera ka buat pusat cucuk dan kandang BABI disitu?...aparah punya akai ni...

Setakat lanie boleh dikatakan belum ada apa-apa perubahan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri pimpinan PR Kedah dan YAB Ustaz Azizan pun banyak beretorik dan penjenamaan semula projek-projek mega yang dirancang oleh Kerajaan Kedah pimpinan BN dulu yang kini dilaksanakan mengikut Jenama baru seperti SULIHH (SUNGAI LIMAU HIDRO HUB) yang dulunya dikenali sebagai ZIPY. Mungkin berpindahnya Pusat Cucuk Babi di kg.Berjaya di aloq setag ke sg.tok pawang adalah satu-satunya perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan Kedah pimpinan PAS ini sehinggakan ada yang mengatakan Kedah Sejahtera Rakyat pula sengsara.

Banyak perkara yang boleh dipersoalkan oleh rakyat berkaitan Kedah sejahtera...kesejahteraan apa yang dibawa untuk rakyat?...yang banyak ternampak ialah BILLBOARD Kedah Sejahtera saja?...bagaimana dengan pencapaian rakyat kedah dalam semua aspek kehidupan sosio ekonomi dan pendidikan?...sejahtera ka?...masih ramai lagi rakyat kedah yang miskin bergelendangan cari makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang...berapa ramai warga emas yang tidak terbela nasib mereka...apa yang terjadi kepada anak-anak yang ketiadaan ibubapa (yatim piatu) yang hidup melarat...bagaimana dengan gejala sosial yang semakin meningkat dengan menheret remaja-remaja melayu kelembah maksiat...pertumbuhan bagai cendawan lepas hujan mesin-mesin judi di kawasan kediaman melayu...apa kerajaan kedah lakukan untuk mengatasi semua permasaalahan tersebut?...

Setakat lanie Kerajaan Kedah tak buat apa pun cuma menyandarkan saja masaalah tersebut kepada Kerajaan Pusat BN untuk menyelesaikannya. Yang ada hanya cakap politik untuk mengacaubilaukan fikiran rakyat...macam tu saja ka kedah sejahtera?...banyak masaalah rakyat jelata yang tidak diselesaikan dan rakyat akan terus sengsara biarpun diwar-warkan Kedah sejahtera.