Tuesday, April 6, 2010

PROGRAM DEKAT RAKYAT

Dengan kerjasama GIAT MARA dan YAYASAN TAKWA (MAIWP),YB Dato Seri Sen.Hj.Mohd Jamilkhir bin Baharom dapat bersama-sama warga kampong tempat kelahirannya di Kg.Ulu Sedaka.

Program yang dipanggil DEKAT RAKYAT itu dijangka akan menerima kunjungan dari ramai rakyat marhean dalam parlimen Jerai untuk bertemu dengan anak jati yang kini bergelar Menteri.Pelbagai acara yang giat diaturkan untuk program tersebut antaranya Pemberian zakat dan membaikpulihkan rumah rakyat yang miskin,pameran dari agensi kerajaan pusat,Forum Perdana,serta majlis kenduri rakyat yang dibuat secara gotong royong .

Program Dekat Rakyat yang diadakan pada 9 dan 10hb.April ini di Ulu Sedaka adalah satu slot dari Program Juara Rakyat peringkat parlimen Jerai yang akan dilancarkan oleh YB Dato Seri Hj.Mohd.Shafie Afdal,Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Kg.Ruat Yan pada 10hb.April ini.

Sesungguhnya rakyat harus melihat usaha yang serius dari UMNO Jerai ini sebagai usaha yang cukup baik yang menunaikan kewajipan membela nasib rakyat yang rata-rata terdiri dari kaum melayu yang masih lagi memerlukan bantuan dan bimbingan dari Kerajaan UMNO/BN. dan sewajarnyalah UMNO/BN terus disokong oleh semua rakyat kerana usaha membela nasib rakyat tak pernah jemu dilaksanakan walaupun UMNO/BN berkali-kali bertukar pemimpin.

Kini semua rakyat harus insaf dan sedar yang selama ini usaha kerajaan pimpinan UMNO/BN ini sajalah yang berjuang membela dan menjaga rakyat,tetap dan layak digelar JUARA RAKYAT,Kalau tidak ada kerajaan UMNO/BN ini,kerajaan parti manakah yang boleh diharap membela nasib rakyat?.... apa yang ada pada pemimpin parti lain seperti PAS,PKR dan DAP serta lain-lain parti juga terhasil dari perjuangan UMNO yang terus-terusan membela nasib tanpa mengira fahaman politik.Tapi sayang dek kerana tidak tahu bersyukur dan berterimakasih maka golongan ini bertindak menyepak tangan yang menyuapkan makanan kemulut mereka dengan menyertai Pembangkang dan menentang UMNO .

Dengan keinsafan yang luhur,rakyat harus sedar bahawa golongan yang menentang UMNO ini adalah terdiri daripada mereka-mereka yang tamakkan kuasa untuk diri sendiri dan bukannya berjuang untuk faedah dan kepentingan rakyat semua,lihatlah apa yang berlaku pada hari ini bila Kedah diperintah oleh PAS...Apa kebaikan dan kebajikan untuk rakyat sedangkan dah diwar-warkan kononnya kalau dapat PAS perintah Kedah akan dijalankan pemerintahan Negeri Berkebajikan.

Wahai orang melayu,wahai pengundi diparlimen Jerai,wahai rakyat yang inginkan pemimpin yang berjuang untuk rakyat,marilah kita ramai-ramai menolak politik yang tamakkan kuasa dari PAS dan PKR ,kembalilah kepangkal jalan yang selamat ,bernaunglah dibawah UMNO/BN yang nyata dan jelas arah perjuangannya untuk membela rakyat,UMNO/BN lah JUARA RAKYAT.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...