Saturday, June 6, 2009

KERAJAAN PERPADUAN : SIAPA MENENTANG,SIAPA SETUJU?....


Kepimpinan tertinggi PAS yang menang pada Muktamar Agung pada sessi ini terdiri dari kalangan pro ulamak yang berselera untuk menyatukan kekuatan umat Islam dan bangsa melayu serta mengilhamkan proses membuka ruang "MUQABALAH" dengan UMNO untuk tujuan merancang pembentukan "KERAJAAN PERPADUAN".

Idea terbaik setakat ini dapat difahami bahawa PAS sudah merasakan bahawa Islam dan kedudukan melayu kini telah tergugat dari segi kstabilan dan kekuatan ukhwah sesama Agama dan sebangsa dek sengketa politik yang tak pernah surut serta kesempatan terbuka ini diperolehi oleh musuh Islam/Melayu yang kebanyakkannya menangguk di air keruh bagi mencapai maksud dan tujuan mereka.

Kesedaran ini amat penting bagi seluruh umat Islam dan bangsa Melayu,biar dari PAS atau UMNO,ternyata jika kita sering bertelingkah dan bersengketa serta tidak sehaluan pendapat sedangkan kita bertuhankan Allah yang SATU,rukun Islam dan Iman yang sama,Kalimah syahadah yang sama,berkiblat yang sama dan Quran dan hadis yang sama,namun dek kerana lebih mengiakan politik menyebabkan persaudaraan kita retak.

Bidasan dan kritikan yang didengari dari pihak PKR dan DAP serta sebahagian daripada pemimpin PAS sendiri memberikan satu gambaran yang jelas bahawa penentangan kearah pembentukan kerajaan perpaduan cukup dibimbangi dan ditakuti oleh mereka.

Mengapa PKR bimbang dan takut jika PAS berpadu dengan UMNO?...

PKR adalah parti yang berkepentingan peribadi ,itulah hala tujuan nya,jika kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh PAS ini berjaya dan UMNO bertaut teguh dengan PAS bererti masa depan defacto yang rakus untuk berkuasa serta imperealis yang berselera BESAR dalam PKR akan hilang arah serta masa depan mereka dan cita-cita mereka terlebih dulu musnah sebelum mereka memusnahkan UMNO/BN.Lagi pula kebanyakkan pemimpin PKR adalah terdiri daripada bekas-bekas oppotunist dalam UMNO yang kecewa.

Apa sebab DAP mengkritik Idea kerajaan perpaduan PAS/UMNO?...

DAP adalah parti chauvenis yang berkiblatkan cina,mana mungkin mereka akan bersetuju jika PAS berpadu dengan UMNO,ternyata jika kerajaan perpaduan ini menjadi kenyataan,DAP akan musnah dan mereka tiada ruang dan peluang lagi dikancah politik malaysia serta apa jua hasrat dan impian mereka untuk memerintah malaysia akan lenyap.DAP akan memperkuda sesiapa saja asalkan niat mereka untuk memusnahkan melayu,UMNO dan Islam tercapai biar secara halus maupun terang-terangan.Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO akan menggagalkan seluruh impian DAP.

Mengapa ada segelintir pemimpin PAS yang mengkritik serta membidas Presiden PAS berkenaan hujah pembentukan kerajaan perpaduan ?...

Rakyat kebanyakan telah tahu siapa pemimpin-pemimpin PAS itu, mereka terdiri daripada tubuh yang dilitupi dengan selimut PAS sedangkan mimpi dan tindakkan mereka tidak terarah dan selari dengan perjuangan PAS,Lagi pula ada dikalangan mereka telah diremote dari jauh ...mereka ini akan mempergunakan PAS untuk kepentingan mereka...sedangkan halatuju perjuangan mereka tidak mencerminkan perjuangan PAS secara total. Kebimbangan mereka semakin menjadi-jadi bila mereka tiada jawatan penting dalam PAS,maka usaha-usaha untuk menggagalkan proses "MUQABALAH" PAS/UMNO kearah pembentukan kerajaan perpaduan mesti di persoalkan serta digagalkan. Jika kerajaan perpaduan ini menjadi kenyataan ternyata mereka tiada tempat oleh itu apa yang terbaik bagi mereka ialah menggagalkan daripada terlepas saja.

Sebagai marhaen rakyat yang beragama Islam dan berbangsa melayu harus bersyukur kerana sudah ada usaha-usaha penyatuan untuk memperteguhkan kekuatan ummah dan bangsa dalam kontek politik bagi mempertahankan hak kita sebagai umat Islam dan bangsa melayu daripada digadai dan dilelong oleh tangan-tangan ghaib yang nyata akan memberikan sedekah kepada orang asing memonopolikan politik dan pentadbiran malaysia ini.Sebagai melayu dan beragama Islam, kita hanya ada dua parti politik saja iaitu UMNO dan PAS,Dua parti ini adalah simbol kekuatan melayu dan Islam,jika kita tidak menyedarinya bahawa dua parti melayu yang terbesar ini terpisah dan menjarak diri tidak bersatu dan berpadu,maka hancurlah masa depan generasi kita yang akan datang dan kita akan dipersoalkan oleh anak cucu kita nanti,apakah kita hendak biarkan usaha penyatuan ini GAGAL atau kita berusaha dan berdoa agar usaha ini menemui KEJAYAAN?....

Wallah'uaklam.........
ini sekadar untuk renungan........

Friday, June 5, 2009

TAHNIAH TG HJ.HADI DAN USTAZ NASA


Perkhabaran yang diterima pagi ini ialah berita YB Ustaz Nasarudin telah berjaya mempertahankan Jawatan Timbalan Presiden PAS dengan tewasnya panglima erdogan Husam Musa dan Mat Sabu, tahniah ustaz,itu petanda baik untuk PAS lebih terarah kepada kepimpinan ulamak.

Depa bagitau juga yang mahfuz pun menang naib presiden serta tiga orang wakil rakyat termasuk MB Kedah telah menang AJK PAS Pusat iaitu Ustaz Azizan,Ir.Amiruddin dan Taib Azimuddin,,,tahniah untuk depa semua.


Tahniah besar buat Presiden PAS yang disahkan menang tak bertanding TG Hj.Hadi Awang yang berani mempertahankan hujah untuk penubuhan kerajaan campuran biarpun dikritik dan dibidas oleh PKR dan DAP serta juak-juak erdogan yang kebanyakannya tewas dalam perebutan Jawatan dalam PAS.

Senario politik dan pemilihan dalam PAS dapat digambarkan bahawa kepimpinan ulamak PAS masih berpengaruh dan sedar budaya sekular yang dibawa oleh juak-juak erdogan ini hanya sekadar percubaan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PAS dan ternyata perwakilan PAS sedar serta menolak juak-juak ini ketepi dan mempertahankan kepimpinan ulamak.

Rakyat yang melihat serta memahami bahawa PAS adalah parti kedua terbesar selepas UMNO ,apa yang berlaku dalam PAS akan tempiasnya terkena rakyat jua,tak kan mungkin rakyat yang cintakan agama Islam dan pentingkan bangsa melayu maukan PAS menjadi parti tunggangan pihak-pihak yang berkepentingan secara peribadi berterusan.

Tahniah untuk perwakilan yang memenangkan golongan ulamak dalam PAS dengan mengenepikan pengaruh sekular erdogan yang diterajui oleh master-master dari luar PAS.

Thursday, June 4, 2009

RM10,000 dari Kerajaan P.Pinang........


Kerajaan Pulau Pinang menawarkan RM10,000 kepada kakitangan awam yang tampil membongkarkan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran negeri.

Ganjaran ini dikenali sebagai HADIAH 1.
dok dengaq banyak orang dok bercakap la ni,hadiah dibagi kat kakitangan awam yang berani dedahkan gejala rasuah dalam kerajaan P.Pinang,depa dok kata lagi...sapala kakitangan awam yang berani nak bongkar dan dedahkan segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah tu?...Apa dia yang nak dedahkan perihal dan salah laku orang lain tu baik sangat ka dia?...
Mana nak ada kakitangan awam nak dedahkan hal Jabatannya atau ketuanya,,apa ingat senang ka nak dapat bukti kukuh...kalau berani pun takkan dapat RM10,000 lepas tu nak buat kerja pun dah bengung dah,tak pun jadi kera sumbang diboikot dan di pelbagaigunakan .

Tu dia kerajaan DAP P.Pinang...bagi hadiah pula,nak suruh kakitangan dia dedahkan perihal kakitangan yang lain jika ada rasuah dan salah gunakuasa,awat tak bagi hadiah tu kat semua rakyat,biar rakyat semua yang dapat hadiah tu serta rakyat dapat bongkarkan dan cari sumber maklumat penjawat awam dalam kerajaan P.Pinang yang terlibat rasuah dan menyalahgunaan kuasa.

Kalau nak bagi hadiah hanya setakat retorik sekadar nak menyatakan Kerajaan P.Pinang telus dan tegas serta bebas daripada aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,rasa-rasanya tak mencukupi kalau ianya dibukakan kepada kakitangan awam kerajaan saja,Apa pasal tawaran hadiah itu tidak dibukakan kepada orang ramai dalam masyarakat yang berurusan dengan Jabatan-jabatan termasuk kerajaan negeri sekali?...Rasuah kalau tak dak orang yang nak bagi takkan ada orang yang nak terima,begitu juga kalau takdak yang meminta takkan ada yang nak bagi.....apa rasuah tu mai sendiri ka?..

Lagi satu yang orang dok bercakap la ni...depa dok heran,awat kerajaan P.Pinang nak bagi hadiah?...awat depa tak boleh nak kesan rasuah dalam pentadbiran depa ka?...atau rasuah tu bila nampak orang bagi dan terima duit dalam sesuatu urusan secara bawah meja saja ka rasuah?...atau depa tak nampak langsung dan buat-buat tak nampak?...

Apa-apa pun tengok gambar diatas tu,pasti nampak apa yang dok nampak.

Sunday, May 31, 2009

HIBURAN YANG HALAL SEBAGAI ALTERNATIF : kata Jamil Khir


" Umat Islam khususnya generasi muda kini banyak terpengaruh dengan konsert hiburan yang melalaikan kerana mereka tidak mempunyai alternatif lain untuk berhibur"

Ngo yang mewakili masyarakat Islam dinegara ini diminta lebih kreatif untuk menyediakan pelbagai hiburan yang halal dari segi agama.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata,langkah itu bagi memastikan umat Islam mempunyai alternatif
untuk menghiburkan diri mereka.

<>

Baguslah,dah lama umat Islam serta golongan muda di leka dan dilalaikan oleh hiburan-hiburan yang tidak HALAL serta menjuruskan kepada kemaksiatan.

Amat wajarlah NGO atau Agensi-agensi yang ingin membuat sesuatu program atau promosi yang berkaitan diselitkan dengan acara hiburan yang lebih kepada sesuatu yang halal serta mengenepikan unsur-unsur yang bukan daripada budaya Islam.

Perlu kepada penguatkuasaan dan peraturan daripada pihak-pihak yang berkenaan serta garis panduan pelaksanaan bagi menjamin nilai kualiti hiburan yang dianjurkan tidak bercanggah dari aspek agama Islam.