Saturday, May 16, 2009

UMAT ISLAM BERPECAH...?...

Mantan PM,Tun Dr.Mahathir melahirkan rasa sedih dengan perpecahan umat Islam.
Bukan Tun saja yang terasa begitu,ramai lagi umat Islam yang cukup terasa dengan perpecahan yang sedang belaku dikalangan umat Islam ketika ini.

Kerana inginkan kekuasaan,dengan rakusnya ada pemimpin melayu/Islam sanggup menyepak terajangkan saudara sebangsa dan seagamanya kerana perbezaan fahaman politik.

Bijak pandai melayu/Islam ada yang berdiam diri dan menunggu serta sekadar melihat apa yang akan berlaku tanpa berbuat sesuatu untuk memastikan bertaut kembali sekelian Melayu/Islam.

Yang terbijak dan terpandai pula tidak mengambilkira kepentingan Agama,Bangsa ,demi melebarkan pengaruh dan kekuasaan politik sanggup memecah belahkan perpaduan melayu/Islam.

Akan kemanakah umat Islam dan Bangsa Melayu,jika ramai dikalangan pemimpin kita sering bercakaran sesama sendiri disebabkan dahokkan kuasa politik serta menggadaikan ukhwah dan persaudaraan seagama dan sebangsa?...

Akan teguh dan kuatkah melayu/Islam,jika kita sesama kita sering bertelingkahan?...siapakah yang untung?...

Wahai pemimpin melayu/Islam,sedarlah dan bersatulah demi melihat Agama Islam dan Bangsa Melayu,ketepikanlah perbezaan politik,bertakwalah kepada Allah,jangan teruskan sengketa ini lagi.

Thursday, May 14, 2009

KEDAH oh KEDAH

Kelam kelam lagi dah terima satu panggilan dari sahabat politik yang nak bagitau pasal perlantikan Pegawai-Pegawai yang akan mentadbir UMNO Kedah.

YB Datuk Ir.Nawawi Ketua UMNO Langkawi dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan,
YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilantik sebagai Bendahari,
YB Mej.Jen.(B) Datuk Jamil Khir Baharum dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Dengan perlantikan itu termetrilah tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah,YB Dato Sri Shafie Afdal.

Apakah akan ada perkara baru yang akan diperkenalkan oleh YB Datuk Ir.Nawawi dalam pentadbiran UMNO Kedah?...Kebolehan,kecekapan dan pengalaman YB Datuk Ir.Nawawi boleh diterjemahkan secara menyeluruh dalam memantap dan memperkuatkan lagi jentera UMNO kedah,namun bolehkah rata-rata ahli UMNO menerima kalau hanya sekadar berjawatan untuk memanaskan punggung saja?...

YB Datuk Mukhriz sebagai Bendahari dianggap baik kerana kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri,dan secara tak langsung berupaya mengawal serta memastikan kedudukan kewangan UMNO Negeri secara teratur dan berhemah.

Kembalinya anak Kedah dari KAGAT ini sebagai Ketua Penerangan,perlu dilihat dari sudut yang lebih kepada Keperluan,UMNO memerlukan seorang tokoh yang berwibawa dalam menjuruskan hujah-hujah untuk mematahkan isu-isu daripada Pembangkang yang berkaitan soal Politik dan Agama. Pengalaman Datuk Jamil Khir mungkin dilihat oleh kepimpinan parti UMNO sebagai satu asset penting bagi menyaingi pemimpin PAS yang menerajui Kerajaan Negeri Kedah kini. Apa pun terlalu awal untuk dibuat andaian kerana UMNO adalah parti yang banyak pengalaman dan mana-mana pemimpin yang berjawatan dalam UMNO juga mesti berpengalaman.

Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Mohd.Shafie Afdal ,Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah kerana berjaya membentuk jentera kepimpinan UMNO Negeri Kedah.
Umno Kedah mesti berkerja keras untuk menawan semula hati rakyat Kedah dan diharap kesemua pemimpin Umno Kedah dapat bersatu untuk merampas kembali teraju pemerintahan Negeri dari tangan Pembangkang.

Tahniah untuk Dato Ir.Nawawi,Datuk Mukhriz dan Datuk Jamil khir (anak yan).

Wednesday, May 13, 2009

PERJALANAN : menghitung hari...

PERJALANAN MENGHITUNG HARI :
Kemelut politik telah menjadikan rakyat terpingga-pingga,Persidangan DUN Perak mencatatkan sejarah tersendiri untuk dinilai oleh rakyat.

Dua MB di Perak...Satu MB dari kerajaan yang mempunyai majoriti dan satu MB yang diputuskan oleh mahkamah dari kerajaan yang hilang majoriti untuk berkuasa. Siapa MB Perak?...

PAS dengan MUKTAMAR AGONG TAHUNAN dan PEMILIHAN KEPIMPINAN,Siapakah yang benar-benar mencabar TIM.PRESIDEN PAS?...YB Husam kah?...YAB DS Azizan MB Kedah kah?...mat sabu kah?...atau kekalkan YB Nasharudin kah?...
Siapakah ULAMAK dan siapakah PROFESSIONAL?...Ulamak pewaris Nabi kah atau pewaris erdogan?...Professional yang mewakili Islam kah atau mewakili sekular?...

Tepuk tampar,sepak terajang politik telah berselerakan,kebanyakan dah dapat meramalkan apa yang akan terjadi cuma kepastian yang belum diperolehi. Itulah P.O.L.I.T.I.K.

PENANTI yang masih menanti,UMNO dimana?...didalam kah atau diluar?...nak dibiarkan atau biar terbiar?...bagaimana dengan rakyat yang masih setia dengan UMNO?...

KAYVEAS OH KAYVEAS...PPP sedang mencari jawapan...nak pergi...sayaaaanggggggg.....nak tunggu takut hilangggggg...

PKR belum bernafas lega...de facto akan kemahkamah lagi...retorik sentiasa tercipta...biarpun PENANTI setia menanti tetapi....belum pASti...

RAKYAT apa nak jadi?...akan melihat hingga dinihari?...atau tunggu matahari dah tinggi?...
Apakah kita akan setia menanti atau terus mencari dan mencari sesuatu yang belum pasti?...

AKU mulakan langkah sendiri,ketepikan yang belum pasti ,MESTI untuk BERBAKTI,
aku ada disini :
http://www.shamelin2u.com/maelkoprat.htm
Marilah join...

Monday, May 11, 2009

POLITIK,KUASA,PECAH DAN PERINTAH

Iklim politik dinegara kita kini telah diselubungi pelbagai selaput yang menenggelamkan penelitian pandangan dan pemerhatian. Lanskap politik bagi parti-parti yang berada dalam negara secara samar-samar telah mula menunjukan riak-riak dipermukaan biar pun ada parti yang berpusar geloranya dari dasar.

BN pada satu ketika hampir rebah dek kerana isu pemecatan DSAI ,telah bangun gagah semula pada 2004 dan tersungkur pada 2008 dengan lima negeri yang dikuasainya kecundang,pelbagai kenyataan dapat diperhatikan untuk dihitung dan dinilai. Banyak perkara dapat diandaikan namun hanya yang benar-benar faham akan situasi itu sahaja yang dapat menterjemahkannya.

Ketika kemelut politik melanda BN pada 2000,berkaitan isu salah laku DSAI,rakyat seakan-akan sudah menghukum BN walaupun belum lagi mengundi,Pilihanraya berlaku BN masih lagi menguasai 2/3 majoriti di parlimen. Pemimpin ketika itu mungkin bijak dan pintar menangani situasi dalam kemelut politik yang berlaku.Kebijaksanaan inilah yang kini telah mengajar banyak pihak untuk menyusun dan mengatur strategi politik untuk menang pilihanraya. Selepas peralihan kuasa kepimpinan negara 2004 pilihanraya menyaksikan BN menang besar dalam sejarah pilihanraya,kelantan yang diperintah PAS pun hampir tumbang. BN dah mula leka dan cuai,kepercayaan rakyat dah disalah tafsirkan.

Parti-parti pembangkang seperti PAS,DAP dan PKR terus-terusan menyusun dan mengatur strategi untuk memantapkan lagi kekuatan politik bagi menagih sokongan rakyat,pembebasan DSAI dari hukuman telah membuka era kegawatan politik buat BN,DSAI menjadi penasihat parti PKR ,Pengalaman bersama UMNO/BN dalam kerajaan selama 16 tahun diterjemahkan sepenuhnya kerana beliau tahu dimana kebal kuatnya BN dan dimana lemahnya BN. Konsep muafakat UMNO/MCA/MIC/GERAKAN digunapakai dengan berpakat-pakat PKR/PAS/DAP berjenama PAKATAN RAKYAT (PR). Maka PR pun mulalah mencipta slogan,isu-isu dan pelbagai retorik politik untuk mengadudombakan pemikiran rakyat.Tak cukup dengan itu,DSAI dah memang faham serta tahu apa yang dikehendaki oleh kaum kaum dalam negara ini telah mempelopori penubuhan NGO-NGO kaum-kaum tersebut untuk berjuang menuntut dan mendesak kerajaan dalam pelbagai perkara.

UMNO/BN yang terleka terus terperangkap dengan permainan politik yang dibawa oleh ngo-ngo ini dalam masa yang sama rakyat melihat banyak kepincangan yang dibuat oleh pentadbiran kerajaan,fikiran rakyat telah dipesongkan oleh gerakan dan fahaman pembangkang dan ngo-ngo ini tidak diperbetulkan oleh kerajaan dengan cermat dan ketiada penjelasan yang memuaskan dan reaksi-reaksi kepimpinan kerajaan yang amat membosankan serta rakyat melihat dengan jelas dimana terletaknya kelemahan maka PRU12,tanpa angin ribut,tanpa letupan gunung berapi,tanpa dentuman kilat dan guruh,tsunami melanda politik negara,rakyat tolak BN di KEDAH,P.PINANG,PERAK,SELANGOR dan KELANTAN.BN juga gagal mendapat majoriti 2/3 di parlimen.

Apakah PAS kuat di Kedah?...tidak,tapi PAS boleh perintah kedah...
Apakah DAP kuat di P.Pinang?...tidak,tapi DAP boleh perintah P.pINANG...
Apakah PR kuat di perak dan selangor?...tidak,tapi PR boleh perintah perak dan selangor...
Apakah PAS kuat di kelantan ?...ya,pun tidak,tapi dah lama PAS perintah kelantan...

Mengapa banyak kawasan parlimen BN yang dulu majoriti melebihi 15,000 pun boleh tewas?...
Kenapa rakyat tolak BN yang telah berkhidmat begitu lama dan baik kepada rakyat pada PRU12 yang lalu?...

JAWAPANNYA:.
PR bukannya satu PAKATAN yang kuat,cuma mereka bijak mengambil kesempatan diatas kecuaian serta kelekaan pemimpin BN yang kurengg mendekati rakyat.

Dikawasan-kawasan yang majoriti melayu,pengundi atas pagar telah didekati dengan dakyah dan slogan serta isu-isu setempat dan memancing mereka untuk tidak lagi mengundi BN.

Rakyat telah dihujahkan dengan lebel wakil rakyat BN bukan berkerja untuk rakyat tapi berkerja untuk diri sendiri,keluarga dan kroni-kroni oleh PR dan BN serta pemimpin tidak memperbetul dan menangkis lebel tohmahan tersebut.

Kepimpinan BN disemua komponen dikesemua peringkat tidak melihat faktor pengundi muda,Jelas pengundi muda menolak BN sebab jiwa mereka ini terdedah oleh sumber maklumat yang terkehadapan dalam mencari fakta ,kelekaan BN untuk mendekati dan merapati mereka secara sahabat tidak kesampaian,biar pun secara maya tidak dilakukan.

Keseluruhan rakyat dan pengundi pada alaf ini bukan lagi boleh di blok blok kan seperti dulu,rakyat sudah celik dalam pengetahuan sains dan teknologi,BN yang menerajui segala teknoloji tersebut tetapi lambat untuk memahami pencapaian dan kehendak rakyat.

Rakyat menolak BN bukan kerana ianya UMNO/MCA/MIC/GERAKAN dan lain-lain,tetapi rakyat menolak cara dan khidmat serta kepimpinan yang mewakili parti tersebut dan rakyat memberikan undi kepada PR bukan kerana ianya diwakili oleh orang yang hebat dan terkenal serta banyak berbudi,PAS menang bukan kerana dah banyak berbakti tetapi rakyat dah lihat yang UMNO tak boleh nak harap lagi,PKR menang bukan kerana wakilnya berpengaruh,tetapi sekadar nak balas dendam dengan UMNO saja,begitulah yang lain-lain pun.

DSAI menjalankan urusan politik "pecah dan perintah" : lihat corak kenyataan politik,ceramah dan pidatonya, kalau dengan melayu dia cakap lain,dengan cina dia cakap lain,dengan India dia cakap lain...sesiapa juga yang terpengaruh dengan cakap dari pidato DSAI akan hilang kepercayaan kepada UMNO/BN.Tapi adakah BN menyerang dan memperjelaskan apa yang didakwa oleh DSAI dalam pidatonya kepada rakyat (melayu,cina dan india) itu?...

(INI HANYA CETUSAN DARI SEORANG PEMERHATI POLITIK MARHAEN,ADA SAMBUNGAN LAGI)