Saturday, November 21, 2009

PKR semakin HANGIT di KEDAH...

Itu berita terkini yang dapat dan sempat diperolehi dari sumber-sumber yang telah terasahati dari PKR Kedah,nyata dan benar bahawa PKR Kedah menerima layanan yang tak sepatutnya dalam pimpinan PAKATAN RAKYAT di Kedah.

Program dan aktiviti politik yang dirancang kesemuanya dan banyak dimonopoli oleh kepimpinan PAS yang menerajui Kedah ketika ini,PKR hanya menyertainya saja sedangkan kepimpinan PKR Kedah gah dan berjenama serta berprotokol namun ianya sekadar cukup untuk meramaikan majlis dan yang lain habis disapu oleh PAS.

Jelas terang lagi bersuluh,ada pimpinan PKR dah mula tawarhati bukan saja dengan PR tapi dengan kepimpinan PKR negeri juga,mana tidaknya...ada Ketua Cabang PKR yang tak sebulu sesama mereka,asyik-asyik depa yang dok dinegeri saja yang kaut,kita yang dok dicabang dan ranting hanya tunggu dan tengok saja apa yang depa buat...awat kita tak layak ka?...itu sebahagian rungutan yang didengari.

Krisis keyakinan dalam PKR dah semakin membara la ni,pilih kasih juga berlaku dalam pimpinan negeri,ada yang diatas diagungkan,yang pertengahan disisihkan yang bawah mengelupurlah kekeringan,yang bertaring menokak ganas,yang tak bergigi pun melulog sakan,Datuk Ir.Zamri dan Datuk Johari Abdul pun tak boleh nak buat apa dah hinggakan de facto depa syor mana-mana Cabang PKR yang nak peruntukan mesti perbanyakkan aktiviti dan jadi Juara masyarakat untuk negeri kedah.

Rakyat pun dah tau mainan politik PKR ni,tapi dek kerana dah tak dak tempat lain yang nak cari untung sabut maka tumpang sekakilah dalam PKR tapi pi mai pi mai nam tolak nam juga.
PKR kedah la ni ibarat menumpang dilepau rumah PR yang diterajui PAS,nak makan pun kalau PAS tak pelawa alamat kebulur lah,PAS pula ajak-ajak ayam saja,PAS mendahulukan ahli-ahlinya ,sisa yang tak habis baru nak bagi kat PKR,sebab tu la ni banyak anggota PKR yang cempera rata sebab makan pun tak cukup,nasib baik banyak juga kerusi parlimen yang PKR menang,kalau tidak terus kebulurlah.

PAS menang pun pada PRU12 lalu bukan kerana PKR kuat,PKR memang menumpang PAS untuk menang,namun berdasarkan perkembangan terbaru ini amat sukar untuk PKR mengekalkan kerusi yang depa menang di Kedah,pengaruh PKR dah makin merosot,rakyat dah mula sedar yang PKR ini ujud semata-mata nak kacau rakyat saja sebab tu PAS pun dah tak mau ambik kisah dengan PKR kedah la ni.

Parti PKR di Kedah bagaikan melukut ditepi gantang bagi PAS, ada dengan tak ada sama saja,PAS boleh menang walaupun tanpa PKR,majlis pimpinan negeri PKR Kedah pun tak berupaya nak mempengaruhi pentadbiran PAS malah ustaz Azizan pun tak heran kat depa,maka berkokoklah depa depan rakyat minta itu ini kat PAS hanya sekadar nak nyatakan bahawa depa boleh bagi pada rakyat,tapi semuanya sekadar politik nak lepas tangan saja kerana apa yang pemimpin PKR minta PAS Kedah tak layan pun.Tak heranlah Setiausaha Agung PKR buat kenyataan bahawa PKR Kedah akan menegur pentadbiran Kerajaan PR pimpinan PAS di Kedah. PKR dah Kacau dan kacaulah sampai hangit.

Saturday, November 14, 2009

BN menang KEDAH senang...JERAI menang sapa yang senang?..

Slogan keramat yang terbaru hasil gempuran daripada kepimpinan UMNO KEDAH yang menerajui BN untuk merampas kembali KEDAH dari tangan PAKATAN RAKYAT yang diketuai oleh PAS ketika ini selepas PRU 12.

Gegak gempita riuhnya bagaikan dentuman halilintar membelah langit dengan deruman ketibaan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama kepimpinan UMNO KEDAH di SMKA YAN berpusat di Titi Serong Yan.

BN MENANG,KEDAH SENANG,kalimat pembakar semangat yang diwar-warkan untuk memulihbinakan keyakinan penyokong UMNO/BN dan rakyat KEDAH. Cetusan idea yang bagus ini wajar diterjemahkan secara total oleh kepimpinan UMNO KEDAH untuk akar umbi UMNO dan ianya tidak sekadar retorik pemimpin melakar wajah untuk perhatian kepimpinan tertinggi UMNO/BN saja.

Apa yang sempat diteliti dan diselidiki ternyata ada kesan penambahbaikan dari segi kombinasi usaha untuk menawan kembali KEDAH dari pengaruh PAS/PR,cuma ada sedikit campin dari segi garapan yang dipersembahkan,iaitu penyatuan dan kebulatan sepakat pemimpin UMNO KEDAH,isu lama yang selalu jadi baru bila musim pemilihan Bahagian dan pemilihan calon untuk pilihanraya,namun jika kesemua memahami makna slogan BN MENANG KEDAH SENANG sudah pasti ada kesan kebaikannya.

Amat sukar memulakan ramalan untuk keseluruhan negeri kedah terhadap kedudukan UMNO/BN sekarang ini,namun jika kesemua pemimpin yang menerajui UMNO BAHAGIAN dapat berkhidmat atas satu pasukan nescaya bukan mudah lain-lain parti dapat menembusi keampuhan UMNO.

JERAI merupakan salah satu kawasan parlimen yang UMNO/BN tewas dalam PRU 12 lalu,ketika itu tidak ada siapa yang menyangka,cempedak boleh jadi nangka,tapi nyata PAS menang selesa dan UMNO berputih mata,kenapa?...

Ramai yang berkata perubahan kepimpinan UMNO JERAI akan dapat memulih kembali krisis keyakinan pengundi muda,sejauh mana kebenaran kata-kata itu sukar untuk diramalkan berdasarkan rekod dan fakta terkini sukar bagi UMNO untuk merampas kembali Jerai jika UMNO dan kepimpinannya masih lagi berpecah-pecah serta keupayaan memikat pengundi muda hanya dilaksanakan untuk retorik politik kepartian tanpa melebarkan pengaruh khidmat kemasyarakatan yang lebih untuk pengundi-pengundi.

Untuk menyaingi pengaruh PAS dalam keadaan mereka cukup selesa bukanlah perkara yang mudah dan rengkas,UMNO JERAI mesti berkeupayaan melaksanakannya dengan sentuhan idea baru yang lebih meyakinkan,bukannya masih dengan cara lama yang makin tenggelam dalam arus penerimaan pengundi ketika ini,rakyat nak tengok khidmat pemimpin sebelum mereka tertarikhati dan bersetuju untuk mengundi UMNO/BN,sebarang kesilapan jika dapat diterjemahkan oleh pihak lawan akan melemahkan semua khidmat baik yang diberikan,PRU12 Jerai PAS menang tapi siapa yang senang?...adakah pengundi yang mengundi PAS itu senang?...rakyat Jerai senangkah?...

Apa pun slogan jika tidak dilaksanakan sebaik mungkin,hasilnya akan lebih memihak kepada yang tak diperlukan,lantaran itu UMNO/BN wajar dan mampu menterjemahkan segera supaya tidak dieksploitasikan oleh pihak lawan dengan mudah dek kerana slogan indah kuat perkasa tapi isinya hampeh belaka.

Thursday, October 1, 2009

ISA di NILAI...akan selamatkah BAGAN PINANG?...


Paluan genderang pilihanraya kecil BAGAN PINANG bagaikan gempita riuhnya,BN/UMNO masih kental bersandarkan kewibawaan tokoh terhebatnya Tan Sri Isa samad sebagai sabungan mempertahankan kerusi DUN tersebut.




BAGAN PINANG bertuah kerana memiliki tokoh yang terhebat seperti Tan Sri Isa,UMNO dah tentu mampu mencatitkan bonos politik kerana kembalinya seorang tokoh UMNO yang tersingkir kerana angkara yang dijangka,namun bukan semua merestui kehadiran semula Tan Sri Isa sebagai calon PRK DUN BAGAN PINANG.Ahli-ahli UMNO dan Pengundi DUN BAGAN PINANG yang akan memberikan jawapan samaada kembalinya Tan Sri Isa dikehendakki atau sebaliknya.




Pimpinan UMNO akur bahawa kehendak pengundi dan rakyat di BAGAN PINANG yang mahukan Tan Sri Isa sebagai calon,walau pun sedar yang lanskap politik kini dah terlalu banyak berubah dan oleh kerana terlalu banyak kekalahan demi kekalahan dalam PRK yang diadakan,UMNO kini tidak boleh lagi menerima kekalahan lagi apatah dikawasan kubu yang selama ini dimilikinya,oleh itu kehendak rakyat dan pengundi didahulukan,pengalaman telah mendewasakan UMNO kesan daripada pemilihan calon PRK yang dikehendaki oleh pemimpin berbanding calon yang dikehendaki oleh rakyat dan pengundi,kerana pengundi yang menentukan calon dan parti yang akan menang.




Atas kertas kesan impak yang dijana disokong pula oleh runtunan kehendak rakyat dan pengundi,Tan Sri Isa dah menang,populariti dan sentuhan peribadi beliau ternyata menjadi wadah terus kepada rakyat di BAGAN PINANG,namun jika bahtera yang dinaiki oleh beliau bocor dan tiris atas apa jua sebab serta disogok tambah dengan hentaman badai yang dibuat-buat oleh pembangkang,bahtera yang dipacu Tan Sri Isa mungkin juga akan tenggelam.Dah banyak PRK yang kita lihat bahtera UMNO/BN yang dinakhodakan oleh tokoh pilihan karam hingga kedasar,apakah nakhoda tidak bagus atau bahtera yang bocor dan tak mampu melawan arus gelombang?...




BAGAN PINANG milik UMNO/BN sebelum ini,mampukah UMNO/BN mempertahankannya pada PRK kali ini?...maruah dan imej UMNO terletak diBAGAN PINANG,Jika tewas kali ini bermakna PR 13 UMNO/BN akan disemadikan,Inilah gambaran yang boleh diandaikan jika keputusan tidak memihak kepada UMNO/BN,BAGAN PINANG menjadi penentu untuk UMNO/BN akan terus menguasai persada politik dimalaysia atau menuruni tahta yang dimonopolinya sekian lama.UMNO/BN dan Tan Sri Isa mesti bertempur dengan bersunguhan demi masa depan UMNO/BN dan dirinya sendiri jika berkehendakkan kemenangan.




Pembangkang PAS/PKR akan terus-terusan menangguk diair keruh untuk mencari tuah,mereka bagaikan mempertaruhkan nasib untung sabut timbul,tetapi perlu diingat dalam PRK undi yang dikira,sehebat mana pun calon segagah mana pun parti jika pengundi tidak mengundi alamat hancurlah parti dan calon tersebut,PRU 12 telah menunjukkan buktinya,PAS/PKR menang bukan kerana rakyat mahukan mereka,tetapi rakyat dah meluat dengan UMNO/BN gara-gara pemimpinnya,maka undi dilemparkan kepada pembangkang,Ini juga mungkin boleh terjadi dimana-mana PRK.Oleh itu UMNO/BN mesti bijak memainkan peranan untuk memenangi hati pengundi-pengundi.




Rakyat diseluruh negara sedang melihat situasi ini dan mengharapkan UMNO/BN serta Tan Sri Isa dapat memenangi DUN BAGAN PINANG,Sokongan moral dan doa sentiasa mengiringi setiap langkah yang diaturkan,Insya Allah akan mendapat kemenangan.Tan Sri Isa sedang dinilai di BAGAN PINANG,kemampuan beliau tidak diragui lagi biarpun beliau tinggal di NILAI kini beliau jua sedang dinilai di BAGAN PINANG.


Semoga Tan Sri Isa berjaya menyelamatkan UMNO/BN di BAGAN PINANG, Insya Allah.

Monday, September 28, 2009

BAGAN PINANG...sedang dipinang?...



Bagan Pinang sedang dipinang...UMNO/BN sah akan mempertahankan hantaran peminangannya,siapakah pula lagi yang berminat untuk turut sama menyertai siri peminangan itu,adakah PAS atau pun PKR...?..sama-samalah kita nantikan.

UMNO/BN yang menerima kesuraman dalam siri terdahulu,akan mungkin berubah wajah dan keserian demi mempamirkan ketampanan dan kegagahan bagi menawan dan mempertahankan Bagan Pinang.Tapi apakah akan ada saingan yang memungkinkan Bagan Pinang menampar dengan ledakan yang kuat kepipi UMNO daripada PAS?...atau mungkinkah PAS dan PKR jadi kecut atau lesi melihat kegagahan UMNO dan Bagan Pinang tetap hanya menjadi milik UMNO/BN...?...

Diatas peta lakaran politik ketika ini,situasi Bagan Pinang tidak sama dengan lain-lain tempat di negeri-negeri seperti Kedah,P.Pinang.Perak,Terengganu dan Kelantan,Ini Negeri Sembilan...negeri minangkabau ini cukup kental dengan semangat dan kejituan UMNO,Namun janganlah mengharap sangat kerana angin politik boleh membadaikan keadaan dek kerana satu perkara kecil yang tak disangka-sangka,Bagan Pinang akan beralih arah ketangan PAS atau PKR. UMNO perlu berwaspada kerana banyak gunting dalam lipatan,ada musang berbulu ayam dan ada kaduk naik junjung,lantaran ada ketikanya lembu punya susu sapi yang dapat nama,atau akan ada mungkin menang sorak tapi kampong tergadai,.

UMNO telah pun menghadapi zaman kesuraman,limpahan kesuraman ini mungkin merebak ke Bagan Pinang...usaha membendung keadaan ini mesti dilakukan dengan berhemah kerana jika tidak segala usaha selama ini akan menjadi sia-sia.PAS/PKR hanya menanti menerima habuan yang tak disangka hasil kemelut dalam UMNO saja tanpa usaha yang lebih tapi menikmati hasil yang lumayan. UMNO tak boleh kalah lagi di Bagan Pinang jika mahu UMNO terus subur dan kukuh dipersada politik malaysia.

Thursday, September 24, 2009

RUMAH TERBUKA...ada lagi yang terbuka?.......

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf dhahir dan bathin...Itu adalah antara billboard dan banner yang terpampang disimpang-simpang jalan disegenap pelusuk diserata tempat.

MB Kedah punya billboard lagi besar almaklumlah Menteri Besar,mungkin cara itu saja kut nak sampaikan ucapan kepada rakyat jelata,wakil rakyat dari PAS pun tumpang sekaki...ya lah nak tunjuk kat rakyat yang dia tu baik dengan MB,alahai lama punya trend tu.

La ni depa semua dok kalut dengan rumah terbuka...PAS dengan rumah terbuka PAS, UMNO dengan rumah terbuka UMNO dengan semua Ketua Bahagian siap dah menjemput ahli dan rakyat dalam Bahagiannya,begitulah sibuknya bersedia untuk melayani dan mengambil hati rakyat...rasa-rasa bagus juga tu,boleh tengok kemeriahan dan suasana pemimpin tertinggi Parti-Parti politik beramah mesra dengan rakyat.

Berkisar tentang jemputan rumah terbuka aidilfitri ini,pagi tadi semasa minum teh tarik dan roti canai kat warung mamak,terdengar ada kawan berseloroh...katanya orang politik mai lah masa bila dan masa mana pun serta buat apa pun tujuannya tak lain tak bukan untuk politik...la musim raya...politik raya...bulan posa...politik posa dengan sumbangan morehnya...habis raya siap pula pilehanraya...masa raya bermaafan lepas raya bermulah ribut tofan...pendekkata politik untuk nak hidup...kita rakyat macammana?...(orang jemput pi rumah terbuka pi lah makan)kata dalam hati saja la....

Itu kisah rumah terbuka pemimpin parti politik,lepas raya ni banyak juga dikalangan kita letak tangan atas dahi...ya lah dah belanja sakan masa nak sambut raya,la ni sakit poket la pula...mulalah nak cari sumber baru,kalau tak miss juga sorruuu...kena lah kuat mengais...pemimpin boleh buat rumah terbuka,projek kerajaan tak dak yang terbuka,kalau ada yang terbuka pun peluang kita tertutup...maka ya tak ya kenalah cari jalan lain yang lebih memihak kepada kita...

La ni,para kontraktor ka,pembekal ka atau apa juga pengusaha kelas F dan MOF serta lain-lain banyak bergantung harap kat projek Kerajaan BN (pusat) yang ada tender secara terbuka,nak harap kepada kerajaan Negeri Kedah (PAS) la ni alamat makan desiran anginlah jawabnya...kalau ada kontrek pasang billboard pun dapat kat suku sakat depa saja...almaklumlah kan Kerajaan Kedah kaya dengan projek Billboard...tu pun tak terbuka untuk kontraktor berlesen...diam-diam dah dapat kat orang depa...Depa boleh buat rumah terbuka untuk rakyat...projek yang ada depa tutup rapat-rapat untuk rakyat...(makan tak kenyang lagi kut)

Tuesday, September 15, 2009

AIDILFITRI....AIRMATA DAN KEINSAFAN......

Dalam dua tiga hari lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba,dan Ramadhan pun dah hampir kepenghujungnya,pelbagai acara diaturkan oleh semua umat Islam,siap siaga dengan juadah dan pelbagai kelengkapan untuk menyambut 1 syawal yang amat bermakna ini,namun dalam mengecapi kegembiraan menyambut kemenangan ini masih ramai yang tidak berkesempatan untuk meraikannya dengan sebaik-baik nya dek kerana pelbagai perihal yang menyelubungi suasana,yang miskin serba tak cukup,yang berkeluarga beranak ramai masih terpinga-pinga mencari ruang memyempurnakan kehendak anak-anak,yang tiada berayah dan beribu gembira dalam pilu,yang ketiadaan suami dan isteri menangis sendu hiba,yang kehilangan anak,airmata pengubat rindu,pendek kata sesiapa jua yang pernah dan telah kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup ini akan pasti terasa betapa aidilfitri kali ini hadir dengan rasa insaf,syukur dan tawadduk.....biar pun resah pilu membadai kalbu.

Sebagai insan muslim yang redha atas segala ketentuan takdir,sedih pilu ini dianggap sebagai ujian Maha Esa keatas hambaNya.Aidil Fitri mesti disambut dengan kegembiraan dan keinsafan serta mensyukuri nikmat Allah,biar pun disambut secara sederhana...yang penting laungan kemenangan menewaskan hawa nafsu dalam bulan Ramadhan disemarakkan dengan gema takbir memuji kebesaran Illahi,Allahhu Akbar,Allahhu Akbar,Allahhu Akbar.....

Bulan Ramadhan ini juga dapat kita lihat ramai pihak yang kaya raya terdiri daripada mereka-mereka yang bergelar tokoh datang memberikan bantuan dan sumbangan kepada setiap insan yang miskin dan daif,tak kiralah mereka ini dari mana-mana syarikat korporat atau pemimpin parti politik yang penting tujuan mereka menghulurkan sumbangan untuk yang tak berkemampuan...itu dah disifatkan baik,
kerana inilah masa yang terbaik untuk membantu kepada mereka yang memerlukan...sekurang-kurangnya dapat jugalah mereka-mereka ini merasai sedikit pembelaan dan perhatian dari agihan sumbangan tersebut.

Kepada yang berkemampuan,amalan bersedekah ini harus dimanfaatkan mengikut ajaran Agama Islam...sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima dan seelok-eloknya tangan kanan memberi...sorokkan tangan kiri kerana disisi Allah derma dan sedekah jariah bukannya tontonan.Allah Maha melihat dan Maha mendengar.

Sebagai umat Islam yang beriman,sesungguhnya Aidilfitri ini memberikan makna yang tidak ternilai dengan kata-kata dan harta benda,memenangi perjuangan dalam peperangan denga hawa nafsu serta mengagalkan desakan iblis dan syaitan yang selama ini merajai diri kita dapat kita musnahkan dengan penuh keimanan dan ketaksuban berpuasa dan beramal dalam bulan Ramadhan ini,dan aidilfitri ini adalah wajib di Rayakan dengan penuh kesyukuran serta bergembiralah dengan seadanya sebagai tanda memuji kebesaran Allah s.w.t.

Bagi mengikat ukhwah dan silaturrahim dan persaudaraan seagama marilah kita bersalam-salaman,bermaaf-maafan sesama kita,serta jangan kita lupa kepada kedua-dua Ibu Bapa kita yang masih ada,kepada yang telah tiada Ibu dan Bapa...marilah kita memgingati mereka dengan mengunjungi pusara serta sedekahkanlah Alfatihah dan Zikirullah kepada roh mereka dengan berbanyak-banyaklah berdoa memohon keampunan daripada Allah Taala,semoga roh mereka ditempatkan disisi Allah bersama-sama para syuhada dan aulia'.

Kita yang masih bernafas lagi bagi menyambut Aidilfitri ini,marilah kita panjatkan syukur kehadrat Allah s.wt. dengan rasa tawadduk serta keinsafan memohon keberkatan hidup dengan keimanan daripada Allah Taala,moga-moga Aidilfitri ini bukanlah yang terakhir untuk kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,maaf dzahir dan bathin.

Sunday, September 13, 2009

KEMBARA TEMPURSAKTI....sesuap nasi?.....

Dah sebulan tempursakti mengembara,blog juga lama tak diaktifkan,siri kembara mencari rezeki dibumi Allah ini serta mengimpikan keredhaanNya.

Peluang melihat dan meninjau serta meneliti hasil terjemahan fikiran golongan marhaen melayu yang disebut sebagai Melayu moden yang diciptakan oleh pimpinan negara dalam kontek membangun dan meningkatkan ekonomi ,hasinya nyata terpampang didepan mata.

FELDA adalah salah satu organisasi yang tertua yang diasaskan oleh kepimpinan negara yang diterajui oleh UMNO,FELDA merupakan satu difinasi ampuh yang dipilih bagi memulihkan kemantapan ekonomi melayu dan negara,rata-rata melayu yang menghuni belantara pada satu ketika dulu kini menjadi jutawan dan hartawan.Kebanggaan ini wajar dirasai oleh setiap melayu apatah lagi dari warisan generasi FELDA.

Kembara tempursakti bermula di Jengka 15 serta hampir keseluruhan kawasan Jengka yang pesat membangun Bandar Pusat Jengka. Mungkin 20/30 tahun dulu ada melayu yang dipilih untuk menghuni belantara ini yang dipanggil peneroka tetapi lari akibat tidak sanggup berjuang dengan rimba,mungkin takut dan lemah serta bimbang dimamah haiwan buas,tinggallah rakan-rakan yang tawakal dan sedia berkorban keringat demi sesuap nasi,membina kendiri memulihkan ekonomi,hari ini perjuangan mereka dah lama berhasil dan berharta serta berjaya.

Setelah puas melihat dan bertemu rakan-rakan dan saudara seperjuangan,maka tempursakti yang menghabiskan masa seminggu disini bergerak pula ke FELDA gugusan Bukit Mendi di TRIANG,pencarian tempursakti berhasil dan membawa seribu makna apabila bertemu dengan seorang yang lama bertapak di Felda Sungai Kemahal sejak tahun 1979 lagi,pakcik Lebai Hussain adalah peneroka disini,beliau seorang yang warak dan bertawakkal serta memiliki Ilmu keagamaan yang luas,pengetahuannya terhadap situasi dan kependudukan disini tidak boleh dipertikaikan,kearifan beliau menyebabkan ianya menjadi tempat rujukan pelbagai pihak,secara kebetulan hasil selidik menyelidik beliau adalah bapa saudara sebelah orang rumah tempursakti,maka bertambah rabunglah cerita dan sembang.

Pelbagai topik yang dibincangkan termasuklah hal-hal politik melayu UMNO,PAS dan PKR. Felda sg.Kemahal rasanya terletak di Bahagian Bentong dan bersempadan dengan Bahagian Bera,apa yang nyata disini tiadalah pengaruh pembangkang dari parti-parti PAS dan PKR,pembangkang dalam UMNO tu kira biasalah. UMNO solid disini,namun banyak juga yang memilih berada atas pagar,mungkin tunggu dan lihat kut,pimpinan UMNO Bahagian masih dengan cara lama juga,rasanya dah selesa almaklumlah tiada pembangkang yang hakiki.

Pakcik hussin lebih mengutamakan keharmonian dalam masyarakat,pendekatannya mudah iaitu berbuat baik dalam semua urusan,memudahkan perkara yang payah dan jangan berperasangka buruk sesama kita,Islam berkehendakkan umatnya bersatupadu dan mengapa nak berpecahbelah...jika kita baik maka wajib kita berbuat baik,kerja jahat adalah kerja iblis dan syaitan. Jika UMNO baik,perlukah ada PAS/PKR?...

Sebagai peneroka,redha dengan ketentuan Allah...daripada seorang yang tidak punya apa-apa dibumi ini,atas izin Allah...UMNO telah menjelmakan ilham untuk membawa melayu miskin ini menjadi peneroka,diasuh dan dibantu oleh Felda,maka kesemua melayu ini kini memiliki harta yang cukup bernilai,bersyukurlah atas nikmat Allah ini,siapakah yang boleh memberikan tanah di bumi ini jika tidak di izin Allah?...dengan izin Allah...pimpinan UMNO merealisasikan impian memugar hutan belantara menjadi perkampongan melayu dan bandar,bolehkah tok wan dan bapa kita bagi tanah ini?...bersyukurlah atas nikmat Allah.

Seminggu di Jengka,seminggu di Triang,Seminggu di Rompin/Muaazam shah/keratong,seminggu di Kuantan/Pekan telah memberikan banyak manfaat kepada kembara mencari rezeki ini,rezeki jasad yang menembunkan,rezeki rohani yang disirami amal ibadat kepada Allah Taala,maka urusan duniawi dapat disempurnakan,urusan ukhrawi dimanfaatkan amalannya...sebulan melajak diri membawa pulangan dan berhasil.

Kesempatan ini bersesuaian dengan bulan Ramadhan dan Syawal yang menjelang,tempursakti menyusun jari sepuluh bersimpuh mohon keampunan dan kemaafan kepada semua muslimin muslimah dan pembaca blog ini,jika ada kata nesta,bahasa melalut sakit dan pedih,salah dan silap secara kasar maupun lembut,sedar ataupun tak sedar,mohon diampun dan dimaafkan dari dunia sampai akhirat,sekian coretan kali ini,jumpa lagi.