Tuesday, September 21, 2010

OPERASI ASAP JABATAN KESIHATAN...wajarkah tiada amaran lisan?...

Kelmarin 20/09/2010 di kedah seluruh daerah telah dijalankan OEPERASI ASAP oleh JABATAN KESIHATAN Daerah.

Satu gerakan yang baik demi mengawal dan mencegah pencemaran asap rokok untuk kesihatan,tetapi kebaikan tersebut telah dilaksanakan secara tidak berhemah oleh pegawai-pegawai yang diamanahkan,maka kebaikan tersebut dilihat sebagai satu penganiayaan kepada empunya premis perniagaan terutama peniaga kecil.

TEMPURSAKTI telah menerima banyak aduan dan rungutan daripada pemilik premis yang disaman atas beberapa kesalahan kecil berkaitan asap rokok,terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

Antara kesalahan yang disaman ialah 1) Tiada memasang papan amaran DILARANG MEROKOK dalam ruangan yang berhawa dingin 2) Harga Rokok tidak ditampalkan 3) Menjual rokok yang dibuka (sebatang-sebatang)

Ada pemilik premis tak berpuashati kerana pada waktu pagi telah disaman oleh Pegawai Kesihatan atas kesalahan TIADA MEMASANG PAPANTANDA DILARANG MEROKOK dalam premisnya dan pada sebelah petangnya pula sekali lagi disaman atas kesalahan menjual rokok buka sebatang sebatang kepada pelanggan serta tin rokok dirampas.

Ada Pegawai Jabatan Kesihatan yang berani mengertak pekerja premis akan ditangkap jika tidak memberikan maklumat berkaitan peniaga.

Apa yang ingin dibangkit disini ialah kebanyakan peniaga tahu mereka bersalah kerana beberapa sebab seperti tidak memasang papantanda dilarang merokok tetapi cara tindakan Pegawai Jabatan yang membuat gertakan  saman untuk kali kedua tersebut,menjadi tajuk perbualan dan tak berpuashati.
Nampak sangat Pegawai-Pegawai tersebut seperti ego dan gah dengan arahan untuk saman dalam menguatkuasakan peraturan tersebut.

Persoalannya disini dapat kita lihat bahawa rancangan dan usaha untuk mendidik rakyat menjaga kesihatan yang dijalankan oleh kerajaan BN adalah amat baik,tetapi cara dan pendekatan pelaksanaan mungkin terdapat kecacatan,lantaran itu kebaikan yang diterapkan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN boleh terjejas oleh penguatkuasa yang lebih camca dan bubur ini,justeru rakyat melihat kaedah pelaksanaan ini lebih kepada membebankan peniaga dengan saman kompaun yang perlu dibayar kepada kerajaan,apakah kerajaan sedang memungut kembali saguhati RM500 yang diberikan kepada kakitangan kerajaan baru-baru ini dengan mengkompaun peniaga yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh setiap kementerian?...

Rakyat hari ini semakin sedar apa yang baik dan apa yang ditak baik yang dilakukan oleh kerajaan,namun ibarat kata pepatah melayu DURIAN DAN MENTIMUN digelek lenyek mengelek lagi lah lenyek,tetapi hukum karma tetap ada kerana jika kebaikan untuk kebaikan maka kebaikan itu pasti akan terserlah,tetapi jika kebaikan untuk segelintir dan keburukan untuk semua maka nantilah balasan dalam PRU 13 dimana kerajaan yang ada hari ini terus dihukum dengan lebih berat lagi.

Kepada Pegawai Jabatan Kesihatan ingatlah apa yang anda telah lakukan,memang rakyat tidak bantah atau persoalkan penguatkuasaan peraturan tersebut tetapi ingatlah jika kuasa yang anda ada anda gunakan sewenang-wenangnya tanpa akal budi bicara dan timbang rasa ,bukan diakhirat saja anda kena menjawabnya didunia pun anda akan menerima azab diatas sikap anda menjalankan kerja yang baik tetapi penuh dengan sikap zalim yang menganiaya peniaga dan pemilik premis yang berkaitan.