Thursday, April 22, 2010

BN terus UNGGUL..........

Kedudukan di HULU SELANGOR kini menjadi sengit dengan satu lawan satu antara BN dan PKR selepas dua calon bebas menarik diri.

Apakah BN dengan jaguhan taruhan dari MIC akan berjaya merampas kembali kerusi HS dari tangan PKR?........Itu hanya pengundi HS yang mampu memberikan jawapannya.


Dengan pelbagai kemelut keluar parti yang melanda PKR ternyatalah yang parti itu bermasaalah dan dari dulu pun sah jelas tiada hala tuju cuma bersandarkan kepada adu domba dan retorik pemimpin mereka saja,kini bila ke medan pilihanraya nampak sangat kerapuhan mereka namun keangkuhan tetap menguasai PKR.

BN memiliki peluang cerah untuk kerusi parlimen HS,tetapi harus diingat bahawa keputusan undi dari pengundi adalah kata muktamad,tetapi dari gerak kerja serta kesungguhan jentera BN ternyata kemenangan telah tersedia,tetapi politik boleh jadi disebaliknya.

PKR sebenarnya telah rebah bila mencalonkan siZaid sebagai sabungannya,tetapi merit politik pilihanraya mengizinkan maka berlakulah pertandingan,tiada gagasan alternatif membungkar agenda BN dek kerana terpaksa mempertahankan isu moral yang terpalit pada si calonnya.Lantaran MALU tapi MAHU ya tak ya bertandinglah juga.

Bila berada di HS dapat dilihat dan diterjemahkan bahawa kedua-dua parti yang bertanding sibuk mempertahankan diri masing-masing,biasalah momentum pilihanraya namun jika disemak dengan jelas nyata PKR ketiadaan jentera yang padu sebaliknya menumpang PAS dan DAP,andaikata PAS dan DAP berdiam diri maka terkonteng-kontenglah PKR ibarat nyawa ikan.

Pengundi HS mesti berhati-hati dalam memberikan undi mereka nanti,jangan kerana terpengaruh hari ini menyesal dikemudian nanti,tengok parti dan tengoklah calon,jika memilih calon yang hanya berkerja untuk menjaga reputasi diri bermakna harapan pengundi HS akan berkecai dengan sendirinya dan jika tetapkan pendirian memilih calon dari parti yang berwibawa dalam membela nasib rakyat akan bertambahlah seri dan pengharapan serta impian rakyat HS akan tertunai.

Kembalikan kerusi parlimen HS kepada BN jika nak pembelaan yang berterusan dan rakyat akan menikmati kesempurnaan,jangan biarkan hidup anda di HS musnah akibat politik omongan yang terpesong hinggakan rakyat kesal sesal tak berkesudahan,tolak PKR rakyat sempurna,pilih PKR rakyat merana.

Sunday, April 18, 2010

PRK HULU SELANGOR : BN dan PKR dah puashati Ke?....

Selesai sudah babak penamaan calon bagi PRK Hulu Selangor,pertembungan 4 penjuru  ,Datuk Zaid Ibrahim (gambar) dari Parti PKR akan ditentang oleh En.Kamalanathan (MIC) yang mewakili BN serta dua calon Bebas.

Pemilihan Datuk Zaid Ibrahim telah menepati ramalan semua bahawa,PKR mencalonkan beliau atas kapasiti bekas Menteri yg kontroversi serta orang penting DSAI dalam PKR.

Manakala pemilihan Sdr.Kamalanathan dari MIC yang mewakili BN pula dilihat sebagai kesinambungan agihan kerusi kawasan tersebut kepada MIC,namun calonnya adalah atas pilihan Presiden BN.

Atas kertas bolehkah calon BN menyaingi calon PKR yang cukup terkenal ,atau akan terpengaruhkah pengundi melayu memberikan undi mereka kepada calon BN dari MIC itu?...
Atau mungkinkah undi melayu akan berpihak kepada calon PKR kerana Zaid tu melayu?...

Realiti memang wajar undi melayu berpihak kepada melayu namun konsep dan pendekatan BN  mungkin keputusan berdasarkan undian kepada parti dan bukan calon namun hari ini kredibiliti parti mana pun sudah tiada yang sempurna,jadi ramalan sebelum amat sukar berbanding rumusan selepas keputusan dibuat oleh pengundi.

BN terkenal dari dulu dan kini sebagai pemerintah yang membela rakyat untuk semua kaum dalam negara ini,YAB PM yang mencetuskan konsep satu malaysia diharap mampu merubah lanskap politik negara dan pengundi di hulu selangor dapat memahaminya serta dapat menterjemahkan dengan memberikan undi kepada BN dalam PRK ini.

Namun jangan mudah leka dengan kata-kata serta momentum PKR yang menjadi saingan BN ini,kebanyakkan pemimpin PKR termasuk calonnya adalah terdiri dari mereka-mereka yang pernah berbantal dan bertilamkan BN,dah pasti mereka semua tahu dan faham gerak langkah serta aksi BN,dalam erti kata lain sewajarnya strategi mesti hebat bagi menyaingi rakan yang kini menjadi musuh,jangan bermain dengan aksi lama yang sudah difahami oleh mereka.

Kepada PKR ,jika mampu pertahankan kemenangan di parlimen hulu selangor ,maka jelas rakyat dan orang melayu sudah tidak boleh menerima lagi semangat tolanransi dimana kawasan melayu tidak boleh diwakili oleh bukan melayu. Kepada BN jika berupaya merampas kembali Kawasan Hulu Selangor ini bermakna,konsep satu malaysia mencapai detik kejayaan dan sah serta jelas rakyat masih perlukan BN biar pun terpengaruh dengan adudomba pembangkang seperti PKR,PAS dan DAP.

Hanya dua parti ini saja yang bertanding dan bersaing sebenarnya,calon Bebas bolehlah dianggap sebagai kacau daun saja di hulu selangor,ibarat kata melukut ditepi gantang,masuk tak tambah keluar pun tak kurang.Namun keadaan boleh berlaku disebaliknya sebagai pemecah undi bagi kedua-dua calon yang bertanding berdasarkan rekod PRU 12 terdapat banyak undi yang rosak.

Apa pun sebagai rakyat yang cintakan keamanan,kedamaian serta kemakmuran,segala kebaikan dan pembelaan kerajaan kepada rakyat wajib dikenang serta dihargai,sebagai tanda berterimakasih lontarkan undi kepada BN yang sah jelas telah berkemampuan membela rakyat dan negara.Jangan terpengaruh dengan propaganda parti pembangkang yang berselindung dengan retorik pecah dan perintah dengan menjadikan rakyat sebagai alat untuk mencapai kemuncak cita dan kuasa.