Friday, June 5, 2009

TAHNIAH TG HJ.HADI DAN USTAZ NASA


Perkhabaran yang diterima pagi ini ialah berita YB Ustaz Nasarudin telah berjaya mempertahankan Jawatan Timbalan Presiden PAS dengan tewasnya panglima erdogan Husam Musa dan Mat Sabu, tahniah ustaz,itu petanda baik untuk PAS lebih terarah kepada kepimpinan ulamak.

Depa bagitau juga yang mahfuz pun menang naib presiden serta tiga orang wakil rakyat termasuk MB Kedah telah menang AJK PAS Pusat iaitu Ustaz Azizan,Ir.Amiruddin dan Taib Azimuddin,,,tahniah untuk depa semua.


Tahniah besar buat Presiden PAS yang disahkan menang tak bertanding TG Hj.Hadi Awang yang berani mempertahankan hujah untuk penubuhan kerajaan campuran biarpun dikritik dan dibidas oleh PKR dan DAP serta juak-juak erdogan yang kebanyakannya tewas dalam perebutan Jawatan dalam PAS.

Senario politik dan pemilihan dalam PAS dapat digambarkan bahawa kepimpinan ulamak PAS masih berpengaruh dan sedar budaya sekular yang dibawa oleh juak-juak erdogan ini hanya sekadar percubaan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PAS dan ternyata perwakilan PAS sedar serta menolak juak-juak ini ketepi dan mempertahankan kepimpinan ulamak.

Rakyat yang melihat serta memahami bahawa PAS adalah parti kedua terbesar selepas UMNO ,apa yang berlaku dalam PAS akan tempiasnya terkena rakyat jua,tak kan mungkin rakyat yang cintakan agama Islam dan pentingkan bangsa melayu maukan PAS menjadi parti tunggangan pihak-pihak yang berkepentingan secara peribadi berterusan.

Tahniah untuk perwakilan yang memenangkan golongan ulamak dalam PAS dengan mengenepikan pengaruh sekular erdogan yang diterajui oleh master-master dari luar PAS.

2 comments:

  1. Salam ziarah.......
    Setuju pandangan dan pendapat oleh tempur sakti sudah sampai masanya UMNO dan PAS bersatu demi islam dan orang melayu .Jika melayu kuat orang lain tidak akan berani untuk memijak kepala kita jika sebaliknya berlaku maka kita tunggu dan lihat la apa akan terjadi kepada negara kita yang dicintai ini .

    ReplyDelete
  2. ya...masa yang akan menentukan kemana kita...akan bersatukah atau terus berseteru.........

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...