Thursday, March 11, 2010

BETUI KA...KERAJAAN PAS KEDAH LEBIH BAIK DARI KERAJAAN UMNO DULU?...

Mahfuz kata Kerajaan PAS Kedah lebih baik dari Kerajaan UMNO dulu,ya ka?.......
Kononnya pemerintahan PAS lebih baik kerana di pimpin oleh MB Ustaz Azizan,betui lah tu,baik dan lebih baik sebab UMNO bukan macam PAS dok kacau apa yang kerajaan buat,lagi pula Kerajaan PAS Kedah setakat la ni dok buat apa yang kerajaan UMNO/BN tak dan nak buat dulu,tak dak satu pun projek untuk rakyat Kedah yang Kerajaan PAS dok buat la ni.Kalau setakat dok sambong kerja yang kerajaan UMNO dulu kira baiklah...yang tak baiknya bagi brand baru dok pukau mata rakyat kata PAS yang buat.

Mahfuz dok jek MB Ustaz Azizan ni macam ada apa-apa ja...orang lain tak kata apa pun,dia pula yang jadi tukang cakap bagi pihak Kerajaan PAS Kedah,awat exco yang Ustaz Azizan lantik baru tu tak tau nak cakap ka?...atau cakap sebab dah tau memang kerajaan PAS Kedah banyak yang tak baik dari baik?...jadi kata baiklah kerana nak tunjuk lebih baik disamping nak puji MB sikit.

UMNO pula tak kacau pun pemerintahan PAS Kedah,sebab dah tau pun Kerajaan PAS tak buat apa pun untuk faedah dan kepentingan rakyat,kata orang biar kat depa...dulu sedap ja mulut kata kat UMNO,buat tak betui tak buat lagilah tak betui...dapat kat depa satu projek untuk rakyat pun tak boleh nak buat,cakap saja lebih habuk pun tarak.macam Mahfuz lah menang pun harap atas perpecahan rakyat,menumpang pokok PKR dan menangguk diair yang keruh.

La ni bila UMNO lancarkan program Juara Rakyat,mahfuz dan PAS pun dah mula risau sebab rakyat kedah masih banyak lagi yang miskin,dan UMNO pula fokus dalam membantu golongan rakyat miskin di Kedah.Maka nak tutup kelemahan Kerajaan PAS yang tak buat apa-apa nak bantu rakyat kedah,dia cakaplah yang Kerajaan PAS Kedah baik dari Kerajaan UMNO dulu.

Inilah gaya dan stail politik pemimpin PAS yang Mahfuz praktikkan di Kedah,nak tutup kelemahan dengan cakap yang baik padahal terukkkkkkkk sangat,dan cari kesempatan mengaku PAS yang buat untuk mengabui mata rakyat padahal UMNO yang buat,adu domba,retorik serta tangguk apa saja asalkan dapat.

Kerajaan UMNO buat kerja membantu rakyat Kedah,tapi PAS tak dak kerja nak buat melainkan berceramah setiap kampong dengan cerca maki Kerajaan UMNO dan pemimpin UMNO,macam-macam yang difitnahkan mereka,nafikan apa yang UMNO buat untuk rakyat dan akhirnya dengan Izin ALLAH ,rakyat bagi mandat kat depa,tapi apa depa buat?...kalau setakat dok makan gaji buta dengan ziarah orang sakit,orang mati dan pi makan kenduri serta pi rasmi orang lambung wau musim kemarau,budak tadika kemas pun boleh buat.

Wednesday, March 10, 2010

PERTUKARAN EXCO KEDAH: Masuk tak tambah,keluar tak kurang...

                                           DUA EXCO KELUAR DUA DIBAWA MASUK

ADUN PANTAI MERDEKA dan ADUN BAKAR ARANG digugurkan,manakala ADUN AIR HITAM dan ADUN SIDAM dibawa masuk.

Apa yang pasti rombakan exco yang dibuat hanya sekadar memberi laluan kepada ADUN-ADUN PR untuk merasai nikmat menjadi Exco,ianya hanya sekadar memanaskan kerusi empok di Wisma Darulaman untuk tempoh setahun.


Mungkin selepas ini MB Kedah akan umumkan pula rombakan potfolio untuk kesemua exco-exco,dan yang nyata siapa juga yang masuk dan siapa juga yang keluar tak memberikan apa-apa kesan kepada rakyat kedah,rakyat tetap juga macam tu lah.Rakyat di Taman wira tetap juga kena bayar hutang,tak dak diskaun punya,air SADA tetap slow tapi bil rakyat bayar double juga.


Harapan rakyat,kerajaan Kedah yang dipimpin PR mesti dikembalikan kepada UMNO/BN,demi kelangsungan pembelaan kepada rakyat,dulu BN dihentam kerana dituduh zalim,tapi sekarang siapa yang zalim?...........cukup dah kut sepenggal saja bagi kat depa,PRU13 kita ambik balik.

Tuesday, March 9, 2010

27.03.2010 JUARA RAKYAT DI JERAI.


SATU WADAH,SATU PERJUANGAN MEMBELA NASIB RAKYAT

Bertempat di Kampong Ruat Yan, Juara Rakyat peringkat Jerai akan dilancarkan oleh YB.Dato Seri Mohd.Shafie Afdal (Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah)Pelbagai aktiviti sedang giat diaturkan oleh UMNO Jerai bagi menjayakan ProgramJuara Rakyat tersebut antaranya Pameran dari agensi kerajaan,karnival sukan rakyat,kehebatan aspek wanita,penyampaian bantuan kepada rakyat miskin,lawatan kebajikan untuk warga dhaif dan uzur dan pelbagai acara menarik yang dipersembahkan,kebudayaan ,makanan tradisional dan lain-lain lagi. Berteraskan tema Kebajikan,Juara Rakyat akan terus menyalurkan khidmat kebajikan untuk rakyat semua golongan dalam parlimen Jerai.

Semua Rakyat dalam parlimen Jerai diminta hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Program tersebut,kehadiran anda tidak dilupakan kerana hadiah-hadiah dan sumbangan akan diberikan kepada sesiapa saja yang bertuah.


"Datang Jangan tak Datang"

Monday, March 8, 2010

YB BEBAS LEBIH BAIK DARI JADI YB PKR...

Buat apa berada dalam PKR jika hak dan kebebasan disekat,lebih baik jadi YB Bebas demi maruah umat Islam dan Bangsa melayu. Inilah kata -kata yang mengalu-alukan YB Zulkifli Nordin yang dipecat dari PKR sabtu lepas. ungkapan dari tempursakti.

Kepada YB Zul yang telah ditalakkan oleh PKR dapatlah kita bayangkan bahawa seandainya beliau tidak dipecat dari PKR apa agaknya akan terjadi...YB Zul tegas menyatakan tidak akan mengemukakan rayuan,ini bermakna YB Zul rela dipecat kerana PKR sah dan jelas bukan Parti yang boleh menyelamatkan Agama,Bangsa dan Tanahair.

YB Zul didesak untuk meletak Jawatan sebagai Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru,kelmarin ada beberapa kerat dari kumpulan AMK PKR Kedah/P.Pinang berhimpun di SELAMA untuk mendesak YB Zul mengosongkan kerusi parlimen di kawasan itu,harap-harap YB Zul tak usah hiraukan desakan budak-budak kanyaq dari AMK PKR itu,biarlah mereka dengan slogan upahan yang mereka laungkan itu.

Lebih baik YB Zul bertenang untuk bertindak,berfikir untuk berkhidmat kepada rakyat di Kulim/Bandar Baru dari terima desakan kanyaq-kanyaq upahan itu,berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bebas adalah satu laluan terbaik selepas gagal berkhidmat atas Parti yang tidak ada kewibawaan seperti PKR.


Paling baik atas semangat persaudaraan seagama,sebangsa,berpihaklah bersama UMNO/BN yang sudah diketahui umum sebagai wadah perjuangan menjuarai pembelaan kepada rakyat.
Jangan berlengah lagi,inilah masa yang sesuai untuk YB Zul buktikan,biar pun masih dalam edah namun perjuangan untuk rakyat mesti diteruskan,putihkan mata puak-puak dari Pakatan Rakyat.