Tuesday, May 25, 2010

PETAKA APA LAGI YANG AKAN DIHADAPI UMNO KEDAH?..........

Selesai momokan "bubar DUN Kedah" kini UMNO dituduh pula menjadi dalang untuk memujuk ADUN PKR supaya lompat parti,dan mantan MB Dato Seri Mahzir Khalid dituduh dengan ketiadaan bukti.

Tuduhan merapu dan meroyan ini datang dari ADUN Kulim dari PKR Lim Soo Nee, nampak sangat lah mereka cuba nak menegak benang yang basah kusut sebab dah terperangkap dengan mainan politik Kerajaan PAS Kedah yang ugut nak bubar DUN jika ada ADUN PKR yang lompat parti lantaran itulah jari ditudingkan diserata tempat.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah YB Datuk Paduka Ahmad Bashah berkata ,beliau mencabar YB Soo Nee mendedahkan bukti itu kepada umum jika benar kerana ianya satu pertuduhan yang melibatkan maruah sesaorang. Soo Nee juga diminta supaya memohon maaf kepada YB Dato Seri Mahzir dan UMNO kedah jika kenyataan yang dibuat tanpa mengemukakan bukti yang benar.

Dari kemelut politik sedemikian dapat diandaikan bahawa kalangan ADUN PKR Kedah kian tersepit dalam masaalah yang mereka sendiri cipta,PKR di kedah boleh dikatakan sebagai 'melukut ditepi gantang " saja dalam kerajaan PAS Kedah,layanan yang diterima pun sekadar nak jaga hati ,itu pun kalau angguk,kalau buka mulut alamat telan air liurlah,PAS Kedah pun sedar PKR ini umpama duri yang bila-bila masa boleh tercucuk kaki jika tidak berhati-hati,sebab itulah adegan sarkis BUBAR DUN jadi momokan untuk mengempar hati tikus ADUN PKR Kedah.

UMNO terkena tempias dari momokan PAS kepada PKR, apabila sedar yang momokan PAS itu permainan sarkis saja maka ADUN PKR Kedah yang berura-ura nak lompat terus tersentot kerana takut hilang kerusi yang disandang tak sampai sepenggal jesteru itu tuduhan dihala kepada UMNO untuk menutup kegelisahan dan ketakutan mereka.

PAS mungkin boleh ketawa melekek-lekek melihat telatah ini,mereka main sarkis,PKR jadi tunggangan UMNO pula jadi papan sumpitan,namun ketawa PAS hanya sementara kerana UMNO telah bersedia membalas sumpitan dari permainan sarkis anjuran PAS itu,sama-sama kita tengok sapa yang kena seterusnya.

UMNO Kedah tahu,rakyat juga tahu bahawa kerajaan Kedah pimpinan PAS telah gagal dalam mengemudikan bahtera kerajaan kedah,ransangan ekonomi yang tandus,peluang untuk peniaga semakin sempit,kegagalan kerajaan dalam menarik pelaburan ditambah lagi kerugian yang tak sepatutnya,banyak projek yang dilancarkan tak menjadi dan pelbagai masaalah dalaman yang tidak berkesudahan menjadikan PAS semakin tertekan ditambah pula ura-ura ADUN PKR nak lompat maka untuk menutup kegagalan pentadbiran yang ada ,mata rakyat mesti dialehkan kepermainan retorik dan adudomba politik dengan mengunakan peluru 'BUBAR DUN' untuk dihamburkan kepada rakyat sambil memberi amaran kepada ADUN PKR jangan main-main lompat parti,nanti hilang kerusi,serpihan peluru asap PAS itu mungkin terkena mata UMNO juga sehingga tidak nampak dan kelabu untuk melihat kegagalan PAS dalam mentadbirkan kerajaan Kedah.

UMNO mesti sedar dan ingat,dedahkan semua kepincangan kerajaan PAS KEDAH Kepada rakyat,jangan dibiarkan walau sekecil mana pun,lupakan tentang permainan sandiwara sarkis yang dianjurkan PAS,Tekatkan keazaman untuk merampas kembali kedah,PAS sudah gagal,jangan terikut-ikut cara mainan PAS,masih banyak lagi rakyat yang sedar dan bersedia menyokong UMNO,pulihkan segera,jaga UMNO Jaga rakyat,pedulikan pasal ADUN PKR ,biarkan mereka terjun dengan labunya,yang penting bongkarkan kelemahan dan kegagalan PAS dalam memerintah kedah,jangan terlalu defensif,terus menyerang, takkan UMNO masih membisu lagi jika peluang terbentang didepan mata,tak tahulah kalau UMNO masih dengan watak lama untuk tunggu dan lihat atau menerima seadanya.

UMNO hebat dan mantap dipusat,tapi kenapa dinegeri kian suram,lupakan yang lain tumpukan menawan kembali kedah,inilah masanya,Ini bukan masa untuk popularkan diri ini masa untuk tawan kembali kedah dan rampas kerajaan,kalau rakyat boleh nampak apa nak buat tak mungkin pemimpin UMNO tak tahu apa nak dilakukan?...........Jangan nanti ada lagi petaka menimpa UMNO Kedah.