Saturday, May 30, 2009

OH JERAI : ku harapkan panas hingga ke petang.....

Tiada kelibat Ketua Bahagian merapati kesusahan rakyat,waktu inilah rakyat marhaen perlukan Pemimpin,demikianlah rungutan yang didengar di JERAI la ni. Apatah lagi tiga kampong dalam daerah YAN di JERAI dilanda banjir.

Dah la pimpinan UMNO tak datang, pimpinan PAS yang memerintah negeri pun tak datang juga,tak tau lah apa nak jadi dengan pemimpin-pemimpin ni.

Ramai orang dok bercakap,masa Dato Bad jadi Ketua Bahagian masaalah rakyat dapat selesaikan
dengan cepat dan sempurna,kalau tak dan nak pi jumpa rakyat,rakyat diajak mai ke pejabat UMNO untuk jumpa Dato Bad ,macam tu cara dato bad selesaikan masaalah rakyat.

Ketua Bahagian la ni,dah la duduk di KL ,balik kebahagian hanya jumpa juak-juaknya saja,rakyat susah langsung tak dipedulikan,ada orang kata ...jangankan nak tengok rakyat yang susah,pejabat UMNO Bahagian yang tersergam tepi jalan pun dia tak mai jenguk apa ada di pejabat tersebut.....Tu dia aihhhh...baguih punya ketua.

Untung juga ada Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian yang proaktif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh ahli-ahli UMNO JERAI. Depa nilah yang rakyat dok nampak betui-betui "turun padang" pi jumpa rakyat yang susah serta menyelesaikan masaalah rakyat yang memerlukan pertolongan.

Nasib rakyat JERAI , tersalah atau bersalah pilih entahlah...Ketua Bahagian UMNO dengan cara dia,rakyat tak didekati...macamana nak pulihkan bila mai pilihanraya nanti?...Dah lah Ahli Parlimen Jerai dari PAS...tapi dia pi juga tengok orang mati dan makan kenduri...nasib rakyat Jerai tak dak pun yang terbela,dok pi ceramah politik adala...yang naya rakyat lah...dengar depa dok bercakap lagi,,,rakyat Jerai akan terus susah...Ketua UMNO Bahagian buat kerja hanya dengan juak-juaknya...Ahli Parlimen PAS hanya tolong orang PAS saja...la mana kita nak pi?...

*******melihat situasi ini,terasa juga jika inilah keadaan apa yang dicakap dan diperkatakan oleh rakyat maka UMNO JERAI cukup malang,jangankan nak ambik balik PARLIMEN,jangan-jangan DUN GUAR CEMPEDAK pun ruyup*******

YB Dato Dr. Ku Rahman ADUN GUAR CEMPEDAK adalah seorang yang berkerja untuk rakyat,kata orang JERAI setakat ni tak pernah tengok lagi WAKIL RAKYAT berkerja keras dan aktif seperti Dr.Ku Rahman...Inilah pemimpin,bila tengok rakyat ada masaalah,maka itu jugalah masaalah dia sebagai wakil rakyat untuk membantu menyelesaikannya...depa dok kata lagi...harap kat YB Dr.Ku Rahman saja la sebagai penawar kepada UMNO JERAI.

*******hai entahlah...tak dak Jawatan kata tak boleh nak buat kerja,ada Jawatan buat kerja dengan juak-juak saja...apa nak jadi ni?...apa ingat UMNO ni harta pesaka tok nenek hangpa ka?..Jagalah UMNO jagalah rakyat,kalau nak jadi pemimpin*********

Friday, May 29, 2009

APA ORANG KATA.....

Hari ni ada banyak perkara yang orang dok kata kat MB Kedah,ada yang kata baik dan ada yang kata tak baik.

Yang baiknya orang kata YAB MB Kedah seorang yang sentiasa tenang dan tidak beremosi dan mengeluarkan sesuatu hujah dengan mengunakan akai ,tak nampak berat sebelah...contoh macam depa dok katalah dalam menyokong PM berkenaan isu chin peng.

Dengar orang dari DUN Sg.Limau pula kata YAB MB yang jadi ADUN disini ada banyak wakil peribadi,betoi ka?...kalau ada banyak baguih juga...tak dan nak jumpa MB boleh jumpa wakil peribadi di sg.limau...depa kata lagi takut wakil peribadi yang ada tu dok perabih beraeh saja kut?...sampai beraeh nasional pun tak dak dah la ni.

YAB Dato Sri Azizan la ni MB Kedah dari ADUN PAS ...MB untuk semua la...tapi orang kata juga yang dia ni dah tak macam ADUN dah...sibuk kut tak tau la pulak...payah dah nak jumpa terus,kena jumpa wakil peribadi dulu...betoi ka?...

Ni ada lagi orang kata,MB Kedah ni harap dan percaya sangat kat Pegawai Khas yang MB lantik banyak sangat,sampai urusan tender kerajaan negeri pun depa nak kaut sama...tak kan jadi lagu tu kut?...

Baik sungguh MB Kedah ni...dengar cerita kata ada tender balak dapat kat orang lain tapi kena bagi kat syarikat milik Pegawai Khas MB,kalau tak bagi boleh batai tender tu...betoi ka?...

Ramai rakyat dan orang yang susah/miskin dalam DUN Sg.Limau nak minta bantuan dari MB,tapi depa semua dikerat oleh wakil-wakil peribadi MB,Kalau yang kuat sokong PAS depa bagi dulu...tak kan MB Kedah tak tau kut dalam DUN Sg.Limau?...


Aku tau banyak dah,aku pun selalu pi sg.limau,apa orang kata aku dah dengar,memang MB Kedah baik...baikkkkkk....baikkkkkk ada makna tu......
Nanti aku cerita banyak lagi pasai sg limau...bagi aku cari bukti kukuh sat...lepaih ni kita tengok apa cerita dalam DUN Sg.Limau pulak......

MAI TENGOK MAI.................

TU DIAAAA......MAI TENGOKKKK MAIII.......AWAT YANG YANG KECIK BOLEH MEGHERABAT YANG BESAQ?.......

Ha tu la......apa yang belaku la ni macam tu la.......jangan dok tighu no.....

Thursday, May 28, 2009

MENGHITUNG HARI : Siapa kita?...Dimana kita?...

Kisah berkisah dan ambil kisah,kerana kita sedar dan faham apa yang dikisahkan adalah berkenaan kita yakni MELAYU/ISLAM dan bumi ini MALAYSIA tanah tumpah darah kita.

Kepelbagaian isu yang dihujahkan,pelbagai pendapat dan pandangan,ada yang bermata ada yang tidak bermata,yang menyokong dan yang membangkang,ada kalanya terpaksa menelanjangkan kesemua semata-mata nak perjelaskan hujah,tetapi apakah semuanya benar?....

PRK PENANTI : BN tak bertanding tetapi BN dikaitkan juga dalam kempen-kempen PKR,kenapa?...Kak Min calon bebas mempunyai isu yang hebat,telah membuatkan PKR keresahan sehingga ramai pemimpin terkuat PKR terkulat-kulat dalam menangkis isu yang dibawa oleh KAK MIN, rakyat boleh melihat dan menilai isu ini,apakah yang dikatakan oleh kak min benar atau sememangnya itulah kerja yang dijalankan PKR ?...

CHIN PENG KOMUNIS : Desakan untuk kerajaan bawa balik chin peng ke malaysia...lihat isu ini secara berhemah, apakah perlu seorang yang telah banyak memusnahkan keharmonian negara dengan fahaman komunisnya diberikan tempat di bumi malaysia?...PAS dan PKR menyokong isu ini?...apa kewajarannya?...Bagaimana pula jika kita sebagai MELAYU/ISLAM mahukan MALAYSIA ini kekal sebagai TANAH MELAYU?...

MB PERAK : sah dan disahkan bahawa kejatuhan kerajaan PR di perak kerana tak cukup majoriti untuk mengekalkan kuasa sebagai kerajaan...rakyat faham tetapi kenapa Nizar dan DAP tak faham-faham?...Kalau perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri perak digunapakai sewaktu menerima kuasa selepas PRU12 ,kenapa pula bila hilang sokongan majoriti DUN,undang-undang tubuh dan perlembagaan itu tak mahu digunapakai pula?...Bukankah jelas nampak kerakusan dan ketamakan kuasa...Apakah kerana hilang kuasa memerintah,PR dah tak berupaya lagi membela nasib rakyat?...kalau terbela pun nasib rakyat yang mana terbela,melayu kah atau lain-lain kaum?...Sah dan jelas majoriti berkehendakkan BN,apa lagi yang dipertikaikan...

PROPAGANDA HINDRAF/MOGOK LAPAR : Budaya mana pulak ni?...apakah golongan ini telah lupa sejarah dan sengaja mencabar undang-undang negara?...Di malaysia belum ada lagi rakyatnya kebulur hingga tak makan...yang ada kini makan sehingga mendapat penyakit...ni nak mogok lapar...apakah rakyat akan simpati dengan tindakkan yang songsang sebegitu?...tak tau lah pula kalau-kalau PAS/PKR pun terikut-ikut rentak chauvenis DAP?...jangan ajak rakyat bermain sandiwara opera cina.

Hindraf ni pun satu,bukan boleh banyak sikit,mulalah nak tunjuk belang,Kerajaan diam bukan bermakna kerajaan lemah,tak bertindak bukan bererti takut...jangan keterlaluan menuntut itu dan ini,jangan amalkan sikit kasi banyak minta...Ngo's berdaftar melayu pun tak minta yang bukan-bukan.


FATWA NIK AZIZ/PAS : ni lagi satu...asalkan ada isu tercipta maka terkeluarlah fatwa politik dari ulamak PAS ini...macam-macam ada retorik dari kata-katanya...rakyat boleh faham dah,apa makna disebalik kata-kata ulamak ni...janganlah kerana "matlamat menghalalkan cara" maka yang ditohmah hanya UMNO...tak kan DAP lebih baik dari UMNO kut?...tapi kalau bersahabat dengan syaiton pun tak apa.......asalkan boleh lawan UMNO,nak kata apa kat dia ni?...Tahulah PAS itu parti politik yang bermatlamatkan Islam...tapi apakah PAS benar-benar berjuang untuk kekuatan ISLAM atau mempergunakan ISLAM untuk kekuatan politik?...
yang dok nampak...PAS pergunakan ISLAM untuk kekuatan politik,sebab itu PAS rela berkawan dengan syaiton dan DAP untuk memusuhi UMNO yang seagama dan sebangsa dengan PAS...nak bawa kemana PAS ini ?...dah cat ke pintu syurga dengan lambang PAS?...


Sebagai umat Islam dan bangsa melayu,lihatlah,selidikilah,kuat macammana pun kita berpolitik,hebat macammana pun kita berpidato,sebanyak mana dalil dan nas yang dibacakan...jika kita lebih kepada urusan kearah berpecahbelah,maka umat Islam dan Melayu akan terkebelakang dan semakin kecil...sedangkan apa jua asas perjuangan kita di bumi malaysia ini ialah demi untuk anak cucu kita dan generasi kita yang akan datang...tak kan nak kita biarkan TANAH MELAYU malaysia ini diambil orang?...sedangkan kita seagama dan sebangsa asyik bercakaran sesama sendiri.

Fikir-fikirkanlah...........

Tuesday, May 26, 2009

UNTUK RENUNGAN

" Masa depan MALAYSIA akan teruji,sekiranya kita masih berpecah dan tidak BERSATU.
Saya khuatir perpecahan ini akan melemahkan orang MELAYU yang akhirnya akan melihat status ekonominya dirampas dan ini akan menyukarkan segala usaha dan PERJUANGAN untuk mempertahankan status istimewa sebagai BUMIPUTERA"


" Kita tidak harus berpuashati dan rasa selesa sungguh pun kita sudah mencapai kemerdekaan,ianya tidak terjamin untuk selama-lamanya.Jika kita tidak berkesungguhan untuk mengekalkan status ini,kita akan sekali lagi dijajah samaada secara langsung atau tidak langsung"




Kebenaran itu seringkali bisa,pedih dan pahit untuk ditelan.

Yang bisa itu ialah kegagalan dan semua yang terlibat merealisasikan matlamat DEB terutama dalam soal kesamarataan sosio ekonomi antara kaum setelah melepaskan elemen pengagihan dan berfokus hanya pada pertumbuhan dalam Dasar Pembangunan Negara.

Yang pedih ialah kenyataan bahawa pelaksanaan dasar kurang cekap hingga terdapat kebocoran yang merugikan dan membinasakan hajat dan matlamat.Mengenepikan sasaran kuantitatif dan dengan itu pemantauan yang berkesan tidak membantu.

Yang pahit ditelan itu ialah pengakuan bahawa orang-orang melayu sendiri gagal menjayakan dasar yang telah digubah cantik untuk mereka.

Orang melayu dan bumiputera mesti sedar bahawa mereka hanya didepan garisan permulaan satu perlumbaan yang jaraknya jauh dan sukar serta masa juga terbatas.

Cabaran ini memerlukan semangat yang kental,kesungguhan,keyakinan dan komitmen yang tinggi dari semua,terutama orang melayu itu sendiri.

Semangat DEB dikembalikan dan oleh orang melayu untuk kepentingan melayu serta seluruh warganya,begitulah keadaannya bila DEB dilaksanakan tetapi yang kita lihat warga lain menerima manafaat yang lebih.


Pelbagai ketidak sempurnaan dan kelemahan dikenalpasti yang menambat kejayaan DEB pada tahap yang jauh dari hasrat dan matlamat,pengalaman menunjukkan bahawa orang melayu sendiri mudah rasa selesa,dengan kata lain tidak jujur dalam perjuangan.

<dipetik dari kalam renungan YBH.Dato Dr.Norraesah Hj.Mohammad>


" Sebagai orang Melayu mesti ada keinsafan diri untuk melihat kembali dalam diri kita,apa yang kurang dan apa yang lebih,apa yang perlu diperbetulkan,apakah apa yang kita ada ini akan kekal menjadi warisan atau hanya untuk satu persinggahan yang menjadi milik orang lain"

" Ingatlah kita Melayu hanya ada tanah dan hak kita di bumi malaysia yang tercinta ini saja,apa akan terjadi jika dipaksa menjadi pengemis di bumi kita sendiri?......fikir-fikirkanlah..."































































Monday, May 25, 2009

TOM YAM : Benarkah masyarakat malaysia tertipu?...

Semalam saya bersama keluarga makan-makan disebuah restoran tom yam masakan ala thai di sg.lalang.

Salah satu menu yang dipesan oleh anak saya ialah tom yam dan lain-lain lagi.
Saya jarang makan tom yam yang dibuat oleh gerai atau restoran makanan ala thai ini,tapi kerana anak-anak yang nak makan saya angguk saja lah.

Setelah semua masak dan dihantar kepada meja kami yang seramai lapan orang ini dengan pelbagai lauk yang dipesan termasuklah tom yam.

Ketika tom yam di senduk dan di mangkuk kan untuk setiap sorang satu mangkuk kecil,saya berkata kepada pelayan restoran tersebut,"tadi saya dengar anak saya minta tom yam,ni yang dibuat ni apa benda?...Pelayan itu segera menjawab ni tom yam lah...Saya terdiam dan cuba mengcium dan menghirup kuah tersebut serta berkata...Ini bukan tom yam?...Ini asam pedas rebus...tom yam ada rasa,ada aroma tom yam,bau saja dah menyelerakan. Tanpa berkata apa-apa pelayan tersebut terus berjalan sambil saya perhatikan dia bercakap sesuatu dengan taukehnya saya agak. Saya tak boleh menikmati tom yam palsu itu,anak-anak saya juga tidak boleh untuk menghirup kuah kerana dah lah masin,tak sedap dan tak seperti tom yam yang selalu mereka makan.

Ketika menjelaskan bil,taukeh restoran tersebut bertanya saya,apa yang kurang dengan masakan di restoran nya...dengan sopan saya berkata ; Masakan biasa saja,boleh la untuk makan,tak ada yang istimewa,tetapi saya tak puashati kerana tom yam tidak dimasak sebagai tom yam sedangkan saya pesan tom yam,saya diberikan asam pedas rebus yang masin kuahnya.
macammana saya dan anak-anak saya nak makan?...dengan lagak taukeh dia berkata,dah bertahun dia berniaga ini baru pertama kali orang komplen yang tom yam restoran dia tak sedap...Saya suka makan tom yam,tom yam yang sebenarnya sedap dan mempunyai aroma yang cukup memikat selera,saya dah rasa tom yam ori di Thailand dan Restoran Tom yam Thai,semuanya ori,tapi disini dah lah masin,tak ada rasa tom yam,rasa macam asam pedas rebus yang dimasak oleh tok saya adala...


Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah,kita sebenarnya ditipu oleh peniaga tom yam,gerai tom yam yang berlambak-lambak dari perlis sampai ke Johor ada yang di usahakan oleh orang tempatan dan ada pula oleh orang pattani,kebanyakan masakan tom yam yang dihidangkan bukan daripada resepi tom yam yang sebenarnya. Tom yam yang sebenarnya mempunyai aroma bauan yang menyelerakan serta rasa yang cukup enak serta amat menyelerakan.
Sekarang ini atas Jenama Tom yam,kita yang suka tom yam telah diberikan " asam pedas rebus" tetapi bayar dengan harga tom yam.

Sunday, May 24, 2009

Rasa Sedikit Penderitaan........

(Petikan dari intipati Ucapan Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Presiden UMNO)

* Biarkanlah mereka rasa sedikit penderitaan seperti yang dirasa oleh orang miskin,mudah
mudahan mereka insaf.

* Manusia biasanya amat suka melihat yang tinggi jatuh merudum.

* Perasaan irihati dan dengki serta benci memang kuat dalam hati manusia.

* Masyarakat manusia yang membenarkan diri mereka dikuasai oleh nafsu semata-mata
tidak mungkin dapat mendirikan tamaddun yang tinggi.tamaddun yang mampu berjaya
yang boleh membawa kebahagiaan hidup kepadanya.

* Apa juga yang kita lakukan hendaklah diasaskan kepada pemikiran dan perhitungan yang
sesuai dengan tamaddun yang tinggi.

*************************************************************************************

* Banyak negara yang membangun tidak dapat dimajukan kerana pemerintahan yang korup,
tidak telus,tidak cekap dan sebagainya.

* Negara yang berada pun boleh dijajah dengan menjadikan nya sebagai negara miskin dan
pengemis dalam masa yang singkat tanpa seorang pun askar penjajah yang terbunuh.

* Apabila negara menjadi miskin maka politik menjadi tidak stabil dan rebutan kuasa akan
berlaku.

* Walaupun kita belum dikuasai sepenuhnya oleh kuasa asing tetapi sedikit sebanyak mereka
telah menguasai ekonomi kita.

* Jarum yang mereka (penjajah ekonomi) guna amat halus dan kita mungkin tidak sedar
bahawa kita sudah diperalatkan oleh mereka.

* Yang utamakan mereka (penjajah) ialah pemerintahan yang lebih sanggup menerima arahan
daripada kuasa tertentu.

* Apabila peniaga dan pengusaha yang besar menghadapi masaalah,kita yang kecil juga akan
menghadapi masaalah bahkan seluruh negara akan menghadapai masaalah.

* Tidak memahami apa yang menyerang kita adalah sama dengan keadaan kita buta dan tidak
tahu dari mana datanganya serangan.

* Orang yang tidak tahu apa yang menyerangnya akan bermusuh dengan orang lain,iaitu orang
orang yang tidak bersalah,maka ketawa besarlah penyerang.

**************************************************************************************

* Ingatlah mereka yang mencetuskan kegawatan ekonomi sehingga kita mengalami masaalah
besar, adalah orang yang lebih kurang sama dengan orang yang menjajah kita dulu,orang
yang dulu menjajah dunia,jangan kita fikir mereka sudah berubah,harimau tetap dengan
belangnya.

* Tabiat manusia ialah apabila marah,ia lebih kuat bertindak dan bergerak berbanding dengan
masa ia puashati atau seronok kerana mendapat sesuatu.Oleh itu kerana marah pada yang
baik,yang buruk disokong juga.

* Manusia yang survive,manusia yang berjaya ialah manusia yang selalu berhati-hati apabila
sesuatu yang baru diperkenalkan,manusia yang selalu mencari "udang disebalik batu".

* Jangan sekali-kali membenarkan keuntungan jangka pendek menutup mata kita kepada
kerugian jangka panjang.

* Bagi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan kita,hanya kita boleh harapkan
kita sendiri.

*************************************************************************************
Ini hanyalah sebahagian petikan ucapan Tun Dr. Mahathir ketika menjadi Presiden UMNO,apa yang pasti daripada ucapan tersebut cukup jelas dengan apa yang berlaku pada hari ini,
akan banyak lagi ucapan-ucapan TDM sewaktu menjadi Presiden UMNO dan PM akan dipetik untuk dijadikan renungan kita bersama.

**************************************************************************************