Saturday, June 20, 2009

UMNO JERAI : Di MANA HALA...Di MANA TUJU...

UMNO JERAI adalah satu nama yang cukup sinonim dengan populariti beberapa pemimpin UMNO,antaranya DATO PADUKA ABDULLAH ( AFFENDI) ISMAIL dan DATO PADUKA BADARULDIN AMIRULDIN.

Kini UMNO JERAI yang dipimpin oleh DATO MOHD SUHAIMI HJ.ABDULLAH, seorang tokoh koporat ternama yang telah memenangi pemilihan Jawatan KUB JERAI pada pemilihan yang lalu.



Terdapat suka dan duka serta ketidaktentuan situasi politik dalam keluarga UMNO JERAI.

Peranan dan usaha membaik pulih UMNO di Bahagian ini masih belum boleh ditakrifkan sebagai mencapai sasaran kerana setiap program yang dijalankan tidak memaparkan keseimbangan dan persepakatan dalam UMNO itu sendiri.

Ahli UMNO dan rakyat pelbagai peringkat sedang memerhatikan keadaan ini,Pentadbiran politik di Bahagian masih belum stabil dan lebih menjuruskan kepada "siapa nak buat dia buatlah"untuk apa-apa program dalam masyarakat di JERAI ini.


Dato Mohd.Suhaimi sebagai KETUA UMNO BAHAGIAN dilihat masih gagal untuk menyatukan UMNO secara bersepadu,walaupun ada ketika tertentu beliau 'turun padang'namun perancangan yang tidak komprehensif untuk melaksanakan setiap program kemasyarakatan telah menjadikan usaha yang dijalankan menjadi sia-sia,implikasinya ahli umno dan rakyat setempat tidak dapat 'sentuhan' KETUA UMNO BAHAGIAN untuk penyelesaian setiap masaalah yang timbul biarpun baru berlaku atau pun yang masih tertunggak.

Rungutan demi rungutan didengari,namun kepekaan AJK BAHAGIAN untuk membawa setiap permasaalahan ini kepengetahuan KETUA UMNO BAHAGIAN seolah-olah tersekat,mungkin kesan dan haba dari pemilihan yang lalu belum didinginkan lagi,ini menyebabkan masing-masing mengikut haluan yang tersendiri.
YB DATUK DR.KU RAHMAN sebagai ADUN GUAR CEMPEDAK yang tewas dalam pemilihan Jawatan Ketua UMNO Bahagian yang lalu dilihat aktif menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat,walau pun dilantik sebagai AJK UMNO BAHAGIAN,namun gerak kerja untuk memperkuatkan jentera UMNO BAHAGIAN tidak menampakkan kualiti khidmat yang diharapkan,aktiviti dan program yang dijalankannya lebih terarah dan tertumpu pada khidmat sebagai wakil rakyat bersama jentera Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Cempedak bukan bersama jentera UMNO BAHAGIAN JERAI. Ahli UMNO dan rakyat dapat melihat dan merumuskan bahawa sudah tiada kerjasama dalam menjalankan aktiviti atau program kemasyarakatan antara ADUN GUAR CEMPEDAK dan UMNO BAHAGIAN JERAI.

Saudara Ikhmal sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian adalah seorang tokoh pemimpin UMNO JERAI yang berpotensi dan berwibawa,saban minggu beliau berada di tengah-tengah kelompok masyarakat dalam JERAI,pelbagai program dan aktiviti diusaha dan dijalankannya,usaha baik beliau ini wajar dicontohi oleh lain-lain pemimpin dalam UMNO BAHAGIAN,namun program dan aktiviti yang dijalankan ini dilihat kesaorangan atau bergerak secara individu,apakah tiada sokongan daripada UMNO Bahagian atau sememangnya beliau lebih selesa bergerak untuk berbakti secara bersendirian?...Inilah persoalan yang didengari dikalangan ahli-ahli cawangan.

Mana Timbalan Ketua UMNO Bahagian?...Mana Ketua Pemuda UMNO?...Mana Ketua Wanita?...mana Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerai?...inilah kalimat yang sering dilontarkan oleh ahli-ahli UMNO dari cawangan-cawangan dalam JERAI bila ada masaalah yang perlu diselesaikan segera atau mereka-mereka ini semua tidak kelihatan dalam program-program kemasyarakatan yang melibatkan masyarakat setempat.

Sudah terang lagi bersuluh UMNO JERAI tidak bersepakat dalam menggerakkan aktiviti dan program kemasyarakatan untuk memperkuatkan UMNO,pemimpin disemua peringkat dilihat masing-masing bergerak secara individu melalui agenda sendiri dan bukannya memperluas dan memperbesarkan agenda perjuangan serta perkhidmatan UMNO.Segala usaha yang dijalankan hanya sekadar mencari populariti pemimpin sahaja,pemimpin diingati dan UMNO mungkin dilupai,jika begini nescaya PRU 13,JERAI tak mungkin dimiliki kembali oleh UMNO/BN.

9 comments:

  1. Jika ada pelawat datang dari Jerai...sila bagi komen anda,komen yang baik akan diketengahkan untuk tindakan memperbaiki apa yang rosak...

    Kita amat berharap,UMNO jERAI DAPAT DIPULIHKAN SEMULA........

    ReplyDelete
  2. ATAS NAMA UMNO,KITA NAK SATU KEPIMPINAN YANG BENAR-BENAR DAPAT MENJIWAI WATAK SEBAGAI PEMIMPIN UNTUK RAKYAT KHUSUSNYA BANGSA MELAYU,SUSAH SANGATKAH UNTUK MENABUR BAKTI KEPADA RAKYAT SECARA JUJUR DAN IKHLAS SETELAH DIBERIKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB OLEH AHLI-AHLI?...JAWATAN DIBERI UNTUK BERKHIDMAT,BUKAN UNTUK CARI NIKMAT SEMATA-MATA.

    ReplyDelete
  3. aku dok kat area ni jugak...dalam parlimen jerai...dalam UMNO Bahagian Jerai...tapi aku blom tukaq cawangan ke Jerai ni lagi...maklum la...aku ni tak berapa penting sangat pun...hehehhe...

    Anyway...walaupun aku kenai beberapa pemuda Jerai dan beberapa ahli UMNO yang penting Jerai macam bro tempursakti, det, am dll...aku masih lagi tak nampak apa2 pun perubahan atau sebarang usaha gerak gempur di Jerai ni...apa yg aku nampak lebih kepada "bunyi lebih kuat dari kerja"...cskap lebih banyak dari buat kerja...meeting lebih banyak dari buat kerja...hasilnya? ZERO! pemimpin masih tak mesra rakyat...aku berani bet...kalau tanya la kat depa ni...apa masalah kat Jerai ni...rasanya depa tergagap2 nak jawab...hehehhe...tak caya? try la tanya depa....kita dengaq jawapan depa...skeptical dan common sense buleh laaa....

    Jamil khir pun dah senyappp....hat lain2? lagi la senyap...depan cakap lain...belakang cakap lain...haru woooo...

    ReplyDelete
  4. UMNO JERAI masih lagi dengan sindrom bayu selembut sutera.......

    ReplyDelete
  5. kumpulkan kembali bekas ketua (termasuk sanusi) dan ajk yang hidup dok satu tempat dan bincang bagaimana cara nak rampas kembali bahagian jerai.

    ReplyDelete
  6. terimakasih atas pandangan semua...ada satu pandangan pedas (hilang sebelum disiarkan)mengatakan saya jumud dan tak tahu keadaan politik Jerai...saya ingin nyatakan kepada yang bagi pandangan pedas tersebut bahawa saya bermula dalam politik UMNO JERAI sejak berumur 18 tahun dan menjadi KETUA CAWANGAN yang termuda di Jerai,sehingga kini saya boleh sebut pelbagai sepak terajang politik yang berlaku di JERAI...OLEH KERANA SAYA INI TERKENAI SEBAGAI JURUCAKAP YANG BERANI MENGKERITIK KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN MAKA PLATFORM POLITIK SAYA DIPENDEKKAN...segala kemelut dan krisis dalam UMNO JERAI masih ada berbaki dalam saku saya sejak dari tahun 80an hingga kini.......walaupun mungkin kita berbeza pandangan dan tadak dalam stream Tuan,tapi saya masih ahli UMNO yang setia pada UMNO...mungkin saya tak setia pada pemimpin yang dihargai oleh Tuan...terimakasih.

    ReplyDelete
  7. Jenis komentator biskut mmg banyak. Lagi satu komentator hantu yang berselindung disebalik ANON pun ramai.....jenih ni berani-berani takut.

    ReplyDelete
  8. Salam....

    Saya anak jati Jerai dan mengundi pun di jerai tak tukaq mai Baling lagi pun walaupun dok disini masih setia diJerai.Masih mengikuti perkembangan politik di Jerai walaupun tak semua yang saya dapat .Saya lihat UMNO Jerai masih ditahap yang lama masih ditahap selesa dan mungkin mereka menganggap mereka masih menang tapi hakikatnya semua sudah sedia maklum kalah di Parlimen Jerai dan DUN Sg.Limau.Saya juga melihat dari jauh perkembangan politik Jerai ini dan jika pemimpin UMNO Jerai tidak bekerjasama bergerak masing-masing,budaya kerat mengerat saya yakin UMNO Jerai tidak akan mampu untuk menawan kembali Parlimen Jerai. DUN Sg.Limau jangan haraplah kubu kuat Ustaz Azizan.Untuk itu Ketua Bahagian UMNO khususnya Datuk MI harus memainkan peranan yang lebih penting untuk menyatupadukan kembali UMNO Bahagian Jerai agar kita dapat merampas kembali Jerai .Kepada Saudara Tempursakti tahniah kerana masih setia kepada parti UMNO yang kita cintai dan diharap bersabaq banyak-banyak walaupun banyak dugaan yang melanda kepada saudara.

    ReplyDelete
  9. terimakasih ALAM...idea yang baik,tapi mungkin pada ahli bawahan saja,atasan entahlah....DET GUAG,memang banyak komentator yang baling batu sembunyi tangan...biaqpilah kat depa...DUKE,dah dapat cawangan baru nak join ke?...LAGENDA,WOW...mari bersama kita bangkitkan kembali semangat UMNO JERAI untuk terus melangkah kehadapan.........all the best...TQ

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...