Sunday, July 26, 2009

Akan Melayukah MELAYU ?........

Kekeliruan semakin membuktikan yang politik berparti yang bermodalkan suara-suara retorik dan adudomba semakin mengoncang minda rakyat jelata.

Untuk menutup isu panas,rakyat disogok pula dengan perihal yang tak terjangkau dengan akal dan kewarasan berfikir seperti jatuh bangunan dan lain-lain lagi.

Namun untuk mempengaruhi fikiran rakyat kini bukan satu perkara yang mudah biarpun masih ada yang terpegun dengan ketaksuban maupun yang totok menyokong sesuatu itu tanpa mahu berfikir kearah logik demi kebenaran.


Ada ketika yang berkala-kala pemimpin parti-parti politik terutamanya dari parti berhaluan kiri tetap dengan hujahan retorik bagi memesongkan kebenaran semata-mata menegakkan isu tumpul bagi menyakinkan pengikut tanpa memikirkan implikasi secara total ,demi politik dan kerakusan untuk berkuasa kebenaran tidak dijelaskan sebaliknya dimomok-momokkan dengan gaya yang prejudis dan sembrono. Masyarakat,rakyat dan pengikut dipaksa mengikut serta berhempas pulas berfikir untuk mencari kebenarannya,bagaimana pula jika ada yang tidak mahu berfikir dan mengiyakan saja?........

UMNO adalah satu parti melayu yang masih berkudrat menunjangi pemerintahan negara biarpun mengidap penyakit dalam tubuhnya yang cukup kronik dan banyak orang telah tahu namun keupayaan UMNO berjuang demi Agama,Bangsa dan Negara tidak boleh dinafikan begitu saja, Jasa dan dasar perjuangan UMNO yang di implementasikan oleh pemimpin-pemimpinnya jelas membuktikan ianya masih relevan dan bertenaga serta mampu membina,memperkukuh serta mempertingkatkan apa jua agenda perjuangan yang berkaitan dengan Agama,Bangsa dan Negara. Asas jasa dan semangat perjuangan yang mendasari nadi UMNO inilah dicemburui oleh parti-parti yang lahir dari sepihan dan rekahan tulang UMNO yang kini berlumba menyainginya dengan pelbagai cara dan gaya.

Keterlibatan PAS yang lahir dari Dewan Ulama UMNO yang memercukan simbol Islam sebagai asas perjuangan telah berupaya mengaut sokongan orang-orang melayu Islam menyokong parti itu dulu,tapi masih tidak berkeupayaan untuk berdiri segagah UMNO dalam menegakkan paksi perjuangan dalam pemerintahan negara, menyedari hakikat itulah maka PAS kini telah diresapi oleh budaya politik global yang rakus,memijak untuk naik,meruntun jatuh yang diatas,berpaut dimana saja asalkan dapat keatas demi membenamkan UMNO kebawah untuk memiliki kuasa.
Persaingan ini berlaku dan kedua-dua parti UMNO dan PAS adalah melayu dan Islam,maka melayu/Islam dilihat makin berpecah serta semakin kecil,lantaran itulah maka parti-parti kaum lain mula bersemangat mengadudomba serta menangguk diair kecuh mencari keuntungan politik tanpa bermodal besar.

Ujudnya PKR yang diasuh dalam UMNO terutama bagi mereka yang bergelar pimpinan PKR jelas membuktikan bahawa pada ketika UMNO kuat,pemimpin yang membawa obor perjuangan UMNO ketika itu bukan berlari untuk UMNO sebaliknya berlari untuk menguatkan diri dan pengikutnya saja,sebab itulah apabila terkeluarnya pemimpin tersebut dari UMNO maka juak dan pengikut yang semakan dan sepenghasilan turut sama berdemonstrasi berjuang untuk idola mereka,penyokong pengikut sepatutnya memperkuatkan UMNO sebaliknya mereka memperkuatkan pemimpin dan jadilah PKR sebagai parti alternatif untuk memusnahkan UMNO , Pemimpin melayu yang dididik UMNO inilah juga kini menjadi pemusnah perpaduan melayu dengan menjadi pembela kaum-kaum lain bagi merealisasikan nawaitunya yang tak kesampaian.

Ketiga-tiga parti yang dipimpin oleh melayu ini sering bertembong dalam situasi pilihanraya,masing-masing tunjuk kehandalan,langkah dan pencak bersiuhan,gendang dipalu oleh kaum lain,mereka menonton bertepuk dan bergembira,yang menang dah pasti jadi arang dan yang kalah tetap jadi abu,melayu vs melayu = me layu.

Walau pun ada tawar menawar,give and take,you do that I do this,ketiga-tiga pimpinan melayu dari parti ini masih belum boleh duduk semeja biarpun ada usaha kearah itu, bagaikan kunyit dengan kapor tidak boleh sependapat secara mutlak demi Melayu/Islam. Bilakah masa yang pasti untuk generasi melayu/Islam untuk melihat politik melayu seia sekata sehati sejiwa?.....

Kekalkan kekuasaan politik melayu/Islam dengan bergabung dan berpadu kesemua pemimpin melayu/Islam atas satu wadah perjuangan demi Agama,Bangsa dan Negara.