Kini UMNO JERAI yang dipimpin oleh DATO MOHD SUHAIMI HJ.ABDULLAH, seorang tokoh koporat ternama yang telah memenangi pemilihan Jawatan KUB JERAI pada pemilihan yang lalu.

Terdapat suka dan duka serta ketidaktentuan situasi politik dalam keluarga UMNO JERAI.
Peranan dan usaha membaik pulih UMNO di Bahagian ini masih belum boleh ditakrifkan sebagai mencapai sasaran kerana setiap program yang dijalankan tidak memaparkan keseimbangan dan persepakatan dalam UMNO itu sendiri.
Ahli UMNO dan rakyat pelbagai peringkat sedang memerhatikan keadaan ini,Pentadbiran politik di Bahagian masih belum stabil dan lebih menjuruskan kepada "siapa nak buat dia buatlah"untuk apa-apa program dalam masyarakat di JERAI ini.
Dato Mohd.Suhaimi sebagai KETUA UMNO BAHAGIAN dilihat masih gagal untuk menyatukan UMNO secara bersepadu,walaupun ada ketika tertentu beliau 'turun padang'namun perancangan yang tidak komprehensif untuk melaksanakan setiap program kemasyarakatan telah menjadikan usaha yang dijalankan menjadi sia-sia,implikasinya ahli umno dan rakyat setempat tidak dapat 'sentuhan' KETUA UMNO BAHAGIAN untuk penyelesaian setiap masaalah yang timbul biarpun baru berlaku atau pun yang masih tertunggak.
Rungutan demi rungutan didengari,namun kepekaan AJK BAHAGIAN untuk membawa setiap permasaalahan ini kepengetahuan KETUA UMNO BAHAGIAN seolah-olah tersekat,mungkin kesan dan haba dari pemilihan yang lalu belum didinginkan lagi,ini menyebabkan masing-masing mengikut haluan yang tersendiri.

Saudara Ikhmal sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian adalah seorang tokoh pemimpin UMNO JERAI yang berpotensi dan berwibawa,saban minggu beliau berada di tengah-tengah kelompok masyarakat dalam JERAI,pelbagai program dan aktiviti diusaha dan dijalankannya,usaha baik beliau ini wajar dicontohi oleh lain-lain pemimpin dalam UMNO BAHAGIAN,namun program dan aktiviti yang dijalankan ini dilihat kesaorangan atau bergerak secara individu,apakah tiada sokongan daripada UMNO Bahagian atau sememangnya beliau lebih selesa bergerak untuk berbakti secara bersendirian?...Inilah persoalan yang didengari dikalangan ahli-ahli cawangan.
Mana Timbalan Ketua UMNO Bahagian?...Mana Ketua Pemuda UMNO?...Mana Ketua Wanita?...mana Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerai?...inilah kalimat yang sering dilontarkan oleh ahli-ahli UMNO dari cawangan-cawangan dalam JERAI bila ada masaalah yang perlu diselesaikan segera atau mereka-mereka ini semua tidak kelihatan dalam program-program kemasyarakatan yang melibatkan masyarakat setempat.
Sudah terang lagi bersuluh UMNO JERAI tidak bersepakat dalam menggerakkan aktiviti dan program kemasyarakatan untuk memperkuatkan UMNO,pemimpin disemua peringkat dilihat masing-masing bergerak secara individu melalui agenda sendiri dan bukannya memperluas dan memperbesarkan agenda perjuangan serta perkhidmatan UMNO.Segala usaha yang dijalankan hanya sekadar mencari populariti pemimpin sahaja,pemimpin diingati dan UMNO mungkin dilupai,jika begini nescaya PRU 13,JERAI tak mungkin dimiliki kembali oleh UMNO/BN.