Thursday, October 1, 2009

ISA di NILAI...akan selamatkah BAGAN PINANG?...


Paluan genderang pilihanraya kecil BAGAN PINANG bagaikan gempita riuhnya,BN/UMNO masih kental bersandarkan kewibawaan tokoh terhebatnya Tan Sri Isa samad sebagai sabungan mempertahankan kerusi DUN tersebut.




BAGAN PINANG bertuah kerana memiliki tokoh yang terhebat seperti Tan Sri Isa,UMNO dah tentu mampu mencatitkan bonos politik kerana kembalinya seorang tokoh UMNO yang tersingkir kerana angkara yang dijangka,namun bukan semua merestui kehadiran semula Tan Sri Isa sebagai calon PRK DUN BAGAN PINANG.Ahli-ahli UMNO dan Pengundi DUN BAGAN PINANG yang akan memberikan jawapan samaada kembalinya Tan Sri Isa dikehendakki atau sebaliknya.




Pimpinan UMNO akur bahawa kehendak pengundi dan rakyat di BAGAN PINANG yang mahukan Tan Sri Isa sebagai calon,walau pun sedar yang lanskap politik kini dah terlalu banyak berubah dan oleh kerana terlalu banyak kekalahan demi kekalahan dalam PRK yang diadakan,UMNO kini tidak boleh lagi menerima kekalahan lagi apatah dikawasan kubu yang selama ini dimilikinya,oleh itu kehendak rakyat dan pengundi didahulukan,pengalaman telah mendewasakan UMNO kesan daripada pemilihan calon PRK yang dikehendaki oleh pemimpin berbanding calon yang dikehendaki oleh rakyat dan pengundi,kerana pengundi yang menentukan calon dan parti yang akan menang.




Atas kertas kesan impak yang dijana disokong pula oleh runtunan kehendak rakyat dan pengundi,Tan Sri Isa dah menang,populariti dan sentuhan peribadi beliau ternyata menjadi wadah terus kepada rakyat di BAGAN PINANG,namun jika bahtera yang dinaiki oleh beliau bocor dan tiris atas apa jua sebab serta disogok tambah dengan hentaman badai yang dibuat-buat oleh pembangkang,bahtera yang dipacu Tan Sri Isa mungkin juga akan tenggelam.Dah banyak PRK yang kita lihat bahtera UMNO/BN yang dinakhodakan oleh tokoh pilihan karam hingga kedasar,apakah nakhoda tidak bagus atau bahtera yang bocor dan tak mampu melawan arus gelombang?...




BAGAN PINANG milik UMNO/BN sebelum ini,mampukah UMNO/BN mempertahankannya pada PRK kali ini?...maruah dan imej UMNO terletak diBAGAN PINANG,Jika tewas kali ini bermakna PR 13 UMNO/BN akan disemadikan,Inilah gambaran yang boleh diandaikan jika keputusan tidak memihak kepada UMNO/BN,BAGAN PINANG menjadi penentu untuk UMNO/BN akan terus menguasai persada politik dimalaysia atau menuruni tahta yang dimonopolinya sekian lama.UMNO/BN dan Tan Sri Isa mesti bertempur dengan bersunguhan demi masa depan UMNO/BN dan dirinya sendiri jika berkehendakkan kemenangan.




Pembangkang PAS/PKR akan terus-terusan menangguk diair keruh untuk mencari tuah,mereka bagaikan mempertaruhkan nasib untung sabut timbul,tetapi perlu diingat dalam PRK undi yang dikira,sehebat mana pun calon segagah mana pun parti jika pengundi tidak mengundi alamat hancurlah parti dan calon tersebut,PRU 12 telah menunjukkan buktinya,PAS/PKR menang bukan kerana rakyat mahukan mereka,tetapi rakyat dah meluat dengan UMNO/BN gara-gara pemimpinnya,maka undi dilemparkan kepada pembangkang,Ini juga mungkin boleh terjadi dimana-mana PRK.Oleh itu UMNO/BN mesti bijak memainkan peranan untuk memenangi hati pengundi-pengundi.




Rakyat diseluruh negara sedang melihat situasi ini dan mengharapkan UMNO/BN serta Tan Sri Isa dapat memenangi DUN BAGAN PINANG,Sokongan moral dan doa sentiasa mengiringi setiap langkah yang diaturkan,Insya Allah akan mendapat kemenangan.Tan Sri Isa sedang dinilai di BAGAN PINANG,kemampuan beliau tidak diragui lagi biarpun beliau tinggal di NILAI kini beliau jua sedang dinilai di BAGAN PINANG.


Semoga Tan Sri Isa berjaya menyelamatkan UMNO/BN di BAGAN PINANG, Insya Allah.

Monday, September 28, 2009

BAGAN PINANG...sedang dipinang?...



Bagan Pinang sedang dipinang...UMNO/BN sah akan mempertahankan hantaran peminangannya,siapakah pula lagi yang berminat untuk turut sama menyertai siri peminangan itu,adakah PAS atau pun PKR...?..sama-samalah kita nantikan.

UMNO/BN yang menerima kesuraman dalam siri terdahulu,akan mungkin berubah wajah dan keserian demi mempamirkan ketampanan dan kegagahan bagi menawan dan mempertahankan Bagan Pinang.Tapi apakah akan ada saingan yang memungkinkan Bagan Pinang menampar dengan ledakan yang kuat kepipi UMNO daripada PAS?...atau mungkinkah PAS dan PKR jadi kecut atau lesi melihat kegagahan UMNO dan Bagan Pinang tetap hanya menjadi milik UMNO/BN...?...

Diatas peta lakaran politik ketika ini,situasi Bagan Pinang tidak sama dengan lain-lain tempat di negeri-negeri seperti Kedah,P.Pinang.Perak,Terengganu dan Kelantan,Ini Negeri Sembilan...negeri minangkabau ini cukup kental dengan semangat dan kejituan UMNO,Namun janganlah mengharap sangat kerana angin politik boleh membadaikan keadaan dek kerana satu perkara kecil yang tak disangka-sangka,Bagan Pinang akan beralih arah ketangan PAS atau PKR. UMNO perlu berwaspada kerana banyak gunting dalam lipatan,ada musang berbulu ayam dan ada kaduk naik junjung,lantaran ada ketikanya lembu punya susu sapi yang dapat nama,atau akan ada mungkin menang sorak tapi kampong tergadai,.

UMNO telah pun menghadapi zaman kesuraman,limpahan kesuraman ini mungkin merebak ke Bagan Pinang...usaha membendung keadaan ini mesti dilakukan dengan berhemah kerana jika tidak segala usaha selama ini akan menjadi sia-sia.PAS/PKR hanya menanti menerima habuan yang tak disangka hasil kemelut dalam UMNO saja tanpa usaha yang lebih tapi menikmati hasil yang lumayan. UMNO tak boleh kalah lagi di Bagan Pinang jika mahu UMNO terus subur dan kukuh dipersada politik malaysia.