Friday, December 4, 2009

PADAH APABILA MELETAKKAN POLITIK MELEBIHI SEGALA-GALANYA...

Berpolitik dan berparti untuk mencari kuasa memungkinkan pelbagai tanggapan,apa pun hujah yang dilontarkan semuanya berkisar kepada mencari kemenangan dalam apa jua isu dan perkara yang dibangkitkan.

Pemimpin politik (kebanyakkan) kadangkala dilihat terlalu ghairah untuk menjuarai apa jua isu sehinggakan terlupa pada perkara-perkara yang perlu diselindungkan dengan menelanjangi kesemuanya walaupun faedah dan manafaatnya lebih merugikan dari menguntungkan,kesannya Agama diperkotak katikkan,Bangsa direndahkan martabatnya serta Negara dikucar kacirkan.

Kerana politik Agama Islam diperalatkan untuk mencari dan mengekal kuasa, sehinggakan persaudaraan seagama di persoalkan serta memusuhinya,politik yang keterlaluan dapat diperhatikan bahawa yang tegak dilihat bengkok,yang betul nampak tertonggeng,yang nipis kelihatan tebal dan lain-lain serta begitulah seterusnya disebalik setiap perlakuan yang nyata.

Prof.Datuk Dr.Mahmood Zuhdi ada berkata, tindakan dengan mengutamakan politik yang berlebihan telah memburukan lagi perpecahan ummah disebabkan amalan politiking dan jangan jadikan politik sebagai platform yang boleh mengatasi semua perkara dalam hidup.

Setiap pemimpin politik ada pengaruh dan penyokong masing-masing,oleh kerana terlalu seronok disokong dan di puja oleh penyokong maka akan adalah pemimpin politik yang terlupa akan batas-batas serta nilai-nilai Islam dalam keghairahan mempertahankan hujah atau pun dalam apa jua yang dibahaskan,tak hairanlah ada pemimpin politik dalam kenyataan baru-baru ini yang mahu mendoakan keburukkan terhadap Perdana Menteri sekiranya Kerajaan pusat enggan memberikan royalti minyak kepada kerajaan kelantan yang ditadbir oleh PAS. Wajarkah begitu?..............

Apa yang kita fahami sebagai umat Islam kita dibenarkan berdoa untuk sesuatu itu kepada pihak yang menzalimi kita tetapi wajar kita memastikan bahawa kezaliman itu telah dibuktikan berlaku,Adakah Perdana Menteri telah menzalimi rakyat kelantan?.........

Inilah persoalan yang dapat kita simpulkan bahawa kerana hasrat tak tertunai keinginan tak tercapai maka impian juga mungkin akan berkecai,dalam keadaan terdesak pelbagai perkara boleh terjadi,jesteru itu untuk memikat kembali penyokong demi mempertahankan hujah maka ujudlah politiking untuk men'retorik'kan suasana dengan pelbagai isu yang dibangkitkan.

Kesannya bagaimana penerimaan dikalangan umat Islam berkaitan isu doa itu?....tidak semua umat Islam menyokong pemimpin yang berpolitik seperti itu?...apakah akan ada kesan diminda generasi muda Islam?......


Saturday, November 28, 2009

PKR masih teringin nak menggatai di KEDAH...

Gah dah orang dok bercakap PKR saja hemoi dengan PAS,PAS masih senyum simpoi tengok gelagat pimpinan Kedah.

Punyalah nak ambik hati PAS,PKR buat Konvensyen kat Dewan Insaniah disember ini,dengar kata defacto depa akan bagi amanat penting dan nak bagi tip pada pimpinan PKR Kedah yang la ni nampak semakin mudah dah untuk PAS ratah.

Aidil Adha disambut dengan banyak korban lembu ditempat-tempat yang pimpinan PKR buat,dengar kata lembu-lembu tersebut dapat hasil dari pau mana-mana syarikat yang berurusan dengan pimpinan PKR Kedah,betui ka tak betui tak tau pula.

Lembu-lembu yang dibagi untuk buat korban tu bukan apa sekadar nak tunjuk kat PAS dikawasan-kawasan tertentu saja bahawa PKR pun boleh buat korban lembu walaupun PAS tak hulur bantuan,camtulah cerita yang didengar dari mulut orang kuat PKR sendiri.

Pemimpin PAS pula dengar habar la ni depa dah tak kisah sangat dengan PKR,depa dok takut kat UMNO Kedah yang semakin hari semakin diminati golongan muda,PKR bagi depa masuk tak tambah keluar pun tak kurang untuk akan datang,la ni depa layanlah sat,tapi kalau PKR Kedah nak menggatai lebih-lebih depa garu sendirilah.

Sememangnya PKR ni bernasib baik saja di kedah,kalau dulu UMNO tak bercelaru jangan haraplah depa nak dapat tempat di kedah ni,PAS sedar dan rakyat semua pun sedar perjuangan PKR ni sekadar menangguk diair keruh saja,ramai pemimpin PKR terdiri daripada sakibaki pemimpin UMNO yang dah reject dan tak laku,bila dok dalam PKR depa jadi juaralah sebab berketuakan DSAI,nanti la masa depa nak ruyup dah ni.

Saturday, November 21, 2009

PKR semakin HANGIT di KEDAH...

Itu berita terkini yang dapat dan sempat diperolehi dari sumber-sumber yang telah terasahati dari PKR Kedah,nyata dan benar bahawa PKR Kedah menerima layanan yang tak sepatutnya dalam pimpinan PAKATAN RAKYAT di Kedah.

Program dan aktiviti politik yang dirancang kesemuanya dan banyak dimonopoli oleh kepimpinan PAS yang menerajui Kedah ketika ini,PKR hanya menyertainya saja sedangkan kepimpinan PKR Kedah gah dan berjenama serta berprotokol namun ianya sekadar cukup untuk meramaikan majlis dan yang lain habis disapu oleh PAS.

Jelas terang lagi bersuluh,ada pimpinan PKR dah mula tawarhati bukan saja dengan PR tapi dengan kepimpinan PKR negeri juga,mana tidaknya...ada Ketua Cabang PKR yang tak sebulu sesama mereka,asyik-asyik depa yang dok dinegeri saja yang kaut,kita yang dok dicabang dan ranting hanya tunggu dan tengok saja apa yang depa buat...awat kita tak layak ka?...itu sebahagian rungutan yang didengari.

Krisis keyakinan dalam PKR dah semakin membara la ni,pilih kasih juga berlaku dalam pimpinan negeri,ada yang diatas diagungkan,yang pertengahan disisihkan yang bawah mengelupurlah kekeringan,yang bertaring menokak ganas,yang tak bergigi pun melulog sakan,Datuk Ir.Zamri dan Datuk Johari Abdul pun tak boleh nak buat apa dah hinggakan de facto depa syor mana-mana Cabang PKR yang nak peruntukan mesti perbanyakkan aktiviti dan jadi Juara masyarakat untuk negeri kedah.

Rakyat pun dah tau mainan politik PKR ni,tapi dek kerana dah tak dak tempat lain yang nak cari untung sabut maka tumpang sekakilah dalam PKR tapi pi mai pi mai nam tolak nam juga.
PKR kedah la ni ibarat menumpang dilepau rumah PR yang diterajui PAS,nak makan pun kalau PAS tak pelawa alamat kebulur lah,PAS pula ajak-ajak ayam saja,PAS mendahulukan ahli-ahlinya ,sisa yang tak habis baru nak bagi kat PKR,sebab tu la ni banyak anggota PKR yang cempera rata sebab makan pun tak cukup,nasib baik banyak juga kerusi parlimen yang PKR menang,kalau tidak terus kebulurlah.

PAS menang pun pada PRU12 lalu bukan kerana PKR kuat,PKR memang menumpang PAS untuk menang,namun berdasarkan perkembangan terbaru ini amat sukar untuk PKR mengekalkan kerusi yang depa menang di Kedah,pengaruh PKR dah makin merosot,rakyat dah mula sedar yang PKR ini ujud semata-mata nak kacau rakyat saja sebab tu PAS pun dah tak mau ambik kisah dengan PKR kedah la ni.

Parti PKR di Kedah bagaikan melukut ditepi gantang bagi PAS, ada dengan tak ada sama saja,PAS boleh menang walaupun tanpa PKR,majlis pimpinan negeri PKR Kedah pun tak berupaya nak mempengaruhi pentadbiran PAS malah ustaz Azizan pun tak heran kat depa,maka berkokoklah depa depan rakyat minta itu ini kat PAS hanya sekadar nak nyatakan bahawa depa boleh bagi pada rakyat,tapi semuanya sekadar politik nak lepas tangan saja kerana apa yang pemimpin PKR minta PAS Kedah tak layan pun.Tak heranlah Setiausaha Agung PKR buat kenyataan bahawa PKR Kedah akan menegur pentadbiran Kerajaan PR pimpinan PAS di Kedah. PKR dah Kacau dan kacaulah sampai hangit.

Saturday, November 14, 2009

BN menang KEDAH senang...JERAI menang sapa yang senang?..

Slogan keramat yang terbaru hasil gempuran daripada kepimpinan UMNO KEDAH yang menerajui BN untuk merampas kembali KEDAH dari tangan PAKATAN RAKYAT yang diketuai oleh PAS ketika ini selepas PRU 12.

Gegak gempita riuhnya bagaikan dentuman halilintar membelah langit dengan deruman ketibaan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama kepimpinan UMNO KEDAH di SMKA YAN berpusat di Titi Serong Yan.

BN MENANG,KEDAH SENANG,kalimat pembakar semangat yang diwar-warkan untuk memulihbinakan keyakinan penyokong UMNO/BN dan rakyat KEDAH. Cetusan idea yang bagus ini wajar diterjemahkan secara total oleh kepimpinan UMNO KEDAH untuk akar umbi UMNO dan ianya tidak sekadar retorik pemimpin melakar wajah untuk perhatian kepimpinan tertinggi UMNO/BN saja.

Apa yang sempat diteliti dan diselidiki ternyata ada kesan penambahbaikan dari segi kombinasi usaha untuk menawan kembali KEDAH dari pengaruh PAS/PR,cuma ada sedikit campin dari segi garapan yang dipersembahkan,iaitu penyatuan dan kebulatan sepakat pemimpin UMNO KEDAH,isu lama yang selalu jadi baru bila musim pemilihan Bahagian dan pemilihan calon untuk pilihanraya,namun jika kesemua memahami makna slogan BN MENANG KEDAH SENANG sudah pasti ada kesan kebaikannya.

Amat sukar memulakan ramalan untuk keseluruhan negeri kedah terhadap kedudukan UMNO/BN sekarang ini,namun jika kesemua pemimpin yang menerajui UMNO BAHAGIAN dapat berkhidmat atas satu pasukan nescaya bukan mudah lain-lain parti dapat menembusi keampuhan UMNO.

JERAI merupakan salah satu kawasan parlimen yang UMNO/BN tewas dalam PRU 12 lalu,ketika itu tidak ada siapa yang menyangka,cempedak boleh jadi nangka,tapi nyata PAS menang selesa dan UMNO berputih mata,kenapa?...

Ramai yang berkata perubahan kepimpinan UMNO JERAI akan dapat memulih kembali krisis keyakinan pengundi muda,sejauh mana kebenaran kata-kata itu sukar untuk diramalkan berdasarkan rekod dan fakta terkini sukar bagi UMNO untuk merampas kembali Jerai jika UMNO dan kepimpinannya masih lagi berpecah-pecah serta keupayaan memikat pengundi muda hanya dilaksanakan untuk retorik politik kepartian tanpa melebarkan pengaruh khidmat kemasyarakatan yang lebih untuk pengundi-pengundi.

Untuk menyaingi pengaruh PAS dalam keadaan mereka cukup selesa bukanlah perkara yang mudah dan rengkas,UMNO JERAI mesti berkeupayaan melaksanakannya dengan sentuhan idea baru yang lebih meyakinkan,bukannya masih dengan cara lama yang makin tenggelam dalam arus penerimaan pengundi ketika ini,rakyat nak tengok khidmat pemimpin sebelum mereka tertarikhati dan bersetuju untuk mengundi UMNO/BN,sebarang kesilapan jika dapat diterjemahkan oleh pihak lawan akan melemahkan semua khidmat baik yang diberikan,PRU12 Jerai PAS menang tapi siapa yang senang?...adakah pengundi yang mengundi PAS itu senang?...rakyat Jerai senangkah?...

Apa pun slogan jika tidak dilaksanakan sebaik mungkin,hasilnya akan lebih memihak kepada yang tak diperlukan,lantaran itu UMNO/BN wajar dan mampu menterjemahkan segera supaya tidak dieksploitasikan oleh pihak lawan dengan mudah dek kerana slogan indah kuat perkasa tapi isinya hampeh belaka.

Thursday, October 1, 2009

ISA di NILAI...akan selamatkah BAGAN PINANG?...


Paluan genderang pilihanraya kecil BAGAN PINANG bagaikan gempita riuhnya,BN/UMNO masih kental bersandarkan kewibawaan tokoh terhebatnya Tan Sri Isa samad sebagai sabungan mempertahankan kerusi DUN tersebut.




BAGAN PINANG bertuah kerana memiliki tokoh yang terhebat seperti Tan Sri Isa,UMNO dah tentu mampu mencatitkan bonos politik kerana kembalinya seorang tokoh UMNO yang tersingkir kerana angkara yang dijangka,namun bukan semua merestui kehadiran semula Tan Sri Isa sebagai calon PRK DUN BAGAN PINANG.Ahli-ahli UMNO dan Pengundi DUN BAGAN PINANG yang akan memberikan jawapan samaada kembalinya Tan Sri Isa dikehendakki atau sebaliknya.




Pimpinan UMNO akur bahawa kehendak pengundi dan rakyat di BAGAN PINANG yang mahukan Tan Sri Isa sebagai calon,walau pun sedar yang lanskap politik kini dah terlalu banyak berubah dan oleh kerana terlalu banyak kekalahan demi kekalahan dalam PRK yang diadakan,UMNO kini tidak boleh lagi menerima kekalahan lagi apatah dikawasan kubu yang selama ini dimilikinya,oleh itu kehendak rakyat dan pengundi didahulukan,pengalaman telah mendewasakan UMNO kesan daripada pemilihan calon PRK yang dikehendaki oleh pemimpin berbanding calon yang dikehendaki oleh rakyat dan pengundi,kerana pengundi yang menentukan calon dan parti yang akan menang.




Atas kertas kesan impak yang dijana disokong pula oleh runtunan kehendak rakyat dan pengundi,Tan Sri Isa dah menang,populariti dan sentuhan peribadi beliau ternyata menjadi wadah terus kepada rakyat di BAGAN PINANG,namun jika bahtera yang dinaiki oleh beliau bocor dan tiris atas apa jua sebab serta disogok tambah dengan hentaman badai yang dibuat-buat oleh pembangkang,bahtera yang dipacu Tan Sri Isa mungkin juga akan tenggelam.Dah banyak PRK yang kita lihat bahtera UMNO/BN yang dinakhodakan oleh tokoh pilihan karam hingga kedasar,apakah nakhoda tidak bagus atau bahtera yang bocor dan tak mampu melawan arus gelombang?...




BAGAN PINANG milik UMNO/BN sebelum ini,mampukah UMNO/BN mempertahankannya pada PRK kali ini?...maruah dan imej UMNO terletak diBAGAN PINANG,Jika tewas kali ini bermakna PR 13 UMNO/BN akan disemadikan,Inilah gambaran yang boleh diandaikan jika keputusan tidak memihak kepada UMNO/BN,BAGAN PINANG menjadi penentu untuk UMNO/BN akan terus menguasai persada politik dimalaysia atau menuruni tahta yang dimonopolinya sekian lama.UMNO/BN dan Tan Sri Isa mesti bertempur dengan bersunguhan demi masa depan UMNO/BN dan dirinya sendiri jika berkehendakkan kemenangan.




Pembangkang PAS/PKR akan terus-terusan menangguk diair keruh untuk mencari tuah,mereka bagaikan mempertaruhkan nasib untung sabut timbul,tetapi perlu diingat dalam PRK undi yang dikira,sehebat mana pun calon segagah mana pun parti jika pengundi tidak mengundi alamat hancurlah parti dan calon tersebut,PRU 12 telah menunjukkan buktinya,PAS/PKR menang bukan kerana rakyat mahukan mereka,tetapi rakyat dah meluat dengan UMNO/BN gara-gara pemimpinnya,maka undi dilemparkan kepada pembangkang,Ini juga mungkin boleh terjadi dimana-mana PRK.Oleh itu UMNO/BN mesti bijak memainkan peranan untuk memenangi hati pengundi-pengundi.




Rakyat diseluruh negara sedang melihat situasi ini dan mengharapkan UMNO/BN serta Tan Sri Isa dapat memenangi DUN BAGAN PINANG,Sokongan moral dan doa sentiasa mengiringi setiap langkah yang diaturkan,Insya Allah akan mendapat kemenangan.Tan Sri Isa sedang dinilai di BAGAN PINANG,kemampuan beliau tidak diragui lagi biarpun beliau tinggal di NILAI kini beliau jua sedang dinilai di BAGAN PINANG.


Semoga Tan Sri Isa berjaya menyelamatkan UMNO/BN di BAGAN PINANG, Insya Allah.

Monday, September 28, 2009

BAGAN PINANG...sedang dipinang?...



Bagan Pinang sedang dipinang...UMNO/BN sah akan mempertahankan hantaran peminangannya,siapakah pula lagi yang berminat untuk turut sama menyertai siri peminangan itu,adakah PAS atau pun PKR...?..sama-samalah kita nantikan.

UMNO/BN yang menerima kesuraman dalam siri terdahulu,akan mungkin berubah wajah dan keserian demi mempamirkan ketampanan dan kegagahan bagi menawan dan mempertahankan Bagan Pinang.Tapi apakah akan ada saingan yang memungkinkan Bagan Pinang menampar dengan ledakan yang kuat kepipi UMNO daripada PAS?...atau mungkinkah PAS dan PKR jadi kecut atau lesi melihat kegagahan UMNO dan Bagan Pinang tetap hanya menjadi milik UMNO/BN...?...

Diatas peta lakaran politik ketika ini,situasi Bagan Pinang tidak sama dengan lain-lain tempat di negeri-negeri seperti Kedah,P.Pinang.Perak,Terengganu dan Kelantan,Ini Negeri Sembilan...negeri minangkabau ini cukup kental dengan semangat dan kejituan UMNO,Namun janganlah mengharap sangat kerana angin politik boleh membadaikan keadaan dek kerana satu perkara kecil yang tak disangka-sangka,Bagan Pinang akan beralih arah ketangan PAS atau PKR. UMNO perlu berwaspada kerana banyak gunting dalam lipatan,ada musang berbulu ayam dan ada kaduk naik junjung,lantaran ada ketikanya lembu punya susu sapi yang dapat nama,atau akan ada mungkin menang sorak tapi kampong tergadai,.

UMNO telah pun menghadapi zaman kesuraman,limpahan kesuraman ini mungkin merebak ke Bagan Pinang...usaha membendung keadaan ini mesti dilakukan dengan berhemah kerana jika tidak segala usaha selama ini akan menjadi sia-sia.PAS/PKR hanya menanti menerima habuan yang tak disangka hasil kemelut dalam UMNO saja tanpa usaha yang lebih tapi menikmati hasil yang lumayan. UMNO tak boleh kalah lagi di Bagan Pinang jika mahu UMNO terus subur dan kukuh dipersada politik malaysia.

Thursday, September 24, 2009

RUMAH TERBUKA...ada lagi yang terbuka?.......

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf dhahir dan bathin...Itu adalah antara billboard dan banner yang terpampang disimpang-simpang jalan disegenap pelusuk diserata tempat.

MB Kedah punya billboard lagi besar almaklumlah Menteri Besar,mungkin cara itu saja kut nak sampaikan ucapan kepada rakyat jelata,wakil rakyat dari PAS pun tumpang sekaki...ya lah nak tunjuk kat rakyat yang dia tu baik dengan MB,alahai lama punya trend tu.

La ni depa semua dok kalut dengan rumah terbuka...PAS dengan rumah terbuka PAS, UMNO dengan rumah terbuka UMNO dengan semua Ketua Bahagian siap dah menjemput ahli dan rakyat dalam Bahagiannya,begitulah sibuknya bersedia untuk melayani dan mengambil hati rakyat...rasa-rasa bagus juga tu,boleh tengok kemeriahan dan suasana pemimpin tertinggi Parti-Parti politik beramah mesra dengan rakyat.

Berkisar tentang jemputan rumah terbuka aidilfitri ini,pagi tadi semasa minum teh tarik dan roti canai kat warung mamak,terdengar ada kawan berseloroh...katanya orang politik mai lah masa bila dan masa mana pun serta buat apa pun tujuannya tak lain tak bukan untuk politik...la musim raya...politik raya...bulan posa...politik posa dengan sumbangan morehnya...habis raya siap pula pilehanraya...masa raya bermaafan lepas raya bermulah ribut tofan...pendekkata politik untuk nak hidup...kita rakyat macammana?...(orang jemput pi rumah terbuka pi lah makan)kata dalam hati saja la....

Itu kisah rumah terbuka pemimpin parti politik,lepas raya ni banyak juga dikalangan kita letak tangan atas dahi...ya lah dah belanja sakan masa nak sambut raya,la ni sakit poket la pula...mulalah nak cari sumber baru,kalau tak miss juga sorruuu...kena lah kuat mengais...pemimpin boleh buat rumah terbuka,projek kerajaan tak dak yang terbuka,kalau ada yang terbuka pun peluang kita tertutup...maka ya tak ya kenalah cari jalan lain yang lebih memihak kepada kita...

La ni,para kontraktor ka,pembekal ka atau apa juga pengusaha kelas F dan MOF serta lain-lain banyak bergantung harap kat projek Kerajaan BN (pusat) yang ada tender secara terbuka,nak harap kepada kerajaan Negeri Kedah (PAS) la ni alamat makan desiran anginlah jawabnya...kalau ada kontrek pasang billboard pun dapat kat suku sakat depa saja...almaklumlah kan Kerajaan Kedah kaya dengan projek Billboard...tu pun tak terbuka untuk kontraktor berlesen...diam-diam dah dapat kat orang depa...Depa boleh buat rumah terbuka untuk rakyat...projek yang ada depa tutup rapat-rapat untuk rakyat...(makan tak kenyang lagi kut)

Tuesday, September 15, 2009

AIDILFITRI....AIRMATA DAN KEINSAFAN......

Dalam dua tiga hari lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba,dan Ramadhan pun dah hampir kepenghujungnya,pelbagai acara diaturkan oleh semua umat Islam,siap siaga dengan juadah dan pelbagai kelengkapan untuk menyambut 1 syawal yang amat bermakna ini,namun dalam mengecapi kegembiraan menyambut kemenangan ini masih ramai yang tidak berkesempatan untuk meraikannya dengan sebaik-baik nya dek kerana pelbagai perihal yang menyelubungi suasana,yang miskin serba tak cukup,yang berkeluarga beranak ramai masih terpinga-pinga mencari ruang memyempurnakan kehendak anak-anak,yang tiada berayah dan beribu gembira dalam pilu,yang ketiadaan suami dan isteri menangis sendu hiba,yang kehilangan anak,airmata pengubat rindu,pendek kata sesiapa jua yang pernah dan telah kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup ini akan pasti terasa betapa aidilfitri kali ini hadir dengan rasa insaf,syukur dan tawadduk.....biar pun resah pilu membadai kalbu.

Sebagai insan muslim yang redha atas segala ketentuan takdir,sedih pilu ini dianggap sebagai ujian Maha Esa keatas hambaNya.Aidil Fitri mesti disambut dengan kegembiraan dan keinsafan serta mensyukuri nikmat Allah,biar pun disambut secara sederhana...yang penting laungan kemenangan menewaskan hawa nafsu dalam bulan Ramadhan disemarakkan dengan gema takbir memuji kebesaran Illahi,Allahhu Akbar,Allahhu Akbar,Allahhu Akbar.....

Bulan Ramadhan ini juga dapat kita lihat ramai pihak yang kaya raya terdiri daripada mereka-mereka yang bergelar tokoh datang memberikan bantuan dan sumbangan kepada setiap insan yang miskin dan daif,tak kiralah mereka ini dari mana-mana syarikat korporat atau pemimpin parti politik yang penting tujuan mereka menghulurkan sumbangan untuk yang tak berkemampuan...itu dah disifatkan baik,
kerana inilah masa yang terbaik untuk membantu kepada mereka yang memerlukan...sekurang-kurangnya dapat jugalah mereka-mereka ini merasai sedikit pembelaan dan perhatian dari agihan sumbangan tersebut.

Kepada yang berkemampuan,amalan bersedekah ini harus dimanfaatkan mengikut ajaran Agama Islam...sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima dan seelok-eloknya tangan kanan memberi...sorokkan tangan kiri kerana disisi Allah derma dan sedekah jariah bukannya tontonan.Allah Maha melihat dan Maha mendengar.

Sebagai umat Islam yang beriman,sesungguhnya Aidilfitri ini memberikan makna yang tidak ternilai dengan kata-kata dan harta benda,memenangi perjuangan dalam peperangan denga hawa nafsu serta mengagalkan desakan iblis dan syaitan yang selama ini merajai diri kita dapat kita musnahkan dengan penuh keimanan dan ketaksuban berpuasa dan beramal dalam bulan Ramadhan ini,dan aidilfitri ini adalah wajib di Rayakan dengan penuh kesyukuran serta bergembiralah dengan seadanya sebagai tanda memuji kebesaran Allah s.w.t.

Bagi mengikat ukhwah dan silaturrahim dan persaudaraan seagama marilah kita bersalam-salaman,bermaaf-maafan sesama kita,serta jangan kita lupa kepada kedua-dua Ibu Bapa kita yang masih ada,kepada yang telah tiada Ibu dan Bapa...marilah kita memgingati mereka dengan mengunjungi pusara serta sedekahkanlah Alfatihah dan Zikirullah kepada roh mereka dengan berbanyak-banyaklah berdoa memohon keampunan daripada Allah Taala,semoga roh mereka ditempatkan disisi Allah bersama-sama para syuhada dan aulia'.

Kita yang masih bernafas lagi bagi menyambut Aidilfitri ini,marilah kita panjatkan syukur kehadrat Allah s.wt. dengan rasa tawadduk serta keinsafan memohon keberkatan hidup dengan keimanan daripada Allah Taala,moga-moga Aidilfitri ini bukanlah yang terakhir untuk kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,maaf dzahir dan bathin.

Sunday, September 13, 2009

KEMBARA TEMPURSAKTI....sesuap nasi?.....

Dah sebulan tempursakti mengembara,blog juga lama tak diaktifkan,siri kembara mencari rezeki dibumi Allah ini serta mengimpikan keredhaanNya.

Peluang melihat dan meninjau serta meneliti hasil terjemahan fikiran golongan marhaen melayu yang disebut sebagai Melayu moden yang diciptakan oleh pimpinan negara dalam kontek membangun dan meningkatkan ekonomi ,hasinya nyata terpampang didepan mata.

FELDA adalah salah satu organisasi yang tertua yang diasaskan oleh kepimpinan negara yang diterajui oleh UMNO,FELDA merupakan satu difinasi ampuh yang dipilih bagi memulihkan kemantapan ekonomi melayu dan negara,rata-rata melayu yang menghuni belantara pada satu ketika dulu kini menjadi jutawan dan hartawan.Kebanggaan ini wajar dirasai oleh setiap melayu apatah lagi dari warisan generasi FELDA.

Kembara tempursakti bermula di Jengka 15 serta hampir keseluruhan kawasan Jengka yang pesat membangun Bandar Pusat Jengka. Mungkin 20/30 tahun dulu ada melayu yang dipilih untuk menghuni belantara ini yang dipanggil peneroka tetapi lari akibat tidak sanggup berjuang dengan rimba,mungkin takut dan lemah serta bimbang dimamah haiwan buas,tinggallah rakan-rakan yang tawakal dan sedia berkorban keringat demi sesuap nasi,membina kendiri memulihkan ekonomi,hari ini perjuangan mereka dah lama berhasil dan berharta serta berjaya.

Setelah puas melihat dan bertemu rakan-rakan dan saudara seperjuangan,maka tempursakti yang menghabiskan masa seminggu disini bergerak pula ke FELDA gugusan Bukit Mendi di TRIANG,pencarian tempursakti berhasil dan membawa seribu makna apabila bertemu dengan seorang yang lama bertapak di Felda Sungai Kemahal sejak tahun 1979 lagi,pakcik Lebai Hussain adalah peneroka disini,beliau seorang yang warak dan bertawakkal serta memiliki Ilmu keagamaan yang luas,pengetahuannya terhadap situasi dan kependudukan disini tidak boleh dipertikaikan,kearifan beliau menyebabkan ianya menjadi tempat rujukan pelbagai pihak,secara kebetulan hasil selidik menyelidik beliau adalah bapa saudara sebelah orang rumah tempursakti,maka bertambah rabunglah cerita dan sembang.

Pelbagai topik yang dibincangkan termasuklah hal-hal politik melayu UMNO,PAS dan PKR. Felda sg.Kemahal rasanya terletak di Bahagian Bentong dan bersempadan dengan Bahagian Bera,apa yang nyata disini tiadalah pengaruh pembangkang dari parti-parti PAS dan PKR,pembangkang dalam UMNO tu kira biasalah. UMNO solid disini,namun banyak juga yang memilih berada atas pagar,mungkin tunggu dan lihat kut,pimpinan UMNO Bahagian masih dengan cara lama juga,rasanya dah selesa almaklumlah tiada pembangkang yang hakiki.

Pakcik hussin lebih mengutamakan keharmonian dalam masyarakat,pendekatannya mudah iaitu berbuat baik dalam semua urusan,memudahkan perkara yang payah dan jangan berperasangka buruk sesama kita,Islam berkehendakkan umatnya bersatupadu dan mengapa nak berpecahbelah...jika kita baik maka wajib kita berbuat baik,kerja jahat adalah kerja iblis dan syaitan. Jika UMNO baik,perlukah ada PAS/PKR?...

Sebagai peneroka,redha dengan ketentuan Allah...daripada seorang yang tidak punya apa-apa dibumi ini,atas izin Allah...UMNO telah menjelmakan ilham untuk membawa melayu miskin ini menjadi peneroka,diasuh dan dibantu oleh Felda,maka kesemua melayu ini kini memiliki harta yang cukup bernilai,bersyukurlah atas nikmat Allah ini,siapakah yang boleh memberikan tanah di bumi ini jika tidak di izin Allah?...dengan izin Allah...pimpinan UMNO merealisasikan impian memugar hutan belantara menjadi perkampongan melayu dan bandar,bolehkah tok wan dan bapa kita bagi tanah ini?...bersyukurlah atas nikmat Allah.

Seminggu di Jengka,seminggu di Triang,Seminggu di Rompin/Muaazam shah/keratong,seminggu di Kuantan/Pekan telah memberikan banyak manfaat kepada kembara mencari rezeki ini,rezeki jasad yang menembunkan,rezeki rohani yang disirami amal ibadat kepada Allah Taala,maka urusan duniawi dapat disempurnakan,urusan ukhrawi dimanfaatkan amalannya...sebulan melajak diri membawa pulangan dan berhasil.

Kesempatan ini bersesuaian dengan bulan Ramadhan dan Syawal yang menjelang,tempursakti menyusun jari sepuluh bersimpuh mohon keampunan dan kemaafan kepada semua muslimin muslimah dan pembaca blog ini,jika ada kata nesta,bahasa melalut sakit dan pedih,salah dan silap secara kasar maupun lembut,sedar ataupun tak sedar,mohon diampun dan dimaafkan dari dunia sampai akhirat,sekian coretan kali ini,jumpa lagi.


Monday, August 17, 2009

PERTEMBONGAN MELAYU DENGAN MELAYU,.



























Sah dan telah disahkan dipermatang pasir UMNO/BN akan bergelut dengan PAS,dalam ertikata lain melayu bertembung sesama melayu untuk mengisi kekosongan kerusi dalam DUN P-Pinang yang diperintah DAP (PR).






PAS amat memerlukan kerusi tersebut dengan tekad mengekalkan nya dari aspek maruah parti tersebut yang jatuh merudum di manek urai dulu,lagi pula di permatang pasir PAS mengunggulinya sejak 1999 melalui Allahyarham ADUN yang meninggal dunia.






UMNO (BN) sememangnya telah maklum bahawa percubaan kali ini mungkin untuk menang atau memanjangkan momentum sokongan rakyat khususnya pengundi melayu kepada UMNO,dengan berbekalkan jasa yang banyak kepada rakyat,pada PRK Permatang Pasir ada kemungkinan umno/BN boleh menang.






Secara rawak dapat diperhatikan bahawa PRK Permatang Pasir di P.Pinang kali ini menguji aksi dan kehebatan melayu p.pinang berpolitik, DAP sebagai teraju pemerintahan p.pinang semestinya tersenyum dan sinis biarpun siapa jua yang menang,jika PAS menang bertambah jua ADUN untuk menyokongnya,jika UMNO/BN yang menang maka bertambah seorang lagi ADUN yang akan membangkang dalam DUN P.Pinang,dua-dua adalah melayu dan dua-dua beragama Islam. Namun retorik politik DAP selalunya mendahului keputusan.






Calon UMNO/BN Sdr.Rohaizat adalah seorang yang sering bertemu akar umbi rakyat di kawasan ini,atas kapasiti pimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh,beliau dan seluruh jentera BN mesti terus terusan bekerja untuk menawan hati semua pengundi biarpun diperlekeh dan diperlecehkan oleh PAS,perlu ingat bahawa untuk memenangi hati pengundi,perwatakan dan penampilan calon adalah kriteria penting bagi membawa pengaruh parti kepada pengundi.






PAS yang menggunakan sekali lagi calon yang tiga kali tewas sebenarnya hanya inginkan untuk calonnya bergelar Yang Berhormat,dalam situasi ini mungkin pada perkiraan PAS sudah jentik rengkong kerana dah lama PAS mewakili kerusi DUN Permatang pasir.Namun itu dulu,siapa tahu jika pengundi beralih arah dan kembali memihak kepada UMNO/BN maka PAS akan berputih mata.






Sebenarnya tidak banyak yang boleh dijadikan asas iktibar maupun berkongsi gembira pada siapa yang menang tidak akan ada apa jua perubahan dalam DUN P-Pinang yang diperintahkan oleh DAP,sebagai marhaen melayu,sebagai umat Islam,sebagai pengundi yang akan mengundi di permatang pasir,apakah yang kita nampak disebalik apa yang kita lihat?...........apakah akan ada mainan kotor yang memungkinkan apa yang disangka menjadi tidak disangka-sangka.Dalam dunia politik macam-macam adaaaaaa.......(macam astro la)..jadi apa yang anda nampak?.....






Harapan kepada pengundi Permatang pasir,jika anda mahukan DAP kuat dan mencengkam melayu p.Pinang berikanlah undi anda pada PAS, jika mahukan suara orang melayu kuat untuk mengaum dan membendung keceluparan DAP di p.pinang undilah UMNO/BN, dan sesungguhnya jika UMNO/BN menang,DAP akan pasti terpaksa mengubah rentak politik mereka dan ini akan membolehkan melayu mendapat ruang jika tidak melayu akan terus dan semakin terhimpit disepit DAP dengan pertolongan PKR dan PAS.






Fikir dan renung-renungkanlah............HIDUP UMNO HIDUP MELAYU PULAU PINANG.




Wednesday, August 12, 2009

BERAS KEDAH........ada UMMMMMMMMMP apa?..
































Agak lama juga tak dak posting diblog ini,




Rehat,rehat juga,kerja kena buat,perjuangan tetap diteruskan,UMNO mesti diperkuatkan,kepincangan pemerintahan PAS di kedah mesti didedahkan,apa nak takut kan kita marhaen yang sengsara la ni,jangan ingat kita ni dah kecut dan penakut,takkan nak biag PAS dok pebodoh rakyat kedah,kita pun makan nasi
beras kedah peaw juga.
Tambah lagi,lauk banyak ni......
UMNO Kedah dan orang melayu kedah la ni mesti sedag dan bangkitlah dari tidog,
pagi tengahari dan malam kita makan nasi yang pelbagai nama,tapi ada ka kita pikiag yang sebutir nasi yang kita makan tu dibawa mai dari sapa?........dah kenyang kita sendawa auk..auk..auk..
Ditengah sawah pak tani mengurut betih yang lenguh dan dengan kudrat 4 kerat bertungkus lumus mengusahakan tanaman padi,dari mula membajak sampai mesin masuk petak...lepaih tu jual padi di kilang,dapat duit dan subsidi yang kerajaan BN bagi,tak dan nak balik rumah beli beras,tu pun bukan beli beras yang 5% tapi beli beras yang 15%...kenapa ini berlaku?....RM1,100.00 se tan padi tapi makan beras 15% RM16.50 ada ka patut?..........
Bercakap persoalan keringat dan jasa ,dari mana nak kemana...maka teringatlah keadaan politik di kedah,Tan Sri Sanusi pernah berkata ...ada padi ada PAS,jelas apa yang dicongakkan itu tepat dan betul,di kedah saja PAS begitu menonjol pengaruhnya disebabkan ada padi...tambahan pula adanya sekolah pondok agama maka bertambah-tambahlah PAS mendongak keatas,sejarah dah terukir sebegitu,jelas.
Siapa yang merancang program tanaman padi 2 kali setahun?...kerajaan mana yang melaksanakan Rancangan pengairan MUDA dan MADA?...pesawah padi mana yang tak dapat subsidi?...pelbagai subsidi diberikan oleh kerajaan UMNO/BN untuk pesawah padi semata-mata meringankan bebanan petani yang menanggong kos untuk mengusahakan sawah....syukur pesawah,tapi berterimakasihkah mereka pada UMNO/BN yang merancang serta melaksanakan kesemua itu?...mungkin mereka yang insaf dan sedar berterimakasih,namun ada juga yang tak sedar atau terkeliru dan mungkin ada yang benci melihat Dacing (BN) tapi bila nak baja Urea subsidi yang bergambar dacing,mereka sanggup memikul dan mengusung sana sini. Melayu kedah harus sedar bahawa jika UMNO/BN tidak merancang dan berusaha memulih dan mempertingkatkan ekonomi petani dengan pelbagai program dan subsidi,tak kan mungkin hari ini melayu petani yang bersawah menjadi hebat dengan ekonomi yang stabil seperti la ni.
PRU 12 sebahagian rakyat kedah menolak UMNO/BN...PAS dipilih untuk menerajui pemerintahan kedah...hingga kini dah hampir 2 tahun PAS mentadbir kerajaan Negeri,tak nampak lagi pun apa-apa rancangan untuk meningkatkan ekonomi petani dan pesawah padi,rakyat golongan petani,pesawah marhaen ini masih lagi dibela oleh UMNO/BN.
KEDAH SEJAHTERA yang di billboardkan oleh PAS hanyalah satu omongan untuk menutup mata serta membinaukan mata rakyat kedah saja,siapa yang sejahtera ?...
Yang nampak sejahtera la ni ialah mereka-mereka yang dulunya jadi kupang tembaga kini dah dapat pelbagai kemudahan yang datang dari Kerajaan PAS Kedah , apa rakyat dapat?..apa petani dan pesawah dapat?...apa yang melayu kedah dapat?...
UMNO KEDAH yang diterajui oleh Dato Shafie,Dato Bashah dan Dato Ir.Nawawi diharap dapat menterjemahkan kepemimpinan mereka hingga keakar umbi khususnya kepada golongan marhaen agar rakyat dapat merasai kesan pembaik pulih reputasi UMNO yang tercalar dulu. Langkah drastik dengan pendekatan yang lebih "membela " adalah lebih baik daripada menyapu 'iodin' pada kudis yang bernanah.
PAS tak sekuat dan sehebat mana pun,mereka hanya bersandarkan pada faktor retorik dan menghentam apa yang dibuat oleh UMNO saja,mengelirukan fikiran rakyat serta memadamkan fakta usaha UMNO seringkali dilakukan mereka,tidak pernah sekali pun mereka elok untuk rakyat apa yang dilakukan oleh UMNO. Jesteru itu "resepi" baru UMNO Kedah mesti di gaul dan diadunkan dengan rapi dan lengkap serta mengimplimentasikan untuk dihidangkan kepada rakyat kedah dengan segera.
Beras Kedah UMNO ini akan dinikmati segenap rakyat,kualiti hebat dan rasa memikat,kombinasi trio ini wajar la ni siap menghidangkan untuk rakyat........jangan terbiar sejuk dan suam...........




UJIAN BERPETIR?????............

Salam buat teman bloggers semua.....tempursakti kembali semula untuk bertempur dimaya ini selepas menerima ujian bertali arus..........namun sehingga kini keadaan masih belum mengizinkan pun digagahi jua untuk meneruskan perjuangan,bak kata orang tua-tua dulu,Patah sayap bertongkat paruh,patah dayung tangan jadi pengayuhnya........he..he..he..

sebenarnya pada satu petang dengan hujan yang turun lebat berselang seli ribut,guruh kilat,petir yang sabung menyabong itu tersambung dengan wayar plug yang tak dicabut,lantaran itu keseluruhan point lampu dipejabat serta sederet bangunan yang bersamaan dengannya terbakar dan tempiasnya cpu dan pc juga turut musnah...maka berehatlah tempursakti buat seketika,bila dah siap cpu di upgrade ...modem stereamix pula didapati terbakar juga,maka dengan berbekalkan notebook orang umah maka di restoran nasi kandaglah tempat aku la ni.

Celah-celah dok merewang cari apa bahan yang nak diterbitkan,detguag pula jemput untuk ke perjumpaan bloggers kedah..............aku tabik kat hang det...demi UMNO hang sanggup berkerja secara sukarela hinggakan terpaksa tinggai pasengin..........adaka pemimpin UMNO buat kerja macam hang agak-agaknya?.............

Sunday, July 26, 2009

Akan Melayukah MELAYU ?........

Kekeliruan semakin membuktikan yang politik berparti yang bermodalkan suara-suara retorik dan adudomba semakin mengoncang minda rakyat jelata.

Untuk menutup isu panas,rakyat disogok pula dengan perihal yang tak terjangkau dengan akal dan kewarasan berfikir seperti jatuh bangunan dan lain-lain lagi.

Namun untuk mempengaruhi fikiran rakyat kini bukan satu perkara yang mudah biarpun masih ada yang terpegun dengan ketaksuban maupun yang totok menyokong sesuatu itu tanpa mahu berfikir kearah logik demi kebenaran.


Ada ketika yang berkala-kala pemimpin parti-parti politik terutamanya dari parti berhaluan kiri tetap dengan hujahan retorik bagi memesongkan kebenaran semata-mata menegakkan isu tumpul bagi menyakinkan pengikut tanpa memikirkan implikasi secara total ,demi politik dan kerakusan untuk berkuasa kebenaran tidak dijelaskan sebaliknya dimomok-momokkan dengan gaya yang prejudis dan sembrono. Masyarakat,rakyat dan pengikut dipaksa mengikut serta berhempas pulas berfikir untuk mencari kebenarannya,bagaimana pula jika ada yang tidak mahu berfikir dan mengiyakan saja?........

UMNO adalah satu parti melayu yang masih berkudrat menunjangi pemerintahan negara biarpun mengidap penyakit dalam tubuhnya yang cukup kronik dan banyak orang telah tahu namun keupayaan UMNO berjuang demi Agama,Bangsa dan Negara tidak boleh dinafikan begitu saja, Jasa dan dasar perjuangan UMNO yang di implementasikan oleh pemimpin-pemimpinnya jelas membuktikan ianya masih relevan dan bertenaga serta mampu membina,memperkukuh serta mempertingkatkan apa jua agenda perjuangan yang berkaitan dengan Agama,Bangsa dan Negara. Asas jasa dan semangat perjuangan yang mendasari nadi UMNO inilah dicemburui oleh parti-parti yang lahir dari sepihan dan rekahan tulang UMNO yang kini berlumba menyainginya dengan pelbagai cara dan gaya.

Keterlibatan PAS yang lahir dari Dewan Ulama UMNO yang memercukan simbol Islam sebagai asas perjuangan telah berupaya mengaut sokongan orang-orang melayu Islam menyokong parti itu dulu,tapi masih tidak berkeupayaan untuk berdiri segagah UMNO dalam menegakkan paksi perjuangan dalam pemerintahan negara, menyedari hakikat itulah maka PAS kini telah diresapi oleh budaya politik global yang rakus,memijak untuk naik,meruntun jatuh yang diatas,berpaut dimana saja asalkan dapat keatas demi membenamkan UMNO kebawah untuk memiliki kuasa.
Persaingan ini berlaku dan kedua-dua parti UMNO dan PAS adalah melayu dan Islam,maka melayu/Islam dilihat makin berpecah serta semakin kecil,lantaran itulah maka parti-parti kaum lain mula bersemangat mengadudomba serta menangguk diair kecuh mencari keuntungan politik tanpa bermodal besar.

Ujudnya PKR yang diasuh dalam UMNO terutama bagi mereka yang bergelar pimpinan PKR jelas membuktikan bahawa pada ketika UMNO kuat,pemimpin yang membawa obor perjuangan UMNO ketika itu bukan berlari untuk UMNO sebaliknya berlari untuk menguatkan diri dan pengikutnya saja,sebab itulah apabila terkeluarnya pemimpin tersebut dari UMNO maka juak dan pengikut yang semakan dan sepenghasilan turut sama berdemonstrasi berjuang untuk idola mereka,penyokong pengikut sepatutnya memperkuatkan UMNO sebaliknya mereka memperkuatkan pemimpin dan jadilah PKR sebagai parti alternatif untuk memusnahkan UMNO , Pemimpin melayu yang dididik UMNO inilah juga kini menjadi pemusnah perpaduan melayu dengan menjadi pembela kaum-kaum lain bagi merealisasikan nawaitunya yang tak kesampaian.

Ketiga-tiga parti yang dipimpin oleh melayu ini sering bertembong dalam situasi pilihanraya,masing-masing tunjuk kehandalan,langkah dan pencak bersiuhan,gendang dipalu oleh kaum lain,mereka menonton bertepuk dan bergembira,yang menang dah pasti jadi arang dan yang kalah tetap jadi abu,melayu vs melayu = me layu.

Walau pun ada tawar menawar,give and take,you do that I do this,ketiga-tiga pimpinan melayu dari parti ini masih belum boleh duduk semeja biarpun ada usaha kearah itu, bagaikan kunyit dengan kapor tidak boleh sependapat secara mutlak demi Melayu/Islam. Bilakah masa yang pasti untuk generasi melayu/Islam untuk melihat politik melayu seia sekata sehati sejiwa?.....

Kekalkan kekuasaan politik melayu/Islam dengan bergabung dan berpadu kesemua pemimpin melayu/Islam atas satu wadah perjuangan demi Agama,Bangsa dan Negara.

Friday, July 24, 2009

Indahnya Pantun Retorik Nik Aziz...


Menteri Besar PAS Kelantan Dato Nik Aziz Nik Mat ketika menyampaikan ucapan di KELANTAN FIESTA 2009 bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur semalam begitu menghargai Dato Mustapa Mohamad yang bersetuju menjadi penanung.

Dato Nik Aziz berkata, ini akan jadi titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua pihak dalam perkongsian nikmat yang dianugerahkan Allah.

Siap dengan pantun lagi dari Dato Nik Aziz...



" Cantik-cantik durian Bangkok,
Cantik lagi buah Delima,
Siapa kata Kelantan menolak,
Asalkan baik kami terima. "

" Durian kunyit isinya kuning,
Dimakan oleh Tuan dan Puan,
Hubungan baik damai dan hening,
Semoga terjalin demi kesejahteraan."

Dato Mustapa Mohamad yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah Penaung KELANTAN FIESTA 2009 yang dianjurkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Redcarpet Worldwide Sdn.Bhd.


Komen,

Amboi,amboi,amboi...bab yang ni satu bukan main lagi Nik aziz berpantun dan bermadah...betui lah sama-sama dari kelantan...siap lantik sebagai penaung lagi kononnya nak berpadu lah kut...
Kalau tak dak untung nak ka TG Na kat Dato Pa tu?...ish..ish..ish... tu dia aihh...kalau la Tok Pa tu bukan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri...agak-agak Tok Pa ni boleh jadi Penaung tak?...nampak sangat BERKEPENTINGAN ...waharammu kalo make sorhe...wahallallul kalo bagi duwo...tak gitu Tok Guru...he..he..he..

Hari ini dalam Berita Dato Nik Aziz beretorik lagi kononnya nak pula berkerjasama berpadu dengan UMNO/BN...Awat tok guru,baru terjaga dari tidog ka?...kalau betoi apa yang tok guru kata lagu tu baguih kut nooooo...biag bagi melayu bersatu tok guru oiiii...Islam jadi semakin kuat, tok guru kan pemimpin Islam,tak kan nak bagi Islam lemah kut...pikiag tok guru jangan tak pikiag....






Tuesday, July 21, 2009

KERANA UNDI,HATI KAUM LAIN DIJAGA,HATI MELAYU TERLUKA...


Amalan politik daripada parti-parti politik yang dipimpin oleh orang melayu kini dilihat semakin lari dari landasan perjuangan yang sebenar, oleh kerana pentingkan undi untuk berkuasa,ada parti politik yang dipimpin dan dianggotai oleh orang melayu sanggup memperdagangkan masa depan generasi melayu semata-mata memancing undi daripada kaum-kaum lain. Pelbagai slogan,pendapat serta pandangan mahu pun hujahan lebih terjurus kearah pembelaan kaum-kaum lain berbanding mempertahankan kemelayuan itu sendiri. Ini dapat kita lihat dan perhatikan setiap hari akan perihal yang berkaitan tentang isu-isu politik yang semakin panas biar pun setiap hari dilebati dengan hujan. Banyak perkara yang dibangkit dan dihujahkan, ada pemimpin melayu secara terang-terangan mengusulkan agar apa jua hak yang diberikan kepada bumiputera secara istimewa mesti juga diberikan kepada kaum-kaum lain, kenapa ini berlaku?...
Apa sangatnya hak istimewa untuk bumiputera melayu?...mengapa apa yang diperolehi oleh orang melayu perlu pula dikongsi bersama kaum-kaum lain,tak puas kah lagi kaum-kaum lain yang diberi muka membuat tuntutan yang melampau sehinggakan orang melayu kian terasa dan terluka serta tercabar dengan kerenah tuntutan mereka. Sikap pemimpin melayu yang terlalu memberi muka kepada kaum-kaum ini telah menjadikan rakyat marhaen melayu menjadi bosan,kesempatan inilah diprovokasikan oleh pemimpin pembangkang melayu yang kononnya berjuang dengan menjuarai isu sama rata dan sama rasa untuk semua kaum dimalaysia dan melayu kini hanya tinggal namanya saja melayu, sudah tidak berketentuan lagi.

Sebagai seorang yang berbangsa melayu,kita amat sedih dengan kemelut ini,demi meraih sokongan dan mempertahankan undi dari kaum-kaum lain,pemimpin melayu berkesanggupan melakukan pelbagai cara memenangi hati mereka dan ada ketika tertentu hati orang melayu terguris luka,politik apakah ini?...sewajarnya melayu berpolitik mempertahankan serta memperkuatkan melayu,membina dan meningkatkan serta memertabatkan kedudukan melayu dalam semua aspek tuntutan kehidupan,kerana kekuatan melayu dalam pelbagai bidang boleh menjadikan melayu itu tuan tanpa bergantung kepada kaum-kaum lain,ini tidak berlaku sebaliknya politik melayu hari ini telah menjadikan melayu menjadi hamba kepada kaum-kaum lain, beginikah perjuangan parti politik melayu?...

Ketika melayu berjuang untuk memerdekakan negara ini,siap bertanjak berkeris untuk menghalaukan orang puteh,dimana kaum cina dimana kaum india?...apabila kemerdekaan diizinkan kenapa perlu ada mereka?...kalau lah mat kilau,dato bahaman,dol said,tok kenali,dato sagor,tok janggut dan banyak lagi pejuang-pejuang melayu yang dulunya berjuang demi Agama,Bangsa dan Negara dengan darah dan keringat tahu bahawa hari ini melayu digadai dan diperdagangkan oleh pemimpin melayu kini,agak-agaknya apa yang mereka semua nak kata?...

* Melayu telah bertukar warna, ** Melayu telah lupa sejarah, *** Melayu pandai berkata-kata, **** Melayu akan selalu kecewa, ***** Melayu tiada semangat segagah dulu, ****** Melayu semakin lupa melayunya, ******* Melayu dulu Tuan kini Hamba, ******** Melayu akan kehilangan segala-galanya, ********* Melayu mudah menyerah kalah, ********** Melayu tidak suka melayu , *********** Melayu ,melayu,melayu semakin me layu.

Akan terjawabkah setiap persoalan ini kini melayu kian bersengketa sesama melayu untuk menjaga hati kaum-kaum lain,wajarkah?...Politik apakah ini?...melayu diperdagangkan dek inginkan kekuasaan dan undi kaum lain dalam pilehanraya,dimanakah tempatnya nanti generasi anak cucu melayu jika keadaan ini berterusan?...UMNO,PAS dan pemimpin melayu PKR ,apakah masih belum terfikirkah yang kedudukan melayu kian terancam, apakah ertinya menang jika melayu menjadi minoriti dan menjadi hamba?...

Monday, July 20, 2009

JERAI jemput DATO SERI NOH OMAR

Berita dari orang terkuat Dato Mie, JERAI telah menjemput Menteri Pertanian dan asas Tani Dato Seri Noh Hj.Omar untuk merasmikan PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO JERAI yang akan diadakan pada 1hb.8.2009 Hari Sabtu bertempat di SMKA TITI SERONG YAN.

Tertarik juga kerana kehadiran Dato Seri Noh Omar boleh diibaratkan datangnya seorang tokoh UMNO yang memimpin sebuah kementerian yang berkaitan pertanian ke Jerai.kerana di Jerai kebanyakkan anggota UMNO yang menyokong Kerajaan di akar umbi terdiri daripada Petani,Peladang,penternak dan Nelayan.

Ini adalah peluang terbaik buat ahli UMNO akar umbi daripada golongan petani,peladang,penternak dan Nelayan dapat berjumpa terus dengan pak menteri dan menyuarakan apa jua masaalah yang menimpa mereka. Dato Seri Noh adalah seorang yang terkenal dengan buat apa yang dicakapkan serta mesra dengan rakyat.

Kehadiran yang di undang ini mungkin akan dapat membantu menyelesaikan segala permasaalahan yang berlaku kepada petani khususnya penanam padi dan nelayan di Jerai ini,semua masaalah yang dianggap tradisi ini wajar diketengahkan kepada pak menteri supaya dapat ditangani dengan segera,harap-harap dapatlah Petani dan nelayan terus berjumpa dengan Dato Noh,jangan pula disekat dan dihalang almaklumlah kadangkala dek terlalu ghairah nak jek pak menteri maka terlupa pula nak bagi laluan kepada pak tani dan nelayan nak berjumpa pak menteri.

Jika jadi kenyataan kehadiran Dato Noh ke Jerai,sekalong tahniah buat UMNO Jerai dan Dato mie (depa kan sama dalam kelab alumnai ) dan akan bertambah gembiralah petani dan nelayan JERAI jika semua masaalah yang dibangkitkan dapat ditangani dengan segera.

Sunday, July 19, 2009

ANWAR KE KEDAH LAGI?....BETOI KA?...


Berita pagi yang diterima dari sumber dalaman politik, anwar Ibrahim akan ke kedah sikit hari lagi
kali ini berkulitkan KHALIFAH AGONG pula.

Ada ura-ura beliau akan berkampong di TITI HAYUN YAN untuk bertemu dengan sebuah Persatuan melayu disitu, menurut berita yang disampaikan, MB Kedah pun ada sama .

Kehadiran beliau dirancang dengan berselimutkan gelaran KHALIFAH AGONG dari sebuah Persatuan bertujuan mengembangkan visi jajahan politik nya dan perasmian chalet dan pusat penginapan di Titi Hayun itu cuma gimmik saja.

Ini lah kehebatan Anwar Ibrahim,dalam rakyat terpingga-pinga melihat beliau dengan kes liwatnya,masih ada lagi pertubuhan yang mengagungkannya.Kenapa ya?...legasi setia yang ditinggalkan semasa berkuasa dalam Kerajaan BN dulu masih mengenang budi dan taat serta menganggap Anwar sebagai Idola mereka biar pun mungkin mereka juga tahu apa yang orang lain tahu terhadap apa jua kebenaran dan kesalahan nya.

Di YAN...PKR tiada tempat dan tak berupaya melebarkan pengaruh politiknya,,,namun di YAN ada ramai Jutawan dan Hartawan yang dicipta dan dizhahirkan oleh Anwar ketika beliau berkuasa sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu,malahan ada persatuan dan pertubuhan (bukan sahsiah) yang dibawah naungannya bergerak aktif dari dulu hingga kini. Kesempatan inilah dipergunakan untuk memperjelaskan dan membersihkan namanya diperingkat bawahan.

Anwar adalah seorang yang berani bermain politik dan licik, sehingga kini belum ada lagi pemimpin UMNO yang berani untuk menyaingi beliau, kebijakannya mempergunakan peluang serta telah sedia maklum dan faham situasi politik dalaman UMNO menyebabkan beliau makin ghairah bertarung dalam sengketa politik, Beliau tahu yang pemimpin UMNO yang kebanyakannya bukan terdiri daripada pejuang-pejuang yang berani serta mampu berhadapan dengannya. Maka Anwar dilihat semakin kuat dan hebat...mungkin inilah rahsianya yang sememangnya telah tahu banyak rahsia pemimpin UMNO.

KEDAH SEJAHTERA ...RAKYAT SENGSARA...

Kedah Sejahtera ???...Kerajaan Kedah pimpinan PR (PAS) yang diketuai oleh YAB Ustaz Azizan yang juga ADUN Sg.Limau sebagai Menteri Besar masih belum lagi boleh berkata Kedah Sejahtera...yang dok kata hanyalah kaki-kaki kipas MB dan juak-juak yang dulunya pembangkang kepada UMNO/BN. Dah pun setahun tiga bulan memerintah kedah tak dak apa pun yang membanggakan rakyat selain dari cerita tak puashati rakyat sana dan sini saja.

Isu BABI yang lapuk pun dicungkil lagi,masih ada rakyat yang tak puashati...nak sejahtera macam mana kalau ditempat lama pun rakyat kacau...lepas tu nak bawa pi pula kat sg.tok pawang...rakyat situ pula membantah...tu BABI punya pasai la. Rakyat di sg.tok pawang pun dah demonstrasi dan membantah pasai Kerajaan Kedah pi buat pusat cucuk babi di sg.tok pawang.Apa ingat orang Sg.Tok Pawang dan kawasan sekitarnya boleh sejahtera ka buat pusat cucuk dan kandang BABI disitu?...aparah punya akai ni...

Setakat lanie boleh dikatakan belum ada apa-apa perubahan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri pimpinan PR Kedah dan YAB Ustaz Azizan pun banyak beretorik dan penjenamaan semula projek-projek mega yang dirancang oleh Kerajaan Kedah pimpinan BN dulu yang kini dilaksanakan mengikut Jenama baru seperti SULIHH (SUNGAI LIMAU HIDRO HUB) yang dulunya dikenali sebagai ZIPY. Mungkin berpindahnya Pusat Cucuk Babi di kg.Berjaya di aloq setag ke sg.tok pawang adalah satu-satunya perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan Kedah pimpinan PAS ini sehinggakan ada yang mengatakan Kedah Sejahtera Rakyat pula sengsara.

Banyak perkara yang boleh dipersoalkan oleh rakyat berkaitan Kedah sejahtera...kesejahteraan apa yang dibawa untuk rakyat?...yang banyak ternampak ialah BILLBOARD Kedah Sejahtera saja?...bagaimana dengan pencapaian rakyat kedah dalam semua aspek kehidupan sosio ekonomi dan pendidikan?...sejahtera ka?...masih ramai lagi rakyat kedah yang miskin bergelendangan cari makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang...berapa ramai warga emas yang tidak terbela nasib mereka...apa yang terjadi kepada anak-anak yang ketiadaan ibubapa (yatim piatu) yang hidup melarat...bagaimana dengan gejala sosial yang semakin meningkat dengan menheret remaja-remaja melayu kelembah maksiat...pertumbuhan bagai cendawan lepas hujan mesin-mesin judi di kawasan kediaman melayu...apa kerajaan kedah lakukan untuk mengatasi semua permasaalahan tersebut?...

Setakat lanie Kerajaan Kedah tak buat apa pun cuma menyandarkan saja masaalah tersebut kepada Kerajaan Pusat BN untuk menyelesaikannya. Yang ada hanya cakap politik untuk mengacaubilaukan fikiran rakyat...macam tu saja ka kedah sejahtera?...banyak masaalah rakyat jelata yang tidak diselesaikan dan rakyat akan terus sengsara biarpun diwar-warkan Kedah sejahtera.

Tuesday, July 14, 2009

Kehilangan MASA bererti Kehilangan NYAWA...

Assallamuallaikum......buat semua rakan-rakan,
maaf kerana lama tidak ada posting dari tempursakti, sebenarnya dalam dalam kesenangan ada juga kesusahan,dalam ketenangan ada jua geloranya,dalam diam ada juga hebohnya dan macam-macam lagi....sesungguhnya itulah yang dinamakan kehidupan dalam diri setiap yang hidup dengan kepelbagai tugas dan tanggungjawab.

Sesungguhnya kelibat dan langkah kaki serta huluran tangan ini telah dirantai dengan kesibukan tugas untuk memberikan kebahagiaan kepada orang yang memerlukan sehinggakan tugas wajib dan urusan pejabat diketepikan,namun kebaikan yang dicari tanpa keburukan yang diuji bukanlah kebaikan yang abadi.

Kutinggalkan politik kedah,100 hari Najib jadi PM,PPSMI,isu BABI di sg.Tok Pawang,amaran Presiden UMNO kepada Pemimpin UMNO Kedah, Pilehanraya kecil Manek Urai.isu politik picisan dan lain-lain lagi...terasa amat rugi bila tetinggal dan walaupun boleh diperolehi dari rakan-rakan namun mana mungkin cium sama dengan merasakanya.


Pencarian yang kujejaki biarpun dengan MASA berhasil jua,yang memerlukan akhirnya merasai kebahagiaan...

Harapan sebagai pecinta damai dimaya ini akan diteruskan biap pun sudah ketinggalan sikit maklumat terkini.

Monday, July 6, 2009

SIAPA PEMBELA RAKYAT DI MANIK URAI?...

Genderang sudah dipalu,penamaan calon sudah selesai,tempoh berkempen secara rasmi giat diaturkan,calon-calon yang bertanding dah menghayunkan langkah,ada yang laju ada yang lajak,ada yang perlahan-lahan (kohor-kohor),dua parti melayu sudah sah dan mengesahkan, UMNO/BN lawan dengan PAS.

UMNO/BN diwakili oleh tokoh Pemuda Bahagian Tuan Aziz Tuan Mat ,graduan lulusan dari UITM,manakala calon PAS ialah Mohd.Fauzi Abdullah Bendahari PAS Kuala Krai seorang Pemborong Ikan.

Perang saraf diantara kedua-dua parti yang bertanding hangat dengan isu-isu tempatan berkaitan kriteria pendidikan kedua-dua calon yang bertanding di DUN Manek Urai. Pengundi di Manek Urai mesti melihat dan mengkaji serta membuat keputusan untuk mengundi,siapakah calon yang sesuai untuk mewakili mereka sebagai ADUN MANEK URAI,Kedua-duanya adalah melayu dan Islam,PAS telah memutus dan menyarankan agar pengundi tak perlu calon yang berpendidikan tinggi,kenyataan ini seolah-olah menafikan kehendak masyarakat setempat,namun realitinya PAS tetap dengan pendirian meletakkan calon yang bukannya berpendidikan tinggi.

Berbanding dengan UMNO/BN, Tuan Aziz Tuan Mat adalah seorang yang memiliki taraf pendidikan yang menjadi kriteria calon yang sesuai untuk berkhidmat sebagai Wakil Rakyat di Manek Urai,kemampuan untuk merancang dan merencanakan program pembangunan infrastruktur dan mampu berkomunikasi dengan baik untuk tujuan pelaburan dan komersial.

Tuan Aziz Tuan Mat adalah pemimpin anak tempatan yang cukup memahami kedaifan serta kehendak rakyat dalam DUN Manek Urai,sebagai Pengurus Pemantauan Projek KESEDAR,beliau sememangnya tidak kekok dalam menjalankan amanah dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan warga emas yang mengharapkan pembelaan .


Rakyat di Manek Urai perlu melakukan Lonjakan Paradigma jika ingin dan mahu melihat Manek Urai dan masyarakatnya terus terbela dan terpelihara,pelbagai usaha boleh dilakukan bagi memajukan industri kampong serta mempromosikan keindahan alam hanya boleh dilaksanakan oleh Kerajaan yang mempunyai perancangan serta peruntukan dan wakil rakyat yang berkeupayaan mengetengahkan kehendak rakyat serta memajukan kawasan yang diwakilinya.

Bukan simpati dan belas ehsan yang perlu dilihat oleh pengundi,tetapi perlu kepada suara dan gerak kerja pembelaan untuk rakyat yang perlu dicari,maka Manek Urai akan tetap terus menjelmakan diri dengan rakyatnya membangun maju bersama Wakil Rakyat yang baru ini,Pilih lah calon UMNO/BN dan Manek Urai akan lebih maju lagi.

SELAMAT MENGUNDI DAN UNDILAH CALON BN,TUAN AZIZ TUAN MAT.

Saturday, July 4, 2009

WARISAN PUSAKA UNTUK UMNO

UMNO khususnya bagi Negeri Jelapang padi ternyata amat bertuah kerana masih mempunyai harta pusaka yang cukup bernilai iaitu KESETIAAN dan KETAATAN ahli-ahli UMNO yang diklasifikasikan sebagai ''bloggers".

Bermukim berpaksikan 'keinsafan' ,Berdiri bertumangkan 'semangat',Bergerak bertekadkan 'keikhlasan', Melontarkan hujah berteraskan 'kebenaran',termetrilah kata sepakat secara mutlak bahawa HIMPUNAN KOMUNITI BLOGGERS UTARA yang mencintai UMNO atas semangat perjuangan akan berterusan berusaha memperkukuh dan memperkasakan UMNO dengan lebih giat lagi secara MAYA.

Atas kapasiti bebas dan ikhlas,menegakkan yang HAK dan meminggirkan yang BATIL,berlapikkan dan beralaskan 'niat' serta kesungguhan untuk mengembalikan UMNO kepersada kuasa politik yang unggul di bumi malaysia ini demi maruah Agama,Bangsa dan Negara,maka hayunan langkah 'bloggers' ini tak mungkin akan berpatah balik biarpun diancam dan dikecam oleh lain-lain parti yang tidak sehaluan dengan UMNO.

Kehadiran "Bloggers Hebat" yang menjadi TERAS dan TERAD kepada usaha terbaik ini dijadikan asas pengukuhan maksud tersebut.
Saudara Akramsyah Sanusi turut serta bagi menyuntik semangat moral dan motivasi yang lebih menjuruskan kepada Ilmiah dan professionalisme, dan juga penghargaan tidak ternilai apabila kesemua Bloggers ini mendapat limpahan pengalaman dan Ilmu UMNO sebagai nadi maklumat yang dibagasikan untuk diterjemahkan secara total daripada KETELUSAN bicara Bro Ramli Batu Putih.Sekalong tahniah buat Duke of UMNO,Depakata dan lain-lain Bloggers yang sudi bersama-sama untuk berjuang dalam dimensi maya ini bagi menyedarkan rakyat khususnya Bangsa Melayu/Islam.Tahniah dan terimakasih kepada semua Bloggers yang hadir.

(maaf terlambat untuk posting,ketika penulisan dibuat,kawasan ini dan sekitarnya 'blackout')

Friday, July 3, 2009

MANA INTAN YANG MANA KACA?...

Pertelagahan DAP dan Kerajaan PR(PAS) Kedah yang dah merewang jauh dari dasar Pakatan mereka yang rapuh hanya disebabkan BABI.

Virus H1N1 yang dikatakan selsema BABI ini bukan saja telah membawa wabak penyakit semata-mata,tetapi perlu dilihat sebagai membawa malapetaka kepada Pakatan songsang dari pembangkang yang boleh membawa kepada kemusnahan keharmonian dan perpaduan rakyat.

Dalam PAS, TG Nik Aziz pun tak senang dengan H1 (Hadi) N1 (Nasharudin) pasai nak tubuhkan Kerajaan Perpaduan,hinggakan melalut-lalut gesa Timbalan Presiden PAS masuk UMNO kalau nak juga kerajaan Perpaduan.

B.A.B.I juga adalah singkatan yang digelarkan kepada Brother Anwar Bin Ibrahim,defacto PKR yang rakyat sedia maklum merupakan seorang yang kononnya berjuang untuk kepentingan rakyat tetapi lebih mementingkan kekuasaan dengan menghala senjata politik kepada 'Pecah dan Perintah' untuk terus berkuasa serta bertembokkan demonstrasi jalanan memecah perpaduan rakyat.

Kini kerana BABI juga,cina DAP Kedah dah keluar dari Pakatan Rakyat kerajaan PAS Kedah,
macam-macam perkara yang diungkitkan,jenuh MB Azizan dok kelepiag.

Nampak tak bahana BABI?...Itu cuma sekadar untuk kita MELAYU/ISLAM renungkan,masih banyak lagi persoalan pasal BABI ini untuk diterjemah,sebab tu lah Islam mengharamkan BABI.

Melihat situasi ini amat wajarlah kita memahami dengan sesungguhnya,bahawa kemelut politik ini dan wabak H1NI (selsema BABI) yang berlaku kini merupakan satu ujian daripada Allah Taala sebagai peringatan untuk umat Islam supaya insaf,sedar dan berfikir tentang kesilapan yang dilakukan.

Mari kita renungkan :-
Mungkinkah peristiwa ini disebabkan.........
1- Kesilapan PAS berkawan baik dengan chauvenis DAP untuk memusnahkan UMNO?...
2- Kelakuan luar tabie daripada golongan Islam yang bergelar pemimpin?...
3- Rakyat memberi kuasa untuk memerintah secara Islam kepada PAS tetapi disalahgunakan
untuk memecahbelahkan perpaduan ummah?...
4- Ulamak dalam PAS lebih tertumpu kepada kekuasaan politik duniawi daripada
mengutamakan seruan Allah yang terkandung dalam Quran dan Hadis?...
5- Kesilapan pimpinan UMNO dalam mentadbirkan Agama dan Bangsa?...
6- Kealpaan rakyat dalam memilih pemimpin serta didorong oleh ketaksuban,tamak,dengki
sesama sendiri?...
7- Apakah negara Islam ini dijadikan cagaran politik untuk berkuasa dengan memberikan
peluang kepada bukan Islam melebihi daripada orang Islam?...
8- Terlalu banyak kemungkaran dilakukan dimuka bumi ini serta ukhwah dan daulah Islamiah
makin dipinggirkan oleh pemimpin-pemimpin Islam?...
9- Dan mungkin ada pelbagai perkara yang tidak diketahui umum yang hanya
Allah Subhanahuwataala saja yang Maha Mengetahui ?...

" Apa yang pasti dapat diandaikan kemelut yang berlaku ini mesti dipandang secara logik dan nyata,bahawa ada sebab yang menyebabkan sesuatu itu terjadi dan sebagai Umat Islam hendaklah kita sedar dan insaf serta bertakwa kepada Allah s.w.t. Sebagai rakyat yang berbangsa melayu hendaklah kita mengambil iktibar bahawa politik yang tidak diuruskan dengan baik dan sempurna boleh merosakkan keseluruhan jentera kerajaan yang memacu pembangunan sahsiah rakyat dan negara".

Berfikirlah dan renung-renungkanlah........

Wednesday, July 1, 2009

PKR/DAP mula GELABAH GEDEH.....

Pemuda PAS mengajak Pemuda UMNO mengadakan WACANA bagi menggantikan DEBAT yang diusulkan oleh TG Nik Aziz.

WACANA tersebut dapat difahami sebagai usaha kesinambungan untuk Kerajaan Perpaduan yang telah ditolak oleh PAKATAN RAKYAT,ini menyebabkan pimpinan PKR dan DAP saling terkeliru dan lebih tepat lagi '
gelabah gedeh' bila cadangan WACANA itu datang dari Pemuda PAS -Ust.Nasruddin Tantawi.

PKR /DAP adalah petualang yang menggagalkan usaha perpaduan melayu/Islam ini masih belum boleh duduk diam,nampak gayanya agenda besar defacto mereka akan tersekat lagi biarpun UMNO yang dituduh dengan tohmahan,fitnah dan sebagainya.

Andaian mudah,apabila ada usaha yang baik kearah perpaduan samaada dari segi Kerajaan ataupun rakyat,jika ada pemimpin melayu yang tidak boleh menerimanya secara langsung maka amat wajarlah pemimpin melayu tersebut dinilai sebagai egen perosak penyatuan dan perpaduan bangsa melayu dan wajar diketepikan.

Usaha yang dilakukan oleh Pemuda PAS dengan mengajak Pemuda UMNO perlu dilihat secara positif,bangsa melayu/Islam perlu insaf bahawa masa untuk berpecah belah telah berakhir,amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi ini wajib disempurnakan dengan penyatuan ummah dan bangsa melayu ,semoga WACANA yang diusahakan itu dilaksanakan dengan berpandukan Quran dan Hadis.

Pemuda PAS mesti berani dan jujur dalam usaha ini,ketepikan songeh dan rungutan puak-puak PKR dan DAP,anggaplah mereka-mereka itu golongan yang lebih mementing darjat dengan meng'kerbau'kan rakyat,berilah peransang dengan keilmuan agama kepada rakyat dan sedarkan serta insafkan bahawa umat Islam berbangsa melayu ini perlu bersatu demi persaudaraan sesama Islam serta kekuatan sahsiah membina negara.

Monday, June 29, 2009

PUTERI UMNO JERAI MENGORAK LANGKAH PERKEMAS PARTI...


Puteri UMNO Jerai ,Hasfizatulnisah Mat Isa bersama seramai 80 Puteri UMNO dalam DUN Gurun telah menyertai Program sepetang bersama pemimpin bertujuan mengukuhkan hubungan antara pemimpin UMNO/BN di Parlimen Jerai.

Program silatulrahim ini dijalankan untuk mendekatkan pemimpin UMNO/BN dengan rakyat setempat sebagai persediaan menghadapi pilihanraya,aktiviti ini juga dijalankan dengan penuh mesra bertujuan memberikan kefahaman jelas kepada golongan muda berkaitan politik UMNO serta menemukan Pemimpin-pemimpin UMNO/BN Jerai dengan rakyat diakar umbi.

Program yang diadakan di Dewan UMNO Kampong Jeniang itu turut dihadiri oleh YB.Dr.Leong Yong Kong ADUN Gurun,Dato mohd.Suhaimi Hj.Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Jerai, Hj.Fadillah Hj.Ali,Timbalan Ketua UMNO Jerai,Sdr.Ahmad Ikhmal,Naib Ketua serta beberapa orang AJK Puteri dan AJK UMNO Bahagian Jerai serta masyarakat setempat.

Friday, June 26, 2009

KERANA H ONE N ONE : NIK AZIZ SAMAKAN UMNO DENGAN KOMUNIS DAN AYAH PIN...







Adakah patut TG Nik Aziz samakan UMNO dengan komunis dan ayah pin....?..
Kalau ya pun kerana H 1 N 1 (TGHj.Hadi dan Nasaruddin) takkan lah sampai kutuk UMNO sampai camtu kut.



(Rujuk blog Penerangan UMNO Kedah)

"Nampak sangatlah yang MB Kelantan yang juga mursyidul Am PAS ini dah jauh melalut,ini sekadar komen aku...kalau ya pun nak pertahankan manek urai...kalau ya pun nak kata PAS tu kuat dan gagah dimanek urai...takkan sampai mengeluarkan kata-kata marah kepada UMNO sedemikian rupa...Kalau PAS memperjuangkan Islam,UMNO juga memperjuangkan Islam...UMNO memperjuangkan Islam lebih baik dan lebih teratur serta berupaya meninggikan syiar Islam di Malaysia dan di perakui oleh semua kecuali PAS saja...UMNO tak kata pun lebih-lebih walaupun atas alasan politik kepada PAS..."

Apakah bila di berikan gelaran Mursyidul PAS,maka TG Nik Aziz dah layak untuk mengatakan UMNO seperti itu?...UMNO jugalah yang dulunya Parti utama dalam negara sebelum keujudan PAS...Perjuangan UMNO demi Agama,Bangsa dan Negara. PAS berjuang untuk Islam kononnya...tetapi melebihi menjaga zimmi dan harbi daripada saudara seagama dan sebangsa...kerana politik PAS mungkin gadaikan apa jua asalkan dapat BERKUASA.