Tuesday, June 16, 2009

PAS dah lupa JASAD...

Ramai yang tahu bahawa PAS ditubuhkan atas sebab kekalahan seorang tokoh dalam Dewan Ulama UMNO ketika bertanding Yang dipertua UMNO ,atas rasa kecewa maka tokok tersebut telah menubuhkan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Sejak dari tahun 1951,PAS telah mengalami banyak perubahan dan pertukaran Yang diPertua nya...dari mohd.Fuad sehingga Dato Asri,Fadhil Noor sampailah kini TG Hj.Hadi...(sekadar itu yang diingati) PAS masih belum berupaya menonjol diri sebagai parti yang boleh membawa kesejahteraa kepada rakyat secara nyata.

Apabila ada idea kepada satu anjakan yang boleh membawa umat Islam bersatu dan berpadu,maka PAS dah jadi macam 'ikan medak'(ikan yang hampir busuk) yang sesuai dibuat ikan kering,apa tak nya...idea dari presiden PAS sendiri tapi didolak dalik kan oleh lain-lain pimpinan PAS.Pelbagai hujah,andaian dan syarat yang dipertontonkan,alasan dan amaran serta pelbagai hujah retorik yang menggambarkan situasi yang kurang bersetuju dengan Idea presiden PAS...apa kehei nya....?...tu idea nak buat baik tu...camtu punya respon yang dapat...



Terbaru...orang kuat presiden PAS pula kata, Kalau nak berbincang dengan UMNO mesti bersyarat iaitu MESTI ada PKR dan DAP,kalau tak nak syarat tu tak payah dok bincang-bincang........amboi mak.....apa baguih sangat ka PKR dan DAP tu?...sampai letak syarat sebegini rupa...sedangkan Presiden UMNO dah kata dan yakin PAS ikhlas nak berbincang untuk kerajaan perpaduan...(Ikhlas ka PAS?...)

Persoalannya : Kenapa amat payah sangat PAS nak melaksanakan idea yang diketengahkan oleh presiden mereka (TG Hj.Hadi)...

Mengapa mesti meletakkan syarat mesti kena ada PKR dan DAP untuk berbincang dengan UMNO?...

Setiausaha Agong PAS (Datuk Mustaffa Ali) telah menyatakan itulah syarat untuk berbincang dengan UMNO.

Apa yang dapat kita rasakan ialah sekarang ini PAS dah jadi parti kematu yang tidak lagi memahami halatuju perjuangan sahsiahnya untuk kepentingan ummah,penghujahan mereka dalam bentuk keIslaman hanya sekadar retorik mengelabui fikiran umat Islam...nyata dan jelas Idea pembentukan kerajaan perpaduan hanyalah satu 'sandiwara baru' politik bagi mengisi slot agenda politik pakatan rakyat yang semakin bocor sekarang ini,apatah lagi dalam PAS sendiri telah mempunyai dua nakhoda yang masing-masing berhaluan kanan dan kiri.

PAS telah lupa sejarahnya,sejarah PAS telah banyak diketahui oleh rakyat,cuma UMNO terlalu baik kerana masih setia menginsafi bahawa PAS adalah saudara seagama dan sebangsa dengannya...sedangkan PAS telah jauh terpesong dari agenda perjuangan untuk menegakkan syiar Islam serta menyatupadukan ummah seperti yang termaktub dalam perlembagaan PAS.

Jika PAS lebih takut,lebih menghormati dan lebih memuliakan PKR dan DAP daripada UMNO, jelas dan sahlah bahawa PAS bukan lagi parti untuk orang-orang Islam sebaliknya PAS adalah parti yang dahokkan kuasa dan bernafsu haloba serta mengkhianati amanah umat Islam yang terpengaruh untuk menyokong mereka...dan selayaknyalah PAS diletak sebaris dengan parti-parti sekular yang berfahaman seperti PKR dan DAP.

Apa pun jua yang akan terjadi sama-samalah kita berharap dan berdoa agar seluruh umat Islam dan Bangsa melayu akan insaf dan sedar serta mesti bersatu dan berpadu sebagai bangsa melayu dan beragama Islam...jika perlu TOLAK parti PENGECUT dan BACUL ini jika takut kepada bangsa-bangsa lain untuk menyatukan umat Islam dan bangsa melayu .

4 comments:

  1. Selagi ia berpaksikan ketakutan pada hilang jawatan, hilang pangkat hilang pengaruh selagi itulah hasrat untuk perpaduan amat jauh dari jangkauan.

    ReplyDelete
  2. Nampak ada keihlasan kepada Tuan Guru Hj Hadi dan Ustaz Nasharuddin tetapi tidak kepada sesetengah pemimpin PAS hingga meletakkan berbagai-bagai syarat yang dilihat sebagai usaha untuk menggagalkan kerajaan perpaduan ini.Tok Guru pula marah bukan main lagi hingga suruh Ustaz Nasa masuk UMNO......

    ReplyDelete
  3. hmmmmm.....entahlah,nampak gayanya Islam PAS (nik azis) lebih kepada kemusnahan ummah.....nak bagi umat Islam bersatu amat payah bagi depa...mazhab apa depa pakai ni?....nak bagi melayu/Islam bersatu pun mesti bersyarat...kaum lain berpolitik untuk jadi bertambah kuat...melayu PAS berpolitik nak lemahkan dan hancurkan melayu dan umat Islam........haru blue?....

    ReplyDelete
  4. Tuan.
    Melayu memang low class. akal Melayu memang low class -perasan saja hebat dan pandai..
    hah..hah..hah..heh..heh
    Heh..heh..heh..
    Inilah budaya politik lama..
    inilah gaya politik perkauman..
    heh..heh..heh..
    Gaya politik ini bukan kerana Allah
    Politik ini kerana perut dan kemaluan hah...hah..hah..

    Sila baca tentang politik baru, tentang komunis, tentang demokrasi dan tentang bola dalam blog saya:

    Tentang komunis:
    http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/komunis-yang-jahat.html

    Tentang politik baru:
    http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/politik-baru-itu-apa.html

    AMARAN:
    Ini bukan promosi blog semata-mata tetapi ini akal politik baru yang sepatutnya betul dengan apa yang sebenar dan boleh diiwacanakan.

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...