Thursday, March 11, 2010

BETUI KA...KERAJAAN PAS KEDAH LEBIH BAIK DARI KERAJAAN UMNO DULU?...

Mahfuz kata Kerajaan PAS Kedah lebih baik dari Kerajaan UMNO dulu,ya ka?.......
Kononnya pemerintahan PAS lebih baik kerana di pimpin oleh MB Ustaz Azizan,betui lah tu,baik dan lebih baik sebab UMNO bukan macam PAS dok kacau apa yang kerajaan buat,lagi pula Kerajaan PAS Kedah setakat la ni dok buat apa yang kerajaan UMNO/BN tak dan nak buat dulu,tak dak satu pun projek untuk rakyat Kedah yang Kerajaan PAS dok buat la ni.Kalau setakat dok sambong kerja yang kerajaan UMNO dulu kira baiklah...yang tak baiknya bagi brand baru dok pukau mata rakyat kata PAS yang buat.

Mahfuz dok jek MB Ustaz Azizan ni macam ada apa-apa ja...orang lain tak kata apa pun,dia pula yang jadi tukang cakap bagi pihak Kerajaan PAS Kedah,awat exco yang Ustaz Azizan lantik baru tu tak tau nak cakap ka?...atau cakap sebab dah tau memang kerajaan PAS Kedah banyak yang tak baik dari baik?...jadi kata baiklah kerana nak tunjuk lebih baik disamping nak puji MB sikit.

UMNO pula tak kacau pun pemerintahan PAS Kedah,sebab dah tau pun Kerajaan PAS tak buat apa pun untuk faedah dan kepentingan rakyat,kata orang biar kat depa...dulu sedap ja mulut kata kat UMNO,buat tak betui tak buat lagilah tak betui...dapat kat depa satu projek untuk rakyat pun tak boleh nak buat,cakap saja lebih habuk pun tarak.macam Mahfuz lah menang pun harap atas perpecahan rakyat,menumpang pokok PKR dan menangguk diair yang keruh.

La ni bila UMNO lancarkan program Juara Rakyat,mahfuz dan PAS pun dah mula risau sebab rakyat kedah masih banyak lagi yang miskin,dan UMNO pula fokus dalam membantu golongan rakyat miskin di Kedah.Maka nak tutup kelemahan Kerajaan PAS yang tak buat apa-apa nak bantu rakyat kedah,dia cakaplah yang Kerajaan PAS Kedah baik dari Kerajaan UMNO dulu.

Inilah gaya dan stail politik pemimpin PAS yang Mahfuz praktikkan di Kedah,nak tutup kelemahan dengan cakap yang baik padahal terukkkkkkkk sangat,dan cari kesempatan mengaku PAS yang buat untuk mengabui mata rakyat padahal UMNO yang buat,adu domba,retorik serta tangguk apa saja asalkan dapat.

Kerajaan UMNO buat kerja membantu rakyat Kedah,tapi PAS tak dak kerja nak buat melainkan berceramah setiap kampong dengan cerca maki Kerajaan UMNO dan pemimpin UMNO,macam-macam yang difitnahkan mereka,nafikan apa yang UMNO buat untuk rakyat dan akhirnya dengan Izin ALLAH ,rakyat bagi mandat kat depa,tapi apa depa buat?...kalau setakat dok makan gaji buta dengan ziarah orang sakit,orang mati dan pi makan kenduri serta pi rasmi orang lambung wau musim kemarau,budak tadika kemas pun boleh buat.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...