Sunday, April 18, 2010

PRK HULU SELANGOR : BN dan PKR dah puashati Ke?....

Selesai sudah babak penamaan calon bagi PRK Hulu Selangor,pertembungan 4 penjuru  ,Datuk Zaid Ibrahim (gambar) dari Parti PKR akan ditentang oleh En.Kamalanathan (MIC) yang mewakili BN serta dua calon Bebas.

Pemilihan Datuk Zaid Ibrahim telah menepati ramalan semua bahawa,PKR mencalonkan beliau atas kapasiti bekas Menteri yg kontroversi serta orang penting DSAI dalam PKR.

Manakala pemilihan Sdr.Kamalanathan dari MIC yang mewakili BN pula dilihat sebagai kesinambungan agihan kerusi kawasan tersebut kepada MIC,namun calonnya adalah atas pilihan Presiden BN.

Atas kertas bolehkah calon BN menyaingi calon PKR yang cukup terkenal ,atau akan terpengaruhkah pengundi melayu memberikan undi mereka kepada calon BN dari MIC itu?...
Atau mungkinkah undi melayu akan berpihak kepada calon PKR kerana Zaid tu melayu?...

Realiti memang wajar undi melayu berpihak kepada melayu namun konsep dan pendekatan BN  mungkin keputusan berdasarkan undian kepada parti dan bukan calon namun hari ini kredibiliti parti mana pun sudah tiada yang sempurna,jadi ramalan sebelum amat sukar berbanding rumusan selepas keputusan dibuat oleh pengundi.

BN terkenal dari dulu dan kini sebagai pemerintah yang membela rakyat untuk semua kaum dalam negara ini,YAB PM yang mencetuskan konsep satu malaysia diharap mampu merubah lanskap politik negara dan pengundi di hulu selangor dapat memahaminya serta dapat menterjemahkan dengan memberikan undi kepada BN dalam PRK ini.

Namun jangan mudah leka dengan kata-kata serta momentum PKR yang menjadi saingan BN ini,kebanyakkan pemimpin PKR termasuk calonnya adalah terdiri dari mereka-mereka yang pernah berbantal dan bertilamkan BN,dah pasti mereka semua tahu dan faham gerak langkah serta aksi BN,dalam erti kata lain sewajarnya strategi mesti hebat bagi menyaingi rakan yang kini menjadi musuh,jangan bermain dengan aksi lama yang sudah difahami oleh mereka.

Kepada PKR ,jika mampu pertahankan kemenangan di parlimen hulu selangor ,maka jelas rakyat dan orang melayu sudah tidak boleh menerima lagi semangat tolanransi dimana kawasan melayu tidak boleh diwakili oleh bukan melayu. Kepada BN jika berupaya merampas kembali Kawasan Hulu Selangor ini bermakna,konsep satu malaysia mencapai detik kejayaan dan sah serta jelas rakyat masih perlukan BN biar pun terpengaruh dengan adudomba pembangkang seperti PKR,PAS dan DAP.

Hanya dua parti ini saja yang bertanding dan bersaing sebenarnya,calon Bebas bolehlah dianggap sebagai kacau daun saja di hulu selangor,ibarat kata melukut ditepi gantang,masuk tak tambah keluar pun tak kurang.Namun keadaan boleh berlaku disebaliknya sebagai pemecah undi bagi kedua-dua calon yang bertanding berdasarkan rekod PRU 12 terdapat banyak undi yang rosak.

Apa pun sebagai rakyat yang cintakan keamanan,kedamaian serta kemakmuran,segala kebaikan dan pembelaan kerajaan kepada rakyat wajib dikenang serta dihargai,sebagai tanda berterimakasih lontarkan undi kepada BN yang sah jelas telah berkemampuan membela rakyat dan negara.Jangan terpengaruh dengan propaganda parti pembangkang yang berselindung dengan retorik pecah dan perintah dengan menjadikan rakyat sebagai alat untuk mencapai kemuncak cita dan kuasa.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...