Wednesday, March 24, 2010

REBA DAN DURI POLITIK

Lagi pendedahan dari MP di Parlimen,kali ini giliran YB Zulkifli Nordin pula,nampak gayanya buat masa sekarang ini isu yang dibangkitkan di parlimen ternyata jelas walaupun dilitupi topeng .

Politik,beginilah situasinya.....apa yang penting rakyat mesti kena faham dan sedar perihal apa yang berlaku serta sebab-sebabnya...kenapa dan mengapa ini berlaku?....

Apabila datang kebenaran adalah untuk membuang kepalsuan,seperti bila dah ada letrik mengapa lampu minyak tanah juga yang nak digunakan.

Rakyat kena lihat apa yang berlaku dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh MP Bebas itu secara jujur mesti akur bahawa apa yang didedahkan itu benar dan betul sebab dilakukan dalam Persidangan Parlimen...kalau tidak benar atau berbohong bolehkah diucapkan di parlimen?......

Kepada saudara seagama dan sebangsa yang masih menyimpan angan-angan ingin berjawatan dalam Parti PKR,insaf dan bertaubatlah serta kembalilah kelandasan perjuangan yang benar,ingatlah kepada yang MAKA BERKUASA iaitu ALLAH S.W.T. Tak perlulah kekal jumud dalam PKR yang ternyata bernafas dalam alam fantasi .


                                       INI KAH MATLAMAT YANG NAK DI     KUASAI...?...




Tempursakti ingin berpesan disini,andaikata Tuan/Puan semua nak berpihak kehaluan kiri dalam mana jua parti politik ,janganlah jadikan politik medan membudayakan fitnah,tohmahan,maki hamun yang melampaui batas susila serta adap sopan kemanusiaan,ingatlah sebesar mana pun kuasa yang diperolehi,tak akan mampu mengubah hukum Allah Taala.