Friday, December 4, 2009

PADAH APABILA MELETAKKAN POLITIK MELEBIHI SEGALA-GALANYA...

Berpolitik dan berparti untuk mencari kuasa memungkinkan pelbagai tanggapan,apa pun hujah yang dilontarkan semuanya berkisar kepada mencari kemenangan dalam apa jua isu dan perkara yang dibangkitkan.

Pemimpin politik (kebanyakkan) kadangkala dilihat terlalu ghairah untuk menjuarai apa jua isu sehinggakan terlupa pada perkara-perkara yang perlu diselindungkan dengan menelanjangi kesemuanya walaupun faedah dan manafaatnya lebih merugikan dari menguntungkan,kesannya Agama diperkotak katikkan,Bangsa direndahkan martabatnya serta Negara dikucar kacirkan.

Kerana politik Agama Islam diperalatkan untuk mencari dan mengekal kuasa, sehinggakan persaudaraan seagama di persoalkan serta memusuhinya,politik yang keterlaluan dapat diperhatikan bahawa yang tegak dilihat bengkok,yang betul nampak tertonggeng,yang nipis kelihatan tebal dan lain-lain serta begitulah seterusnya disebalik setiap perlakuan yang nyata.

Prof.Datuk Dr.Mahmood Zuhdi ada berkata, tindakan dengan mengutamakan politik yang berlebihan telah memburukan lagi perpecahan ummah disebabkan amalan politiking dan jangan jadikan politik sebagai platform yang boleh mengatasi semua perkara dalam hidup.

Setiap pemimpin politik ada pengaruh dan penyokong masing-masing,oleh kerana terlalu seronok disokong dan di puja oleh penyokong maka akan adalah pemimpin politik yang terlupa akan batas-batas serta nilai-nilai Islam dalam keghairahan mempertahankan hujah atau pun dalam apa jua yang dibahaskan,tak hairanlah ada pemimpin politik dalam kenyataan baru-baru ini yang mahu mendoakan keburukkan terhadap Perdana Menteri sekiranya Kerajaan pusat enggan memberikan royalti minyak kepada kerajaan kelantan yang ditadbir oleh PAS. Wajarkah begitu?..............

Apa yang kita fahami sebagai umat Islam kita dibenarkan berdoa untuk sesuatu itu kepada pihak yang menzalimi kita tetapi wajar kita memastikan bahawa kezaliman itu telah dibuktikan berlaku,Adakah Perdana Menteri telah menzalimi rakyat kelantan?.........

Inilah persoalan yang dapat kita simpulkan bahawa kerana hasrat tak tertunai keinginan tak tercapai maka impian juga mungkin akan berkecai,dalam keadaan terdesak pelbagai perkara boleh terjadi,jesteru itu untuk memikat kembali penyokong demi mempertahankan hujah maka ujudlah politiking untuk men'retorik'kan suasana dengan pelbagai isu yang dibangkitkan.

Kesannya bagaimana penerimaan dikalangan umat Islam berkaitan isu doa itu?....tidak semua umat Islam menyokong pemimpin yang berpolitik seperti itu?...apakah akan ada kesan diminda generasi muda Islam?......


1 comment:

  1. Tuan di jemput untuk menghadiri Dialog Bersama Pemimpin, sila berikan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon dan emailkan kepada saya di darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera, untuk booking tempat duduk. tarikh, tempat dan masa akan di beritahu melalui email. terima kasih.

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...