Monday, March 8, 2010

YB BEBAS LEBIH BAIK DARI JADI YB PKR...

Buat apa berada dalam PKR jika hak dan kebebasan disekat,lebih baik jadi YB Bebas demi maruah umat Islam dan Bangsa melayu. Inilah kata -kata yang mengalu-alukan YB Zulkifli Nordin yang dipecat dari PKR sabtu lepas. ungkapan dari tempursakti.

Kepada YB Zul yang telah ditalakkan oleh PKR dapatlah kita bayangkan bahawa seandainya beliau tidak dipecat dari PKR apa agaknya akan terjadi...YB Zul tegas menyatakan tidak akan mengemukakan rayuan,ini bermakna YB Zul rela dipecat kerana PKR sah dan jelas bukan Parti yang boleh menyelamatkan Agama,Bangsa dan Tanahair.

YB Zul didesak untuk meletak Jawatan sebagai Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru,kelmarin ada beberapa kerat dari kumpulan AMK PKR Kedah/P.Pinang berhimpun di SELAMA untuk mendesak YB Zul mengosongkan kerusi parlimen di kawasan itu,harap-harap YB Zul tak usah hiraukan desakan budak-budak kanyaq dari AMK PKR itu,biarlah mereka dengan slogan upahan yang mereka laungkan itu.

Lebih baik YB Zul bertenang untuk bertindak,berfikir untuk berkhidmat kepada rakyat di Kulim/Bandar Baru dari terima desakan kanyaq-kanyaq upahan itu,berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bebas adalah satu laluan terbaik selepas gagal berkhidmat atas Parti yang tidak ada kewibawaan seperti PKR.


Paling baik atas semangat persaudaraan seagama,sebangsa,berpihaklah bersama UMNO/BN yang sudah diketahui umum sebagai wadah perjuangan menjuarai pembelaan kepada rakyat.
Jangan berlengah lagi,inilah masa yang sesuai untuk YB Zul buktikan,biar pun masih dalam edah namun perjuangan untuk rakyat mesti diteruskan,putihkan mata puak-puak dari Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...