Friday, June 26, 2009

KERANA H ONE N ONE : NIK AZIZ SAMAKAN UMNO DENGAN KOMUNIS DAN AYAH PIN...







Adakah patut TG Nik Aziz samakan UMNO dengan komunis dan ayah pin....?..
Kalau ya pun kerana H 1 N 1 (TGHj.Hadi dan Nasaruddin) takkan lah sampai kutuk UMNO sampai camtu kut.



(Rujuk blog Penerangan UMNO Kedah)

"Nampak sangatlah yang MB Kelantan yang juga mursyidul Am PAS ini dah jauh melalut,ini sekadar komen aku...kalau ya pun nak pertahankan manek urai...kalau ya pun nak kata PAS tu kuat dan gagah dimanek urai...takkan sampai mengeluarkan kata-kata marah kepada UMNO sedemikian rupa...Kalau PAS memperjuangkan Islam,UMNO juga memperjuangkan Islam...UMNO memperjuangkan Islam lebih baik dan lebih teratur serta berupaya meninggikan syiar Islam di Malaysia dan di perakui oleh semua kecuali PAS saja...UMNO tak kata pun lebih-lebih walaupun atas alasan politik kepada PAS..."

Apakah bila di berikan gelaran Mursyidul PAS,maka TG Nik Aziz dah layak untuk mengatakan UMNO seperti itu?...UMNO jugalah yang dulunya Parti utama dalam negara sebelum keujudan PAS...Perjuangan UMNO demi Agama,Bangsa dan Negara. PAS berjuang untuk Islam kononnya...tetapi melebihi menjaga zimmi dan harbi daripada saudara seagama dan sebangsa...kerana politik PAS mungkin gadaikan apa jua asalkan dapat BERKUASA.

Thursday, June 25, 2009

UMNO + H one N one = Jangan marah Tok Guru NA....

25-06-2009

Hari ini UMNO Cawangan aku bermesyuarat Agung Tahunan...biasalah aku cuma ada cawangan yang kecil saja,tapi siap dengan sembelih dua ekor kambing,buat kenduri sakan juga. Dua ekor kambing disembelih hasil sumbangan ISHAK BAHARI,salah seorang ahli UMNO Cawangan untuk dibuat kenduri kesyukuran serta mesyuarat Agong UMNO Cawangan.


Ramai juga ahli-ahli UMNO dan pakatan masyarakat kampong yang datang membantu sejak dari awal pagi sehingga selesai kerja masak memasak dan makan tengahari.Doa kesyukuran dibacakan oleh Imam yang dijemput.





Pukul 3.00 petang Mesyuarat dijadualkan bermula,kehadiran ahli cukup ramai,almaklumlah makan kenduri juga.









Ketua UMNO Bahagian Jerai ...YBH.Dato Mohd Suhaimi Hj.Abdullah dan rombongan turut hadir untuk bersama-sama ahli-ahli UMNO Cawangan dalam mesyuarat tersebut.Beliau turut memberikan ucapan dan kata-kata semangat untuk semua ahli-ahli UMNO.


" Menyentuh perihal PAS,PAS lebih mementingkan politik daripada Agama Islam,sebab itu Idea Kerajaan Perpaduan yang di suarakan oleh Presiden PAS telah menyebabkan NA marah sangat,rupa-rupanya NA terkena dengan H1 (HJ.HADI) N1 (NASHAR) hinggakan suruh Nasharuddin masuk UMNO"


(Sebahagian ucapan Dato Mie)

Intipati mesyuarat UMNO Cawangan,banyak juga usul dan cadangan yang dikemukakan,apa yang pasti UMNO Cawangan ini dapat sentuhan dan semangat baru atas kehadiran Dato mie,
Ramai ahli-ahli berharap agar kepimpinan UMNO Bahagian Jerai akan terus melipatgandakan usaha bagi memperkukuhkan jentera parti diperingkat cawangan,perbanyakan program-program kemasyarakatan dan libatkan kesemua cawangan dalam apa jua aktiviti UMNO Bahagian. Tahniah dan syabas kepada Ketua Cawangan ini,sdr.En.Ahmad Osman yang telah berjaya memimpin dan memajukan cawangan dan ahli-ahli UMNO menikmati kesejahteraan hidup dengan usaha yang tak pernah jemu-jemu walaupun terpaksa mengorbankan masa dan wang ringgit demi UMNO,Perjuangan diteruskan.

Monday, June 22, 2009

RETAK...?...Carik-Carik bulu ayam...boleh ke?...


UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Jerai sedang ligat mengadakan mesyuarat Agong Tahunannya...kesempatan ini membolehkan ahli-ahli mendapat sedikit sebanyak maklumat dalaman parti UMNO daripada Bahagian untuk dijadikan tatapan ataupun panduan.


Terdengar satu keluhan daripada beberapa ahli UMNO dalam cawangan disebuah taman perumahan dalam DUN GURUN yang baru selesai mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan pada minggu lalu. Cawangan UMNO ini pada tahun lalu digantung dan tidak berkelayakan untuk menghantar PERWAKILAN ke persidangan UMNO Bahagian akibat krisis kepimpinan di cawangan.Pemilihan AJK diadakan semula dalam mesyuarat cawangan itu,Ketua dan barisan AJK lama tewas dalam perebutan Jawatan dalam cawangan,biasalah kalah dan menang adatlah dalam pemilihan parti,yang menang mungkin boleh menerima yang kalah...tapi yang kalah tak mahu menerima yang menang?...krisis tetap berlaku?...kenapa dan mengapa?...
UMNO WADAH PERJUANGAN UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

Cawangan-cawangan yang tidak bermasaalah dapat menyempurnakan Mesyuarat Agung masing-masing tanpa ada pemilihan AJK pada tahun ini,Kepimpinan UMNO Bahagian Jerai melaksanakan tugas pentadbiran dengan pelapor-pelapor yang hadir kecawangan-cawangan yang bermesyuarat sekadar mencatat serta merekodkan lapuran untuk perhatian UMNO Bahagian,ramailah AJK UMNO Bahagian ditugaskan sebagai pelapor-pelapor ke cawangan-cawangan.

Amat berbeza Mesyuarat Agung Cawangan tahun ini berbanding tahun yang ada pemilihan Bahagian...kalau tahun yang ada pemilihan parti peringkat Bahagian,berpusu-pusu pemimpin dari Ketua,Timbalan,Naib,Ketua Pemuda,Ketua Wanita,Ketua Puteri dan AJK disemua sayap dengan pelbagai cara dan keadaan akan datang untuk memeriahkan mesyuarat Agung disetiap cawangan,Kemeriahan ini berlaku sebelum dan selepas mesyuarat cawangan juga,silih berganti calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding Jawatan tertentu dalam UMNO Bahagian datang sehinggalah Persidangan Bahagian dan keputusan pun dah diketahui,yang tewas ...sahlah amat payahlah nak ditemui,yang menang pula dah sibuk dan payah juga untuk dicari.

Mesyuarat Agung Tahunan cawangan diadakan bukan saja untuk memenuhi dan melengkapkan rekod pendaftaran semata-mata,agenda parti perlu diperluruskan bagi memenuhi aspek hiraki politik dari akar umbi sehinggalah ke peringkat tertinggi parti,ianya amat penting untuk menyampaikan seruan dan arahan dari atasan untuk di laksanakan diperingkat cawangan dan idea serta usulan dari bawahan ini dibawa dan diterjemahkan diperingkat atasan,maka kombinasi akarumbi bertaut keatas dan diterjemahkan secara mutlak,begitulah pentingnya mesyuarat agung tahunan cawangan dan Bahagian.

Penjawat dalam saf kepimpinan UMNO wajar melihat situasi ini sebagai pegangan untuk bergerak secara bijak dengan memberikan perkhidmatan untuk memperkukuhkan UMNO dan melebarkan pengaruh siasah UMNO sehingga melimpah disegenap lapisan masyarakat...bukannya bergerak secara mempopularkan diri untuk memperteguhkan sokongan cawangan kepada Jawatan yang dipegang dalam parti UMNO sahaja.

Sebagai ahli UMNO ,harapan dan semangat perjuangan politik untuk memperkukuhkan UMNO sentiasa membara,cadangan Idea dan usul-usul yang diasah diperingkat cawangan wajar di berikan perhatian oleh UMNO Bahagian,kepimpinan lama harus dikenang bukan dibuang,kepimpinan baru wajar diberi penerangan bukan dihalang...maka saf
UMNO dari pelbagai peringkat akan mampu menjalankan tugas secara total demi UMNO sebagai wadah untuk Agama,Bangsa dan Negara.

Sekiranya kesemua pihak dalam UMNO boleh memberi dan menerima pandangan dan kritikan biarpun pahit tetapi demi memperkuatkan ukhwah kesahsiahan politik UMNO secara bijaksana maka kemelut yang tewas tak boleh menerima yang menang akan dapat dinormalkan dan saf UMNO dipelbagai peringkat dapat di luruskan.
UMNO akan jadi semakin BESAR dan HEBAT serta BERPENGARUH.

Sunday, June 21, 2009

BAHANA AKIBAT PENULISAN........

Hari ini seawal pagi aku dikejutkan dengan nada ringtone 'kau pergi tanpa pesan' dari set aku,panggilan dari sesaorang yang tanpa salam dan ucapan selamat pagi,terus memarahi dan memaki aku dengan pelbagai kata loghat kedah yang aku pun tak tau nak tulis macam mana...

Dia marah sangat pasai aku tulis berkaitan UMNO JERAI,dia kata kalau aku nak tunjuk pandai...awat tak pi kata kat AJK BAHAGIAN yang tak sokong DATO MIE,bagi depa reti dan faham tugas depa sebagai AJK ...Aku rasa dari suara marah-marah tu ...aku dapat agak sapa orangnya...aku tak mau bagitau lagi...banyak jugalah dia 'beletiaq ' kat aku...dia kata dia kenai aku...tapi bila aku tanya dia,sapa aku,apa keja aku,mana cawangan aku,dia dah tak boleh habaq...
dia kata kat aku...kalau tak tau apa-apa tak payahlah nak tulih pasai UMNO JERAI...DATO MIE dah perabis banyak dah untuk tolong UMNO JERAI...nak tulih pun janganlah bagitau perkara yang tak baik pasai Ketua Bahagian...dia kata aku sebagai penulis upahan untuk peburuk DATO MIE...

OKAYLAH dia nak kata apa pun aku dengaq...sebab aku pun panik juga pagi-pagi buta terima panggilan kena hamun...aku ha..ha..saja lah...tapi yang aku mula berangin bila dia kata aku tak mengenang budi dan tak tau berterimakasih atas pertolongan dot.dot.dot...aku jerkah deras...sampai anak ku yang kecik terjaga dan keriau dari tidug..."apa hang ingat aku ni banyak sangat kah mengharap budi dan bantuan dari KETUA hang?..."Hang tak tau ka apa yang aku kata dan tulih pasai aku ahli UMNO dan aku tak pernah dapat apa-apa pun imbuhan dari sapa-sapa dalam UMNO...Aku tak mau UMNO JERAI jadi hancoq leboq kerana tidak dipimpin dengan baik dan elok oleh mereka-mereka yang dipilih dan diamanahkan untuk jaga UMNO JERAI...salahkah aku kalau aku tulih kerana nak teguq depa?...awat aku tibai sikit pun dah meloncat dah?...tup...aku dengaq talian diputuskan,aku talifon balik...ada nada tapi tak diangkat.

Aku terdiam seketika dan berfikir,budak-budak baru masuk politik,bukan sokong UMNO tapi sokong pemimpin UMNO...Inilah sebabnya UMNO semakin kecil dan menguncup,sedangkan pemimpin dan penjawat jawatan teratas semakin besar semakin melimpah-limpah dananya.

Aku terasa inilah bahananya bila berkata apa yang benar...aku tercabar,namun aku akan teruskan juga mencari bahan untuk ku dedahkan...tujuan aku semata-mata aku nak tengok UMNO JERAI kembali diminati dan dimuliakan oleh rakyat disemua peringkat usia sepertimana pada zaman DATO LAH FENDI memimpin UMNO JERAI dulu. UMNO JERAI dibawah pimpinan DATO LAH dulu cukup mantap dan hebat,DATO LAH berjaya merakyatkan UMNO JERAI...Kesemua sayap UMNO bersatupadu,bergerak sebagai satu pasukan,UMNO JERAI
amat digeruni oleh PAS...PAS tiada tempat di JERAI.