Wednesday, April 7, 2010

TOLAK ANSUR DALAM BN ...Berbaloi kah?...

YAB Dato Seri PM selaku Presiden BN dah menyatakan yang  wakil dari parti MIC sebagai calon dalam PRK
Hulu Selangor.

Ramai rakyat tahu yang parlimen Hulu Selangor ,pengundi majoriti adalah melayu,tak hairanlah kalau PKR meletakkan calon melayu sebagai calonnya.

Sebagai rakyat marhaen,kita amat berharap yang UMNO dapat meletakkan calonnya di Hulu Selangor bagi memberikan cabaran kepada calon dari PKR,nampaknya terpaksalah gigit jari dan melihat situasi ini secara diam dan pejam.

Memang tak dinafikan MIC adalah salah satu komponen BN yang diterajui oleh UMNO,tetapi bila direnung perihal keadaan dan senario politik semasa yang UMNO saja yang seringkali tunduk dan patuh pada kehendak parti komponen yang lain TERASA sangatlah yang UMNO kian tunduk dan gentar serta terlalu bijaksana sehingga marhaen melayu yang lain mula berdiam dan malas untuk melihat polimek politik sedemikian.

Mungkin YAB Dato Seri PM ada alasan dan jawapan yang munasabah,tetapi bagaimana pula perasaan orang melayu dan pengundi melayu di Hulu Selangor?...sampai bila UMNO perlu berkorban untuk nak menjaga hati kaum lain sedangkan kaum lain semakin berani dan terlalu kurang ajar dengan orang melayu?...Perlu diperingatkan yang melayu pernah menolak UMNO Kerana cara dan pendekatan pemimpin UMNO yang tidak relevan serta melebihkan kera dihutan dari anak dibuaian.Dan apakah blok pengundi melayu di Hulu Selangor kini boleh diarah dan termakan oleh budi yang ditaburkan BN atau akan kekalkah Hulu Selangor ditangan PKR?...

Kita tak kisah siapa pun yang akan dicalonkan tetapi TERASA sangat bila UMNO diketepikan dalam kawasan yang majoriti melayu,betul atas perkongsian dan semangat BN,tetapi janganlah dalam kawasan melayu,kalau kawasan melayu pun UMNO dah kalah dalam BN bagaimana UMNO nak menang dalam kawasan bukan melayu.Dah tentu ramai lagi melayu yang TERASA permainan politik sedemikian akan mula diam dan pejam dari bersama dan melihat kawasan melayu diratah kaum lain.

Mengapa PKR lebih berminat meletakkan calon melayu?...mungkin mereka tahu bahawa jika BN tak diwakili oleh UMNO maka orang melayu mula beralih arah memberikan undi kepada mereka,ini adalah amalan biasa yang berlaku dalam pertembungan politik pilihanraya,pembangkang siap dengan strategi  memusnahkan BN bila mana momokan propagandanya kepada melayu lain,kepada kaum lain jadi lain pula sedangkan BN nak jaga UMNO pun terkapai-kapai kerana terlalu nak menjaga komponen yang lain.

UMNO telah lama menjadi Ketua dalam BN,tetapi masih takut-takut dan terlalu menjaga hati rakan komponen yang lain,ibarat kata anak sendiri diketepikan anak orang pula yang dibela.Kenapa komponen lain banyak sangat meminta-minta daripada memberi?...mungkin ada pemimpin yang boleh memberikan jawapannya...tetapi adakah jawapan itu ada kebaikan kepada UMNO dan orang melayu?...
Apa permintaan UMNO kepada BN,Perpaduan,keharmonian dan keamanan serta satu malaysia,tapi apakah kaum lain mahukan kesemua itu?...Nampak sangatlah yang kini hanya UMNO saja yang mahukan apa yang tersebut sedangkan komponen lain dalam BN lebih mahukan apa yang UMNO ada dan tak berbaloi sangat jika UMNO terlalu menurut segala kemahuan mereka dalam BN.

PRK Hulu Selangor jika PKR kekal kemenangan lagi bermakna,cara UMNO memimpin BN ditolak rakyat,dan jika ini berlaku anggaplah politik telah memihak kepada kaum bukannya kepada 1 malaysia.Apa-apa pun kita nantikan keputusan muktamad PRK itu,Jika BN menang dengan calonnya dari MIC bermakna BN kembali pulih,jika keputusannya disebalik ...mesti perlu difikirkan apa yang disuarakan di blog ini.Bagaimanapun semua ini terserahlah kepada jentera BN dan PR dalam menghadapi PRK Hulu Selangor.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...